Langkau ke kandungan utama

Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar

Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar. Salah satu cara blogger mendapat income online adalah menerusi menghadirkan diri ke jemputan-jemputan event atau acara tertentu. Selain dibayar, blogger juga akan menerima beberapa insentif lain, dan kadangkala goody bag termasuklah produk percuma. Dengan mutual-understanding, blogger tersebut akan bantu penganjur untuk hebahkan, promosi, dan tulis artikel di dalam blog.

Namun begitu, tidak ramai rakan blogger tahu .. untuk membolehkan blogger terima bayaran untuk hadir sesuatu event dan buat coverage, blogger tersebut mestilah menjadi seorang yang aktif dan buat permulaan melakukan promosi secara percuma terlebih dahulu. Ini adalah salah satu tips sebelum seorang blogger mendapat undangan event berbayar.

10 Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar

Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar
Saya sendiri sebelum ini banyak hadir ke event atau acara yang melibatkan produk syarikat besar tanpa undangan. Saya cuma menyelitkan diri ke event tersebut dan melakukan promosi percuma menerusi penulisan artikel di blog. Bagaimana saya dapat tahu ada event? Pastilah saya rajin geledah laman-laman web syarikat besar dan follow akaun media sosial mereka. Apabila ada hebahan mengenai pelancaran produk, saya cuba untuk hadir. Dari situ, saya akan dapat banyak input bagi tujuan research untuk ditulis di dalam blog. Gambar pun saya ambil sendiri, menampakkan saya tahu apa yang saya tulis.

Sebagai contoh, saya pernah hadir satu event yang kos tempat tinggal dan makan ditanggung tetapi tidak dibayar untuk artikel. Saya tulis banyak artikel mengenai event tersebut kerana ia ambil masa lama, dan banyak input yang telah saya dapat.
Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar
Setelah beberapa bulan saya tulis beberapa artikel, ada pihak yang nampak penulisan artikel saya itu yang dianggap mereka menarik. Lalu, saya mendapat email dari beberapa syarikat dan usahawan bertanyakan cara untuk bekerjasama. Dari situ, saya tawarkan khidmat saya .. iaitu menulis artikel mengenai produk dan bisnes mereka dalam blog dengan caj atau kadar bayaran tertentu.

Mereka bukan sekadar menerima tawaran, malah beri tawaran untuk saya hadir event yang mereka anjurkan supaya dapat bantu saya menulis artikel mengenai mereka. Ada tu yang sanggup berikan tempat penginapan, dan tanggung makan minum... huhuhu...

Jadi nampak tak? Itu adalah salah satu cara bagaimana seorang blogger nak dapat undangan satu event dan dibayar untuk menulis mengenainya.

9 Tips Tambahan Untuk Blogger Dapat Undangan Hadir Event

Di bawah ini saya senaraikan beberapa tips tambahan untuk blogger yang teringin nak dapat undangan event berbayar. Tips yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman beberapa rakan blogger lain yang memang aktif dan sering menerima jemputan event, samada berbayar atau percuma.
  1. Sertai mana-mana group atau kelab atau persatuan blogger yang aktif. Dari situ peluang untuk dapat undangan lebih cerah dan lebih banyak. Anda juga akan dapat banyak input daripada rakan-rakan blogger yang lain untuk menulis artikel.
  2. Bina jenama atau brand anda. Kalau jenama anda kuat dalam dunia blog, dalam dunia media sosial dan pemasaran.... syarikat, usahawan dan orang perorangan tidak akan teragak-agak untuk jemput anda hadir event dan bayar anda untuk tulis mengenai bisnes dan produk mereka di blog. Baca tips ini - Ciri-Ciri Penting Untuk Menjenamakan Blog
  3. Seandainya anda merasakan brand anda tidak cukup kuat, refer tips pertama saya tadi .. sertai mana-mana group blogger yang ada kekuatan dan ada brand. Bergerak sebagai satu jemaah, dan kumpulan. Bayaran mungkin kena kaw-tim, tapi ia permulaan yang sangat baik untuk anda untuk terima undangan yang lain nanti. Harus ingat, penulisan setiap blogger tidak sama .. mungkin penulisan artikel anda lebih menyerlah daripada blogger lain, akan datang dapat personal invitation pula.
  4. Kebiasaan untuk blogger dapat tawaran event berbayar adalah mereka yang merupakan pemilik blog yang ada kekuatan tersendiri terutamanya dari segi jumlah trafik sehari dan sebulan. Selalunya info berkaitan siapa dan demografi pembaca blog akan diambil kira. Kalau trafik tak tinggi, usah risau .... mereka akan nilaikan blog dan artikel anda dari segi engagement pula. Berapa followers anda di media sosial dan sebagainya .... Baca tips ni -Tips Bagaimana Entri Blog Menyerlah Facebook
  5. Networking yang kuat. Kadang ada blogger yang bergerak tanpa terikat dengan mana-mana group blogger tapi dia sering dapat job berbayar. Dari sini, selalunya blogger ini mempunyai perhubungan yang baik dengan semua group blogger. Mungkin kerana brand sendiri, atau pengaruh yang ada pada blogger ini membuatkan rakan-rakan dalam group blogger lain offer job sampingan kepadanya .. dan jangan terkejut, mungkin syarikat itu approach sesuatu group itu semata nak dapatkan khidmat dari anda.
  6. Perkara paling penting untuk mudah mendapat undangan event ialah attitude. Anda perlu ada satu perwatakan yang menyenangkan, pandai bawa diri, boleh berkomunikasi dengan baik, menjalankan kerja dengan betul dan bertangunggjawab, dan saling berhubung dengan mereka yang telah memberikan peluang. Bina hubungan ini dengan attitude anda. Bila sudah ada hubungan, anda sudah ada networking dan dapat menaikkan brand anda sendiri.
  7. Jika anda hadir ke event, jaga tingkah-laku anda dan tunjukkan bahawa anda seorang blogger seperti apa yang mereka sangkakan. Jangan jadi tunggul! Bergaullah dengan mereka yang hadir di event tersebut .. hatta anda sangka bahawa andalah blogger paling fames di Malaysia. Tunjukkan minat anda terhadap sesuatu ... kerana dari minat itulah anda boleh dapat job yang best-best ... huhu...
  8. Anda hanya seorang blogger. Bukan golongan tan sri, datuk, atau orang kenamaan. So, be humble. Walaupun kadang anda fikir andalah manusia paling bijak dalam event tersebut, tundukkan diri sedikit. Baca tips ni - Cara Blogger Mendapat Respek Masyarakat
  9. Jangan lupa untuk ambil peluang untuk saling tukar kad bisnes. Baca tips ni - 5 Ciri Penting Kad Bisnes Seorang Blogger. Dan anda kena pastikan bahawa setelah anda berikan kad bisnes anda (kad blogger), mereka akan ingat anda siapa .. huhuhu...  cara paling mudah yang pernah saya buat ialah ... ketika itu juga buat miscall kepada si pemberi kad ... dan pastikan dia simpan nama kita dalam phonebook dia .. hoho.. lepas dua tiga hari event, anda contact ... dan dia akan ingat siapa anda!

Ok. Rasanya banyak tips yang saya kongsikan ini. Bukan semua tip yang ditulis di atas sesuai untuk semua orang, tapi anda boleh cuba. Personaliti setiap blogger berbeza. Kadang tak perlu buat apa-apa pun, cuma hadir dengan kelihatan segak dan cantik menawan .. dan mereka yang akan datang kepada anda. Jika anda ada hubungan baik dengan orang lain yang datang event itu, automatik nama anda akan dijaja sana sini .. huhuhu...
Tips Untuk Blogger Dapat Undangan Event Berbayar
"Pss .. tu blogger yang mata panda tu .. apa nama dia .. broframestone .. popular tu. Ramai selebriti yang dia kenal. Leh minta tolong dia tu kalau nak promosi produk .. "  bisik blogger A kepada PR syarikat DEF.

"Tu .. Encik ST .. usahawan tu .. dia pun blogger gak. Cekap bab pemasaran online" sembang awek baju kemeja merah pada bossnya yang merupakan CEO syarikat sate yang baru berusia enam bulan.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan ye.


p.s: Ada blogger yang cuma hadir satu event je, satu event besar .. pastu dia hanya dok di rumah je dengan tulis artikel event lain tanpa perlu nak hadir pun .. semua material diberikan.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. hahahah kenapa mata panda... Bro HH tips dari bro HH best! Nak buatlah nanti gi event besar pulak. Kikikiki

    BalasPadam
  2. Tak pernah hadir mana2 event sbb jauh. Undangan berbayar adaa.. Tp tu la.. Jauh. Duk diam rumah je tulis blog and dibayar 😅 Nice info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam..tertarik nak baca...hebatnya dapat bayaran..nak juga jika ada yang ikhlas bayar bro HH..terima kasih tips ni ya

      Padam
  3. tips yg sgt bagus.. thankz en. hasrul.. bila la boleh sampai tahap encik.. hiks..

    BalasPadam
  4. Pernah ikut Sally pergi event tapi saya tak pandai bawak diri. Tak pandai bergaul. Rasa macam tu first and last kot tumpang join. Rasa macam statik je.. Apapun thanks berkongsi tip bro HH..

    BalasPadam
  5. betol2......setuju ngn tips ni

    BalasPadam
  6. Satu tips yang bagus untuk saya yang baru berjina-jinak dalam dunia blog.

    BalasPadam
  7. Bagus tips ni. Panduan yang berguna Bro HH.

    BalasPadam
  8. waaa..tak pernah lagi rasa join event..kalau ikut tips di atas..rasanya lepas ni mesti boleh dapat..hehehe

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  9. pergh terbaik la bro hh..

    susah2 dlu..kedepan baru ngam..

    BalasPadam
  10. adeh, sekarang ni bro framestone tengah membahan den sebagai pelakon sebab muka macam seorang pelakon baru.. adeh.. segan dibuatnya

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih bro HH.. tip2 nie semua nyer terbaik.. :) . Insaallah nanti kena amalkan.

    mselim3

    BalasPadam
  12. anak kecik susah arrr nak tinggal, saya suka dengan ahli blogger....mesra je semunya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…