Tempah Tiket Bas Secara Online Menerusi CatchThatBus

Tempah tiket bas secara online? Yer. Sekarang semua dah mudah. Bukan setakat tempah tiket KTM ETS dan tiket kapalterbang sahaja boleh dilakukan secara online, tetapi juga tempah tiket bas ekspress pun sudah boleh dilakukan secara online. Semua ini adalah untuk kemudahan orang ramai. Tak perlu nak keluar rumah, menerusi akses internet, dari peranti mudah alih samada dari laptop, tablet mahupun telefon pintar .. tempahan tiket bas ekspress kini boleh dibuat dihujung jari sahaja.

Salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan tempahan tiket bas ekspress secara online ini ialah CatchThatBus. Malah, anda boleh memuat-turun aplikasi percuma di Google Play, Apple App Store dan juga tersedia untuk WindowsPhone. Mudah bukan?

Tempah Tiket Bas Secara Online CatchThatBus

Tempah tiket bas secara online menerusi CatchThatBus tidak susah mana, semua langkah-langkah, cara serta panduan untuk membuat tempahan telah tersedia.

Cara Buat Tempahan Tiket Bas Online

Mula-mula pergi ke laman CatchThatBus
  1. Pilih lokasi anda bakal bertolak
  2. Pilih destinasi yang hendak dituju
  3. Pilih tarikh anda 
  4. Pilih jumlah penumpang/tiket
Anda kemudian akan dibawa ke satu bahagian lain, yang menunjukkan pilihan-pilihan tiket bas yang ada berdasarkan kepada butiran awal yang telah anda masukkan tadi. Ia akan senaraikan perkhidmatan bas ekspress ikut tarikh, lokasi dan destinasi yang telah anda tetapkan tadi, termasuk juga berdasarkan jumlah tiket yang ingin anda tempah. Perhatikan harga tiket sebelum anda pilih!
  1. Pilih mana-mana senarai yang telah disediakan untuk tempah tiket bas online anda. Pastikan anda lihat pada waktu berlepas yang disediakan. Jangan tersilap.
  2. Pilih syarikat mana yang berkenan di hati, pilih tempat duduk, dan isi butiran mengenai penumpang
  3. Buat pembayaran secara online
  4. Tiket akan dihantar menerusi email atau boleh terus cetak terus dari laman web CatchThatBus.
Dah .. anda sudah pun tempah tiket bas secara online menerusi laman web CatchThatBus. Nak lebih senang, anda muat turun sahaja aplikasi percuma yang ada disediakan seperti awal-awal saya sebutkan tadi.

Baucer Diskaun Khas

Oh ya, sebagai pembaca blog ini, anda akan diberikan diskaun khas untuk anda mencuba sistem tempahan tiket bas ekspress CatchThatBus secara online ini. Hanya gunakan kod promo disediakan di bawah ini,

Boleh juga gunakan baucer promosi di bawah sebagai pengguna pertama kali ...



4 comments.. read them below or add one

Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad August 23, 2016
terbaiklah ni, harga pun taklah mahal mana
aswaleyla aswaleyla August 23, 2016
senang la nanti nak tempah tiket bas.
Along Misuari Along Misuari August 24, 2016
Perkongsian yang amat baik TAPI kena macam x kenal je posting nie..asyik kuar ThatBusCart je nie..sehingga tak boleh dibaca
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 24, 2016
Masalah sudah dapat diselesaikan. Ada script yang tetiba buat hal.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.