Take Care, sebuah iklan Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan ke 59 daripada Petronas. Walaupun baru lima hari (sejak 25 Ogos 2016) berada di laman YouTube, iklan Merdeka 2016 daripada Petronas ini telah pun mendapat lebih 700,000 views daripada pengguna Internet.

Semua orang sedia maklum, Petronas merupakan antara brand terkemuka yang membawa nama Malaysia di persada dunia. Bila sebut Petronas, orang akan ingat Malaysia, kemudiannya akan mula terbayang bendera Jalur Gemilang. Petronas sinonim dengan Malaysia. Jadi, bila orang melihat iklan Petronas, orang akan nampak nilai-nilai yang ada di dalam masyarakat dan budaya Malaysia.

Take Care - Iklan Merdeka 2016 daripada Petronas

Take Care - Iklan Merdeka 2016 Petronas
Take Care, iklan Merdeka 2016 yang meletakkan nilai-nilai terbaik rakyat Malaysia yang sentiasa saling bantu, walaupun berlainan budaya dan agama. Kita menjaga sesama kita, dan memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di dalam kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan.

Jom layan video TVC Merdeka 2016 daripada Petronas ini (jika anda belum). Take Care. Take care each other, take care Malaysia.

#TakeCare - Video Iklan Merdeka/Hari Malaysia 2016 daripada Petronas


Bagaimana dengan diri anda? Adakah anda memiliki ciri-ciri seperti apa yang terdapat di dalam iklan Merdeka 2016 daripada Petronas ini?

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat memberikan manfaat pada orang lain. In Sha Allah.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement