Ganguan Servis Celcom, Maxis, Digi Sehingga Jun 2017

Saya sukacita nak war-warkan satu informasi penting mengenai gangguan perkhidmatan atau servis telco yang telah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Gangguan servis telekomunikasi mudah alih ini melibatkan tiga syarikat telco besar di Malaysia iaitu Maxis, Celcom dan juga Digi.

Ganguan Servis Celcom, Maxis, Digi Mulai September 2016

MCMC dalam satu kenyataan memberitahu bahawa gangguan ini bersifat sementara dan akan mula berlaku dari bulan September 2016 hingga ke Jun 2017. Ia adalah disebabkan kerja-kerja penaiktrafan dan pemindahan spektrum di jalur 900MHz dan 1800MHz.

Ia akan dilakukan secara berperingkat di seluruh Malaysia.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak SKMM mengenai gangguan ini.
Ganguan Servis Celcom, Maxis, Digi Mulai September 2016
Fuh .. lama jugak  tu .. harapnya kalau anda ada dapati gangguan berlaku, maka jangan segan untuk buat aduan. Manalah tahu .. dapat apa-apa rebate ke .. huhu...

Sila ambil maklum benda ni supaya anda tak marah-marah dan rasa stress kelak. Lama tu .. sehingga Jun 2017... dekat setahun.

Sumber: MCMC

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.