Langkau ke kandungan utama

Kes Zika - Confirm Dah 2 Kes di Malaysia

Konfirm, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sahkan bahawa sudah ada 2 kes Zika berlaku di Malaysia. Ia mengesahkan kes kedua virus Zika melibatkan seorang pesakit dari keturunan Dusun. Pesakit lelaki berusia 61 tahun itu adalah dari Taman Awam Jaya Likas, Sabah.

Ketua Pengarah MOH , Datuk Dr Noor Hisham berkata, kes itu yang dikemukakan kepada perhatian kementerian itu pada hari Jumaat (2 September), mungkin jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia.

Kes Zika - Confirm Dah 2 Kes di Malaysia

Kes Zika - Confirm Dah 2 Kes di Malaysia

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusia akaun FB milik Ketua Pengarah Kesihatan itu, kes virus Zika di Likas, Sabah ini boleh menjadi kes virus Zika setempat yang pertama memandangkan pesakit itu tidak mengembara di luar negara baru-baru ini. Pesakit itu mungkin telah digigit oleh nyamuk Aedes dijangkiti Zika.
[Baca] 4 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Virus Zika
Pesakit dilaporkan telah demam pada 27 Ogos 2016 dan kemudian mendapatkan rawatan perubatan untuk kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang. Empat hari kemudian, pada 31 Ogos, pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth ( QEH) 2 setelah mengalami demam yang semakin teruk, sakit otot dan cirit-birit.

Informasi terkini diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Singapura pula mengatakan bahawa telah disahkan terdapat 11 rakyat Malaysia mendapat virus Zika ini. 10 daripada pesakit Zika rakyat Malaysia ini tinggal dan bekerja di Singapura, manakala seorang lagi bekerja di Singapura dan menetap di Johor.

 

Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …