MyOnline Passport - Cara Perbaharui Passport Secara Online

Cara Renew Passport Secara Online Menggunakan Sistem MyOnline Passport atau MyIMMS

Cara Perbaharui Passport Secara Online. Saya fikir ramai yang tidak tahu mengenai hal ini, maka eloklah saya war-warkan dan bantu setakat pengetahuan saya. Ok, bermula 1 September 2016, pembaharuan passport Malaysia kini boleh dilakukan secara online menerusi MyIMMS atau dikenali sebagai MyOnline Passport. Buat rakan-rakan pembaca budiman, pastinya servis ini akan dapat membantu menjimatkan masa, tak gitu?

Dengan adanya sistem ini, keperluan untuk anda hadir ke Pejabat Imigresen akan jadi 50% sahaja, di mana anda tidak lagi perlu hadir untuk permohonan dan proses pembaharuan (renew) passport anda. Anda cuma perlu hadir untuk ambil passport anda yang telah siap diproses sahaja. Bayaran untuk permohonan perbaharui passport juga boleh dilakukan secara online .. samada dengan menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

MyOnline Passport - Cara Perbaharui (Renew) Passport Secara Online

Cara Renew Passport Secara Online
Saya pun sebenarnya baru tahu mengenai sistem MyOnline Passport atau MyIMMS ini. Itupun, apabila isteri saya bercadang untuk ke Singapura bercuti di Rumah Transit Persekutuan di sana. Jadi, apabila disemak passport yang telah selama ini ada, rupanya tempoh luput passport sudah semakin hampir. Jadi, kenalah pastikan dokumen penting untuk keluar negara ini dikemaskini dengan baik.

Berikut adalah pengenalan kepada sistem ini yang saya ambil dari laman FB Friends of MyEG ...

Pengenalan Sistem MyOnline Passport atau MyIMMS

Sistem MyOnline Passport adalah satu kaedah untuk kemudahan bagi rakyat dan warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan passport Malaysia tanpa perlu lagi menerusi kaunter Pejabat Imigresen. Dengan sistem ini, pembayaran permohonan untuk passport baru boleh menggunakan kad kredit dan juga debit terus (FPX).

Menerusi laman e-service MyIMMS, pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport pula akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat seperti di bawah:
  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama
  • Permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya. 

Sediakan Spesifikasi Gambar Yang Betul

Sebelum anda menggunakan sistem online untuk perbaharui passport anda, pastikan anda terlebih dahulu menyediakan gambar mengikut spesfikasi yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Latar belakang gambar mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy (*.jpg/*.png) yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
Kegagalan anda menyediakan gambar seperti yang dispesifikasikan akan menyebabkan kelewatan permohonan, atau dengan kata lain 'put on hold'. Untuk mudahkan anda, sila lihat contoh gambar di bawah sebagai panduan (ikut ukuran diberikan):

Contoh Gambar Passport Baru

Spesifikasi Foto atau Gambar Untuk Renew Passport Malaysia

Terma dan Syarat Pembaharuan Passport Secara Online

Berikut pula adalah terma dan syarat untuk melakukan renew passport secara dalam talian (online) menerusi MyOnline Passport:
  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
    Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  6. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  7. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak, berconteng, terkena air).
  8. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut: i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun - RM 200, ii. Warga Emas (60 tahun keatas) - RM100
Keperluan Tambahan:
  1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
Apabila perkara-perkara di atas telah anda penuhi, maka langkah seterusnya ialah untuk login ke dalam sistem memperbaharui (renew) passport secara atas talian (online) MyOnline Passport atau MyIMMS.

Orait .. sebelum anda mula pergi ke laman permohonan tersebut, sekali lagi saya sarankan anda sediakan butiran-butiran berikut di depan komputer anda terlebih dahulu:
  1. Buku passport anda
  2. Kad pengenalan
  3. Gambar dalam bentuk softcopy seperti yang telah disarankan
  4. Cawangan pejabat Imigresen berhampiran
Seterusnya ... anda boleh terus ke pautan berikut - https://eservices.imi.gov.my/myimms atau https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

Isi butiran yang diminta dengan cermat dan betul iaitu, nombor passport, nombor kad pengenalan, jenis passport, kategori kad pengenalan dan juga pejabat serahan passport.

Jika permohonan dibuat untuk mereka berumur 18 tahun ke bawah, anda perlu lengkapkan butiran tambahan iaitu kad pengenalan penjaga.

Anda juga boleh membuat semakan permohonan di laman web yang sama. Semak dahulu sebelum anda ke pejabat Imigresen untuk ambil passport baru anda. Sebagai makluman kepada anda, proses untuk mendapatkan passport antarabangsa yang baru boleh diperoleh dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran dibuat (mengikut siaran akhbar oleh pihak Imigresen pada 2 Ogos 2016 - rujuk sini.).

Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,302,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,92,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,302,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,67,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,118,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,317,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: MyOnline Passport - Cara Perbaharui Passport Secara Online
MyOnline Passport - Cara Perbaharui Passport Secara Online
Cara Renew Passport Secara Online Menggunakan Sistem MyOnline Passport atau MyIMMS
https://3.bp.blogspot.com/-s5TTT9VmLOQ/V8iCs1pwF3I/AAAAAAAATBw/x7NTHWWCe38YnzEmSR9PI0MLruFWoBLsACLcB/s1600/cara-mohon-renew-passport-secara-online.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-s5TTT9VmLOQ/V8iCs1pwF3I/AAAAAAAATBw/x7NTHWWCe38YnzEmSR9PI0MLruFWoBLsACLcB/s72-c/cara-mohon-renew-passport-secara-online.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/cara-renew-passport-secara-online.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/09/cara-renew-passport-secara-online.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy