Homemade Cara Hilangkan Stretch Marks Bersalin

Homemade Cara Hilangkan Stretch Marks Bersalin. Saya nak kongsikan satu tips, iaitu bagaimana nak hilangkan kesan regangan perut pada wanita selepas bersalin. Ini bukan tips tradisional orang Melayu, tetapi petua omputih untuk hilangkan stretch marks pada perut. Kadang tengok wanita omputih lepas bersalin, elok je bersantai tepi pantai berbikini semua ... tak nampak pun kesan stretch marks ini. So, anda berkesempatan dapat tahu cara homemade untuk hilangkan kesan ini.

Hanya buat di rumah, satu tips dapur yang sangat bagus untuk kecantikan tubuh badan anda selepas bersalin. Wanita-wanita selepas bersalin memang akan hadapi masalah ini. Tak boleh tidak, ia akan berlaku, bezanya samada ia terlalu nampak, atau tidak sahaja. Namun, elok lakukan tips ini, satu cara mudah - homemade sahaja.

Homemade Cara Hilangkan Stretch Marks Bersalin

Orait,

Bahan utama untuk homemade cara hilangkan stretch marks selepas bersalin ini ialah Oat. Aha .. benda yang sebenarnya sangat mudah nak dapat. Sekarang ni, kat kedai mamak pun boleh jumpa benda ni. Dengan menggunakan Oat, anda boleh buat homemade sahaja untuk hilangkan parut regangan selepas bersalin. Uhh suruh suami buatkan pun bolehhh ....

Cara-Cara Buat Homemade Nak Hilang Parut Lepas Bersalin

  1. Masukkan 1 cawan Oat dalam mangkuk besar.
  2. Letakkan 2 cawan Oat ke dalam microwave. Panaskan selama seminit 30 saat.
  3. Tuangkan air panas ke dalam mangkuk.
  4. Campurkan Oat dengan air sehingga jadi cair.
  5. Buat lubang kecil di kapsul vitamin E dengan pin. Vitamin E sangat baik untuk membaiki kulit rosak. Ulang langkah ini dengan lima kapsul.
  6. Letakkan kandungan kapsul vitamin E dalam mangkuk. Gaul dengan sudu plastik.
  7. Biarkan campuran sejuk sehingga suhu bilik.
  8. Sapukan campuran ke kawasan yang mempunyai kesan regangan pada kulit. Biarkan campuran pada kulit selama 10 minit.
  9. Bersihkan campuran di kulit dengan kain. Bilas dengan air sejuk.
  10. Sapukan losyen pelembab dan kolagen di kawasan garisan regangan.
  11. Ulangi setiap hari selama dua minggu.
Kapsul vitamin E anda boleh beli di farmasi, atau anda boleh cuba gantikan dengan minyak kacang yang kaya dengan vitamin E ini. Kolagen juga boleh dapatkan di farmasi. Ada banyak jenis, jenama dan bentuk kapsul vitamen E dan juga kolagen. Pastikan anda dapatkan yang halal ye .. sbb ada sumber kolagen daripada sumber haiwan.
Oh ya, nak diingatkan .. pastikan anda gunakan cawan yang boleh masuk microwave .. silap gunakan bekas, mau meletup nanti .. haha.

Semoga boleh dipraktikkan, terutama ibu-ibu moden .... huhhu yang sangat ambil kisah mengenai kesan parut selepas bersalin.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita


5 comments.. read them below or add one

Ainul Mustafa Ainul Mustafa September 11, 2016
tips pilih vitamin E. vitamin E mesti dari sumber semulajadi . tgk kt label meti ada tulis d-alpha tocopheral dan vitamin E tu mesti ada Selenium. lg 1 ambil protein yg cukup 9 asid amino. protein bantu bina sel baru. insyaALLAH stretch marks senang hilang. kalau ambil ms pregnant lg bgs.
yang baik yang baik September 14, 2016
bagus ada tips macam nie. Apa yang penting masa dalam pantang dah boleh mula jaga badan...
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 30, 2016
Perkongsian dan tips yang berguna untuk para ibu-ibu yang bakal berpantang nanti.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 30, 2016
Betul tu. Masa pantang sangat penting untuk jaga badan. Sebab apa, jika tak jaga kita akan rasa kesannya dikemudian hari.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah September 30, 2016
Tips yang berguna. Bagi yang berada di situasi ini kena cuba juga cara yang ainul bagitahu ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.