Siapa sini tak pernah pergi sekolah? Huhu... semua orang yang baca post ini pasti pernah ke sekolah - sekolah tadika, sekolah rendah, pastu sekolah menengah. Cuba ingat balik, siapakah cikgu perempuan yang paling anda ingat? Tentu cikgu tu cantik, cun melecun ... suara pun lunak (walaupun hakikatnya garau) je bila cikgu tu berikan arahan. Kalau tak ada cikgu cantik kat sekolah pun, pasti akan ada seorang dua cikgu perempuan yang anda akan ingat .. kan kan?

Saya tak nafikan, dalam ingatan saya ini .. mana-mana cikgu yang cantik (pada pandangan saya ketika itu) pasti akan saya ingat sampai sekarang. Saya akan ingat senyumannya, suaranya, peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan cikgu tu, alahhhh isteri saya pun ingat gak kat cikgu perempuan cantik kat sekolah dia... jadi, tak bermakna kalau ada kata saya ni pelajar gatai dok ingat kat cikgu cantik ja ... haha.

Ada Cikgu Cantik Kat Sekolah, Barulah Best ...

Cikgu Dayang yang cantik
Uhh saya dulu masa belajar kat sekolah menengah, siap ada cikgu seksi lagi. Pakai skirt pendek je ngajar Bahasa Mandarin kat sekolah. Lupa pulak nama dia ... yelah, saya ni dah umur 40 tahun (2016) ... maka ingatan pun makin merosot, banyak dok ingat kat Ustazah yang lawa je skrang ... ekekekeke.

Cikgu Mandarin Saya, Cantik dan Seksi

Tapi itulah, selama saya belajar dulu ... saya rasa sangat best untuk belajar... walaupun subjek tu gila susah nak hadam, macam kes cikgu Mandarin saya ni la. Setiap kali exam, satu kelas akan dapat samada D atau F kecuali mereka yang kaki tiru, leh la dapat B atau C. Tapi, bila waktu kelas nak belajar Bahasa Mandarin, semua excited .. siap jemput cikgu lagi kat bilik guru suruh masuk kelas .. hahahaha.

Cikgu cantik, apa je arahan dia berikan .. semua senyum dan ikut. Kalau cikgu tu marah pun, semua pelajar tetap senyum. Kalau dia minta tolong, semua orang akan sedia nak tolong .. hatta dari cikgu lelaki. Bila cikgu cantik kata .."Tolonglah dapat A selepas ni .." dan macam magik ... ujian lepas tu, semua orang hampir dapat semua A.
Cikgu Cantik Viral di Facebook
Cikgu Cantik Cikgu Nabila

Kecantikan Cikgu Ada Aura Positif Untuk Anak Murid

Sebenarnya, kecantikan pada cikgu ini ada auranya tersendiri. Kadang tak perlu pun berwajah cantik, tapi kalau cikgu tu pandai jaga penampilan, pandai ambil hati, in Sha Allah, anak-anak belajar akan rasa suka dan seronok. Alaahhh ... mata murid-murid .. umur belas-belas tahun ... cantik pada pandangan mereka ni kadang tak sama dengan cantik pada pandangan orang dewasa.

Satu kajian mendapati, cikgu yang ada rupa paras yang menarik boleh berikan impak positif pada keputusan peperiksaan pelajar ... rujuk artikel bawah ni.
CARSON CITY, Nevada – Guru yang memiliki rupa paras menarik akan menghasilkan keputusan peperiksaan lebih baik, demikian menurut satu kajian baharu seperti laporan akhbar The Mirror kelmarin.

Pasukan penyelidik Universiti Nevada di Amerika Syarikat yang melakukan kajian itu berkata, keputusan peperiksaan meningkat jika guru yang mengajar memiliki rupa paras menawan.

Dalam kajian itu, pasukan saintis berkenaan me­minta seramai 131 pelajar kolej mendengar satu kuliah audio.

Semasa mendengar kuliah sama, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan kumpulan lain mempunyai gambar guru berwajah kurang menarik.

Mereka kemudian mengambil satu ujian. Kumpulan pelajar yang menyangka guru mereka mempunyai rupa paras menawan mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan sebaliknya.

“Kajian mendapati rupa paras (guru) memainkan peranan dalam pembelajaran yang sebelum ini terlepas daripada perhatian,” kata seorang saintis berkenaan, Profesor Murray Miller.

Para pelajar berkenaan katanya, mendapati guru yang menarik menjadikan mereka lebih bermotivasi dan mudah memahami apa yang disampaikan. – Agensi
Uhh ... hmmm .. ada kebenaran ke? Atau itu sekadar kebetulan?
Cikgu Nur Amirah
Mungkin ada betulnya kot, sebab semasa saya darjah enam ... disebabkan cikgu perempuan cantik yang 'jaga' saya, saya dapat keputusan UPSR 5A ... dan pegang rekod sekolah selama 3 tahun berturut-turut... hoho... satu-satunya pelajar dapat 5A sekolah tersebut sejak UPSR diperkenalkan dalam KBSR...ngeh.. ngeh .. ngeh..

Dan .... semasa saya ambil exam SRP untuk bahasa Mandarin pada tingkatan empat, saya berjaya dapat D ... daripada keputusan F yang diramal.

Apa pengalaman anda semasa belajar bangku sekolah dulu? Ada impak tak cikgu yang berwajah cantik lawa dengan cara anda belajar, dan keputusan peperiksaan anda? Kongsilah ye.

Kredit Gambar: Instagram Cikgu Dayang, Cikgu Raja Nur Amirah, Cikgu Nabila

p.s: Sekarang, dah ada sekolah yang buat Bengkel #CikguCantik (Bengkel Penampilan) ... disertai oleh guru-guru tak kira usia, termasuk juga guru lelaki.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement