Langkau ke kandungan utama

Semak Blog Dari Ancaman Malware Guna VirusTotal

Baru-baru ini, ada beberapa rakan blogger telah menghubungi saya, mengatakan blog saya menghadapi masalah disekat akses kerana dianggap sebagai Malicious Website. Memang terkejut saya dibuatnya, selama ini saya fikir blog saya dah bebas dari masalah seperti itu. Disebabkan blog saya dianggap mempunyai Malware lah, saya menukar template blog .. saya ada ceritakan di entri ini - 7 Sebab Kenapa Kerap Tukar Template Blogspot

Kali ini, saya agak berpuas hati dengan template blogspot yang ada sekarang, iaitu template Invert dari Arlina Design. Ia sebuah template blogspot percuma, dan bukan berbayar. Sudah banyak penambah-baikkan, dan juga customization saya lakukan di dalam template ini. Bukan mudah pulak tu nak kena ubah untuk disesuaikan dengan selera sendiri.

Tup tap ... ada juga masalah Malware. Fuh .. nasib baiklah saya ni jenis tak mudah putus asa. Dan lagi memang minat nak selesaikan masalah ni. Lalu, saya gunakan khidmat VirusTotal untuk kesan apa yang menjadi masalah kepada blog saya.

Semak Blog Dari Ancaman Malware Guna VirusTotal

Semak Blog Dari Ancaman Malware Guna VirusTotal
Menerusi VirusTotal, saya dapat kenalpasti jenis antivirus atau malware scanner yang anggap blog saya ada masalah keselamatan atau masalah malware ni. Dari situ, barulah saya pergi menyemak semula status blog saya berdasarkan info yang diberikan oleh VirusTotal. Kemudian, saya lakukan pembersihan berdasarkan kepada cadangan yang diberikan oleh setiap antivirus atau pengesan malware online ini.

Info Fakta Mengenai VirusTotal

Untuk info, VirusTotal adalah subsidiari Google. Ia menyediakan perkhidmatan percuma untuk analisis fail dan URL laman web mahupun blog untuk mengenal-pasti virus, cecacing, trojan dan kandungan lain yang mungkin merbahaya; yang telah dikesan oleh enjin antivirus dan website scanner yang ada.

Ia juga digunakan untuk mengesan 'false positives', atau kesilapan pengesanan yang telah dibuat oleh enjin-enjin antivirus dan website scanner. Misi TotalVirus adalah memastikan industri internet bebas daripada ancaman bahaya dan meningkatkan sekuriti menerusi servis pengesanan percuma.

Bagaimana VirusTotal Kesan Malware?

Secara amnya, VirusTotal mengumpul data mengenai aspek keselamatan laman web atau URL tertentu yang diperoleh daripada laman-laman web antivirus dan malware scanner. Ada lebih 50 sumber digunakan oleh VirusTotal untuk membolehkan pengguna seperti saya menyemak samada blog saya selamat ataupun merbahaya.
Semak guna antivirus online percuma
Senarai antivirus yang dijadikan bahan sumber rujukan oleh VirusTotal adalah seperti berikut:
Malah, rujukan juga dibuat berdasarkan maklumat yang disahkan daripada laman web malware scanner berikut:
Jadi, apabila setiap kali blog saya hadapi masalah berpunca dari malware atau virus, atau juga script widget yang membahayakan pengunjung dan pembaca blog saya, saya akan gunakan VirusTotal untuk melakukan semakan.

Hasil Semakan Gunakan VirusTotal

Hasil pengesanan oleh VirusTotal, 2 laman web pengesan atau antivirus iaitu Dr.Web dan Sophos menganggap blog saya merbahaya, manakala enjin antivirus Quttera anggap blog saya sebagai diragui dari segi keselamatan.
Menerusi VirusTotal, hanya 2 pengesan (antivirus dan malware scanner) yang anggap blog saya bahaya daripada 68 yang lain, iaitu dalam ratio pengesanan 2:68 (2.9%). Manakala menerusi Google Transparency Report - Safe Browsing Site Status, blog saya masih lagi bersih dan tiada ancaman malware seperti dilaporkan oleh dua enjin pengesan dimaksudkan.
Menurut beberapa rakan, kemungkinan berlaku adalah disebabkan blog sering sahaja diakses dari capaian yang strict seperti pejabat kerajaan ... membuatkan sistem keselamatan rangkaian flag sesebuah blog atau laman web sebagai bahaya terutama setiap kali ada iklan atau ayat yang dianggap memudaratkan, contohnya ... pornogra..... atau lu..h. Apabila dikenalpasti, URL blog atau laman web berkenaan akan dihantar ke pengkalan data enjin antivirus atau malware scanner dengan dianggap sebagai Suspicious yang kemudiannya boleh menjadi Malicious apabila terlalu banyak mendapat 'aduan'.

Blog Lancar Tanpa Sekatan Jika Diakses Menerusi Peranti Mudah Alih

Namun begitu, saya diberitahu oleh rakan pembaca dan pengunjung setia blog ini, bahawa blog saya masih boleh diakses tanpa sekatan menerusi telefon pintar dan peranti mudah alih yang lain. Malah, capaian menerusi peranti mudah alih lebih laju, lebih baik berbanding akses menggunakan komputer.

Buat rakan blogger lain, mahupun rakan pembaca ... jika kurang pasti tahap keselamatan sesebuah blog atau laman web, bolehlah gunakan VirusTotal ini sebagai rujukan. Jika jumlah detection ratio adalah lebih 50%, maka berhati-hatilah ye ...

Oh ya, antivirus apa yang anda gunakan? Maksud saya Internet Security apa? Saya gunakan Trend Micro dan alhamdulillah, ia tak sekat saya untuk jenguk blog saya sendiri .. huhu.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. terima kasih atas info yg bergune ne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh blogger dari Brunei ... terima kasih sbb sudi baca blog saya.

      Padam
  2. Perkongsian yang amat menarik sehingga AM sendiri pun ada buat juga.. Boleh HH komen sikit sebanyak ya..

    http://www.alongmisuari.com/2016/08/adakah-blog-anda-selamat.html

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sama-sama lokman .. terima kasih kerana sudi tinggalkan komen dan jadi antara pembaca setia blog saya ni ..

      Padam
  4. Sophos ni macam x boleh lepas je... sy punya Detection ratio: 1/68 Sophos jugak..

    BalasPadam
  5. Sophos ni nampak ketat sangat ... huhu... takpe, janji jgn ramai pakai sophos kat ofis ngan umah sebagai antivirus dah la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…