Haram Dijadikan Upah Dari Haiwan Qurban Kepada Tukang Sembelih dan Pelapah

Haram Dijadikan Upah Dari Sembelihan Qurban Kepada Tukang Sembelih dan Pelapah. Saya suka nak tulis dan terbitkan mengenai isu ini yang semakin menjadi perhatian. Benda gini sebenarnya banyak berlaku di kampung-kampung di mana orang yang buat Qurban memberikan daging sembelihan Qurban sebagai upah kepada tukang sembelih dan juga tukang lapah daging Qurban.

Baru-baru ini, saya berkesempatan mendengar soal-jawab mengenai Qurban ini. Tapi, saya tak dapat nak dengar habis, sebab ketika itu saya sedang menunggu menu makan malam yang dipesan di Restoran Dayang, yang terkenal dengan Mee Udang yang sedap di Parit Buntar.

Hukum Berikan Bahagian Qurban Sebagai Upah Sembelihan/Melapah

Dalam banyak-banyak soalan dan jawapan yang saya dengar ialah permasalahan mengenai pemberian daging Qurban sebagai upah kepada tukang sembelih, tukang lapah dan orang ramai yang tolong dalam proses Qurban.
Haram Dijadikan Upah Dari Haiwan Qurban Kepada Tukang Sembelih dan Pelapah
Dari apa yang saya dengar, adalah menjadi haram andai diberikan daging Qurban sebagai upah. Kata ustaz yang menjawab soalan, daging Qurban tidak boleh diniagakan. Ia haram dijual kecuali .... jika penerima daging Qurban tersebut yang terdiri dari fakir miskin yang telah menerima terlalu banyak daging Qurban.
[Baca] Ketahui Teknik Melapah Daging Qurban Yang Betul
Bukan setakat daging, adalah juga diharamkan jual beli bulu, lemak, bahagian-bahagian badan, kepalanya, kulit, rambut, dan susu binatang Qurban yang diperah selepas disembelih Qurban.
Nabi S.A.W pernah memerintahkan supaya kulit binatang Qurban dibahagikan dan melarang jual beli padanya, sabda Nabi S.A.W bermaksud:
"sesiapa yang menjual kulit binatang-binatang korbannya, maka tiada korban baginya". (H.R Hakim dan Baihaqi).
Katakan contoh - satu kawasan itu, hanya ada seorang orang miskin yang layak terima daging Qurban. Maka, banyaklah masjid dan orang Islam yang buat penyembelihan Qurban, maka berbekas-bekaslah dapat daging Qurban. Maka, adalah harus bagi orang miskin tersebut menjual daging Qurban yang telah diterimanya kepada orang kaya, sehingga tinggal bahagian yang cukup untuk dirinya.
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur" - (al-Hajj ayat 36).

Hukum Qurban Wajib/Nazar

Mazhab Syafi’e berpandangan bahawa Qurban wajib atau nazar atau yang telah dinyatakan tujuannya dengan lafaz seperti 'ini adalah sembelihan Qurban' atau 'aku menjadikannya sebagai sembelihan Qurban, maka tidak harus dimakan dagingnya oleh orang yang berkorban dan tanggungannya (ahli keluarganya). Bahkan adalah wajib untuk disedekahkan kesemuanya.

Hukum Qurban Sunat

Adapun Qurban sunat di sisi Mazhab Syafi’e adalah harus bahkan digalakkan kepada orang yang berkorban untuk memakan daging qurbannya. Diriwayatkan dari Baihaqi: "Bahawa Rasulullah SAW makan daripada hati sembelihan korbannya".
Hukum Berikan Bahagian Qurban Sebagai Upah Sembelihan/Melapah
Jika anda sebagai tukang Qurban, jangan sesekali ambil bahagian haiwan Qurban sebagai upah. Dan eloknya, tak perlulah ambil apa-apa upah. Nak juga upah, kena minta cara lain, contohnya dalam wang tunai. Begitu juga andai anda adalah yang melakukan Qurban, jangan sesekali berikan mana-mana bahagian haiwan Qurban sebagai upah. Jika nak berikan juga, kena jadikan ia sebagai hadiah seperti disyariatkan. Upah untuk tukang Qurban, pelapah dan yang mereka yang bantu perlulah diberikan kutipan lain - dalam bentuk wang tunai adalah baik.

Jika anda mushkil dan nak faham lebih mengenai persoalan mengenai Qurban, boleh tonton video kuliah di bawah.

Video Berkaitan Haram Haiwan Sembelihan Dijadikan Upah


Video Lengkap Mengenai Ibadah Qurban


Saya juga sedia nak highlight sedikit, ibadah Qurban semasa Hari Raya Haji adalah ibadah sunat, dan bukannya wajib. Namun, mengetahui mengenai ilmu berkaitan sembelihan Qurban adalah perkara wajib supaya tidak tersalah dari segi syariat.

Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan semua.

Anda juga boleh rujuk di sini - Hukum Ambil Upah Melaksana Qurban

4 comments.. read them below or add one

Etuza Etuza Etuza Etuza September 12, 2016
Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..
seri akmad seri akmad September 12, 2016
Semoga dgn artikel ni kita jelas...haram mengambil bahagian daging korban sebagai upah melepah.
Haram tetap haram
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad September 13, 2016
setuju. di kampung saya dah agak lama tukang sembelih/lapah diberikan upah RM. tapi di masjid dan surau di KL masih ada buat camni.
yang baik yang baik September 14, 2016
Setuju tu... dah begitu yang dijelaskan oleh ulama' maka kita perlu akur dan patuh. Lagipun pembahagiannya sudah jelas...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.