Idea Simple Untuk Blogger Student IPT Update Blog. Ramai juga student IPT yang mempunyai blog peribadi sendiri. Ada yang dikemaskini setiap hari, ada tu pula kemaskini seminggu sekali, ada tu sebulan hanya satu post baru. Kekangan masa membuatkan ramai blogger dari kalangan pelajar IPT ni sukar nak update blog. Tapi, ada juga rakan blogger saya dari golongan ini yang selalu kemaskini dan update blog, malah kekerapan mereka update blog dari semasa ke semasa telah memberikan mereka peluang lain dek kerana blog.

Kalau anda nak tahu, ada blogger dari student IPT yang berjaya menjadi blogger dikenali dan terkenal. Ada tu pula, blog peribadi mereka dijadikan sumber untuk mendapatkan income duit poket setiap bulan. Maka, tidak hairanlah ada student IPT yang nampak seperti hidup mewah, ada telefon canggih, boleh pergi melancong masa cuti semester, makan di restoren mewah dan macam-macam lagi.

9 Idea Simple Untuk Blogger Student IPT Update Blog

9 Idea Simple Untuk Blogger Student IPT Update Blog
Tapi itulah, untuk seorang blogger yang juga student IPT nak merasa semua kelebihan itu, blog mereka mestilah padu .. huhu... paling tidak perlu kerap kemaskini untuk memancing pembaca. Kalau tidak dikemaskini, susah sikit nak dapat pembaca - yang merupakan penyumbang kepada trafik blog.

Hanya blog yang ada trafik sahaja yang boleh jana duit poket untuk pelajar IPT. Kalau trafik tak ada .. hmmm .. blog hanya sekadar blog sahaja. Kalau boleh, seorang pelajar IPT yang ada blog, perlu kemaskini atau tulis entri baru ... paling tidak sehari sekali, barulah akan ada trafik yang baik.
[Baca] Tips Pro Menjadi Blogger Terkenal Malaysia
Masalahnya ialah, bukan semua blogger dari student IPT ni ada idea sangat nak tulis atau kemaskini blog setiap hari. Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips untuk bantu ... kalau boleh biar blog yang mereka telah buat sendiri itu ada hasil sedikit sebanyak.

Idea Untuk Update Entri Blog Hari-Hari Buat Blogger Student IPT

  1. Entri blog sekurang-kurang satu sehari. Susah? Buat entri simple je dan tak perlu panjang-panjang. Hanya cukup tulis 4 perengga ayat. Lagipun, panjang2 sangat pun ... tak semestinya orang akan baca sampai habis. Ala .. macam tulis nota kuliah gak .. takkan nak berjela ye tak?
  2. Isi entri lak leh berkisar tentang apa yang berlaku pada hari tersebut, macam apa yang korang belajar, apa yang korang faham .. situasi atau kejadian tertentu yang berlaku time belajar atau kuliah ... tu pun dah boleh menarik pembaca.
  3. Buat entri selepas kuliah atau sebelum anda ulangkaji pelajaran ataupun buat tutorial yang lecturer berikan. Masa ni ingatan anda masih fresh nak ceritakan apa yang anda dah belajar dan detail kejadian menarik yang berlaku.
  4. Layari laman web universiti korang, kongsikan peristiwa atau event yang bakal berlaku. Tak salah sebarkan maklumat ini, supaya orang lain tahu. Mungkin juga derang leh participate sekali.
  5. Kalau ada berita universiti yang menarik contohnya kemenangan universiti buat ciptaan terbaru ke, atau kejayaan universiti dalam sukan ke .. leh gak dijadikan entri.
  6. Kalau korang ada kamera, ambik gambar2 yang menarik .. close up foto keadaan dalam universiti...sebab tak semua orang dapat lihat. Benda2 yang umum tu biasalah .. senang orang nampak. Leh wat entri mengenainya.
  7. Anda ada join aktiviti dalam universiti? Kongsikan pengalaman korang kat dalam entri.
  8. Ada rakan lain yang ada blog, blogwalking ke blog tersebut .. dapatkan idea, lepas tu boleh buat backlink atau komen, seterusnya promote blog korang dengan cara tersendiri.
  9. Kadang cerita dari blog kawan tu pun boleh jadi idea untuk tulis entri baru ... huhu. Tapi janganlah sampai bergosip atau nak cari gaduh .. haha .. ada kes ooo student IPT tulis entri serang menyerang sebab kes seorang pelajar lelaki.

Tips untuk blogger IPT update blog setiap hari
Ada banyak lagi yang leh korang buat dan dijadikan entri menarik dalam blog. Akhirnya blog anda tak akan bersawang ... dan pasti akan ada entri setiap hari .. walaupun simple dan singkat .. janji ada entri.

Bila ada update terbaru, bukan sahaja pengunjung dan pembaca yang akan suka. Pakcik Google pun seronok nak masukkan blog korang dalam database enjin carian mereka.

Tak percaya? Cubalah buat .. ingat ehh .. simple je, satu hari satu entri baru. Kalau banyak masa terluang, leh buat lebih .. tak ada salah, lagi bagus adalah.


p.s: Jangan lupa follow atau langgan blog ini menerusi email ye ... banyak tips percuma untuk blogging akan saya berikan.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement