23 Ogos 2016

Video Penuh Evolusi Persona Dijayakan Fazura dan Zul Ariffin

Video penuh Evolusi Persona, dijayakan oleh Nor Fazura dan Zul Ariffin. Sebelum ini, saya dah kongsikan beberapa gambar mengenai kereta model terbaru Proton Persona 2016, yang telah dipertingkatkan dari segala segi berbanding model lama Persona. Kereta model terbaru, Proton Persona dilengkapkan dengan ciri-ciri terkini, terbaik terutama sekali dari aspek keselamatan.

Pelancaran model Proton Persona 2016 telah pun dibuat hari ini (23 Ogos 2016), dan beberapa rakan blogger telah berkesempatan untuk membuat nilaian atau review mengenai kereta model terbaru Proton ini. Semua review memberikan gambaran bahawa kereta sedan terbaru Proton ini mempunyai potensi untuk muncul sedan popular tahun 2016.

Proton Persona 2016 - Saksikan Video Penuh Evolusi Persona

Video Penuh Evolusi Persona Dijayakan Fazura dan Zul Ariffin
Saya juga teruja dengan keluaran Proton Persona ini, dan semalam saya sendiri telah membuat tinjauan di showroom Proton Edar .... anda boleh lihat gambar Persona 2016 yang masih lagi berbalut dengan kain hitam di Instagram HasrulHassan.

Nak tahu apa keistimewaan Proton Persona 2016 baru ini? Tonton video penuh Evolusi Persona yang telah dijayakan oleh Nor Fazura, dan Zul Ariffin.

Video Penuh Evolusi Persona 2016


Gambar Proton Persona 2016
Untuk tempahan, serta pandu uji kereta sedan terbaru Proton Persona 2016, boleh layari laman web khas ini - http://www.newpersona.proton.com/

Butiran spesifikasi dan juga harga turut disediakan kepada anda.



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

2 Komen Video Penuh Evolusi Persona Dijayakan Fazura dan Zul Ariffin

Asalam sifu blog hebatnya blog semakin terserlah ya

Ehh ye ke? hehehe.. lama tak nampak komen di blog saya .. sibuk ehh?


EmoticonEmoticon