10 Ogos 2016

Wang Tunai RM1 Juta dan Pencen RM5 Ribu Untuk Pemenang Pingat Olimpik 2016

Perghhh .. lumayan weih. Untung atlet negara dalam sukan Olimpik sekarang sebab ada support daripada Majlis Sukan Negara (MSN). Kalau ada yang tidak tahu, di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Wang Tunai RM1 Juta dan Pencen RM5 Ribu Untuk Pemenang Pingat Olimpik 2016

Atlet pertama Malaysia yang bakal menerima ganjaran hebat dari MSN ini adalah dua atlet ini iaitu gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang akan berkongsi ganjaran RM600,000, setelah berjaya menang pingat pertama negara, iaitu pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Mereka juga akan menerima pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan yang mengharumkan nama negara dalam sukan Olimpik Rio 2016.
Wang Tunai RM1 Juta dan Pencen RM5 Ribu Untuk Pemenang Pingat Olimpik 2016
Tahniah buat pasangan atlet Sukan Olimpik Rio 2016 ini. Pasangan itu meraih pingat perak Olimpik dalam acara 10 meter platform terjun seirama wanita, yang menjadi penyumbang pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio.

Nama Pandelela bukanlah nama asing dalam sukan tanahair. Ramai rakyat Malaysia yang kenal. Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London 2012. Dah jadi antara fakta sejarah pun dalam buku teks Malaysia mengenai sukan.

Ibu bapa yang mungkin anak mereka galak dalam sukan .. mungkin kisah ini boleh dijadikan bahan untuk mereka maju jaya. Bukan sebab adanya insentif tu, tapi ia juga dapat beri kebanggaan kepada negara.

Lepas ni takkan dengar lagi bebelan ni ...

"Apa kau dapat dok belajar sukan-sukan ni .. bukannya leh dapat gaji pun ... baik kerja gomen, ada pencen .. macam-macam tu"

Huhu ... setiap usaha ada ganjaran. Pasti.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen

Tahniah kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama negara. Terfikir juga, mana datang dana untuk pencen tu...

nak qualify Olimpik pun sikit punya susah tu..apatah lagi nak menang, berbaloi le kan

Bestnyaaa. yang penting mereka bukan senang lenang nak dapat ganjaran tu, keringat dan air mata pasti menjadi peneman =)

Usaha yang berterusan mendapat ganjaran.

ada usaha, ada hasil...

nak hasil, bukannya senang2 datang bergolek..

tahniah. !


EmoticonEmoticon