Langkau ke kandungan utama

Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 21 - 26

Rezeki bisnes online tanpa modal. Inilah seronoknya bila kita daftar affiliate percuma, kita boleh buat bisnes kecil-kecil di internet tanpa perlu keluarkan modal untuk hasilkan produk. Apa yang perlu dilakukan adalah melakukan promosi secara berterusan dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah, saya telah terima lebih 20 komisen daripada affiliate Klikjer.com sejak saya daftar pada tahun 2014. Jenuh juga mencari formula untuk dapatkan komisen pertama ... tapi itulah, mungkin berkat saya dapatkan ilmu affiliate dari beberapa rakan yang memang hebat dalam soal promosi affiliate; akhirnya saya berjaya juga merasai duit income online ini.

Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 21 - 26

Baru-baru ini, 5 September 2016 ... saya telah menerima komisen buat kali ke 26 daripada Klikjer.com. Jumlah tak adalah sampai ribu riban, tapi bolehlah dijadikan duit poket kalau anda seorang pelajar, seorang surirumah atau seorang yang ada masa terluang di hujung minggu.
Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 21 - 26
Komisen Klikjer.com yang saya tunjukkan di bawah pula adalah komisen ke 21 hingga komisen ke 26 daripada Klikjer.com daripada 31 jualan yang telah dibuat.
Komisen Affiliate Klikjer.com Ke 21 - 26
Jika anda nak sertai affiliate dengan Klikjer.com ini, boleh terus ke pautan ini - Jana Income Online Menerusi Affiliate Klikjer.com

Program affiliate adalah antara satu-satunya program buat duit online tanpa banyak masalah... dan bagi saya yang paling mudah. Nak dapatkan tips percuma mengenai buat duit dengan affiliate ini, jangan lupa untuk follow blog saya atau boleh terus sahaja 'search' di blog ini untuk tips2 yang telah saya tulis.



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…