27 September 2016

2 Cara Buat Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online

Cara Buat Semakan Daftar Pemilih Secara Online. Dah semak daftar pemilih untuk Pilihanraya? Jika belum, anda boleh buat semakan secara online dengan mudahnya. Daftar pemilih yang baharu telah diwartakan pada 6 September 2016. Jadi, eloklah anda semak dan lihat samada anda bakal mengundi di lokasi dan tempat yang betul.

Saya sudah buat semakan. Malah, saya buat semakan untuk seluruh ahli keluarga saya yang telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Anda boleh melakukan semakan daftar pemilih secara online dengan dua cara.

2 Cara Buat Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Secara Online

Cara 1 - Secara Individu

Untuk membuat semakan daftar pemilih secara individu, anda perlu ke laman web berikut - http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Anda masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja tanpa sengkang. Anda akan dapat butiran tempat, lokasi secara terperinci selepas tekan butang 'semak'.
Cara Buat Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Secara Online

Cara 2 - Secara Berkumpulan

Untuk membuat semakan bagi ahli dalam keluarga anda yang telah didaftarkan, boleh gunakan pautan ke laman web berikut - http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/

Anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan setiap ahli yang ada di dalam kotak yang disediakan. Jika ada dua orang yang dah daftar, masukkan hanya dua kad pengenalan, tanpa sengkang. Jika ruang tak cukup, klik butang 'tambah IC'.

Bila sudah diisi, tekan butang 'Semak'. Jangan lupa masukkan aksara yang dipaparkan untuk tujuan keselamatan di kotak disediakan.
Cara Buat Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Secara Online
Jika anda sebarang perubahan, sila buat aduan kepada SPR dengan segera. Dan jika anda mahu tukar tempat mengundi, saya syorkan anda untuk tukar alamat pada kad pengenalan anda dan buat permohonan di mana-mana Pejabat Pos berkomputer.

Semoga bermanfaat.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen 2 Cara Buat Semakan Daftar Pemilih SPR Secara Online

terima kasih atas perkongsian ini. sngt berguna.

oh... terima kasih utk infonya. saya dah daftar haritu,baru tahu kena buat semakan utk lokasi mengundi semua. maklumat semua akan dikemaskini dalam tempoh 24 jam /lebih

Sama-sama .. seronok dapat tahu ia dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Kena pakat semak macam ni. Kata ada ura-ura tahun depan nak guna benda ni.

Bila banyak info yang bro HH kongsi memang yang baca boleh dapat banyak manfaat.

Berguna buat semua yang nak buat semakan.


EmoticonEmoticon