Saya baru sahaja hendak lihat senarai drama-drama dalam slot Akasia TV3, tetiba apabila saya buka laman web rasmi TV3 (www.tv3.com.my), paparan di bawah telah keluar, menyatakan bahawa laman web TV3 Malaysia bahaya untuk dibuka.

Ish ish ish ... laman web TV3 ada masalah sekuriti dan telah dianggap sebagai sebuah laman web yang mengandungi Malware. Ia dikatakan telah diserang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ... yang memungkinkan laman web TV3 menjadi satu ancaman kepada mereka yang cuba nak masuk.

Laman Web TV3 Malaysia Bahaya Dibuka - Disekat oleh Google Safe Browsing

Laman Web TV3 Malaysia Bahaya Dibuka

Berikut adalah apa yang dipaparkan apabila saya cuba nak masuk ke laman web rasmi TV3 yang telah dihalang oleh Google Safe Browsing.
Attackers currently on www.tv3.com.my might attempt to install dangerous programs on your computer that steal or delete your information (for example, photos, passwords, messages, and credit cards).
Jadi, saya pun tanpa fikir dah .. terus tutup laman web rasmi TV3. Sehingga jam 7:41 malam 24 September 2016, laman web rasmi TV3 masih gagal saya masuki dan dianggap merbahaya kepada pengunjung di internet.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

4 Komen

Pengendali laman web mungkin masukkan script yang ada pautan ke laman lain ni. :)

Reply

jarang buka laman web tv3... jadi memang tak tahu ada malware.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.