Scrub Kopi dengan Minyak Kelapa Dara, Wangi Vanilla Dari Segobugo

Scrub Kopi dan Minyak Kelapa Dara, Berbau Wangi Vanilla Dari Segobugo. Wahh best ooo pakai scrub dari Segobugo ni. Saya dah lama simpan ... dan sudah pun pakai scrub ni beberapa kali. Sebelum Ramadhan lagi saya dah cuba produk ni ... yang asalnya nak dijadikan hadiah buat isteri .... haha.

Minta maaf ye wahai isteriku sayang, abang terpaksa pakai sebab teringin nak merasai kesan scrub ni yang dah ramai orang dok sebut... ekekekeke... (agak-agak isteri saya baca tak ni?).

Scrub Kopi dengan Minyak Kelapa Dara, Wangi Vanilla Dari Segobugo

Jika anda ada follow Instagram saya, saya ada post beberapa gambar produk Segobugo ni yang saya pakai. Ianya dipaket dalam bungkusan kedap udara, tetapi ada bahagian yang transparent yang bolehkan anda nampak isi dalam. Isi dalamnya berbentuk serbuk. Agak kasar juga, tetapi berbau wangi kopi.
Scrub Kopi Minyak Kelapa Dara, Wangi Dari Segobugo
Cara nak pakai senang je, tuangkan serbuk Segobugo dalam bekas pastu campur dengan air. Kacau-kacau ... pastu letak kat muka, urut membulat. Lepas tu bilas dengan air bersih. Anda tak perlu pakai hari-hari, cukup sekali dua je dalam seminggu.

Tengok aksi selamba saya pakai scrub ni .. kat ruang tamu je sebab minta tolong isteri untuk ambilkan gambar, biar anda semua nampak dengan jelas cara nak letak pada muka...huhuhu
Pengalaman pakai Scrub Kopi Minyak Kelapa Dara, Wangi Dari Segobugo
Bestnya ialah, Segobugo tak ada rasa melekit atau berminyak walaupun ramuannya terdiri dari minyak kelapa dara ... huhuhu.. bau aroma kopi .. perghh memang best... itu di antara yang menjadikan anda rasa segar apabila disapu pada kulit muka. Selepas cuci atau bilas, anda akan rasa kulit anda seolah bebas dari kotoran, bersih suci dan lembab. Bila isteri saya rasa pipi saya ..... huhuhu .. lembut macam pipi bayi ... ohhh ... gebu weihhh.

Kalau tengok pada testimoni orang ramai kat page Segobugo .. derang kata bau vanilla ... uhh tipu je tu... hehehe sebab saya pakai .. bau dia sedapppp bau aroma kopi yang macam baru dibancuh je. Fuhh .... memang sesuai kalau nak pakai waktu pagi, iaitu waktu bagi menyegarkan wajah. Ke sebenarnya saya tak reti nak bau bau ni .. haha... lebih baik anda cuba sendiri.

Kelebihan

Apa kelebihan pakai scrub Segobugo ni?
👄 Anti celullite/strechmark 👄 Tegangkan kulit 👄 Cerahkan kulit 👄 Melembapkan kulit 👄 Membuang sel kulit mati 👄 Buang blackhead 👄 Kecutkan jerawat 👄 Gebukan dan licinkan kulit 👄 Menghilangkan daki degil 👄 Legakan gatal-gatal

Jadi, ia sesuai untuk semua golongan, lelaki dan perempuan. Kalau anak-anak ada gatal-gatal badan, sapu je dengan scrub ni .. pasti derang suka. Lagi-lagi kat bahagian belakang tengkuk, kaki .. siku dengan lutut yang kadang banyak daki degil.. memang elok pakai benda ni.

Sebenarnya ia bukan sekadar boleh digunakan untuk sapu atau scrub di muka. Seperti saya katakan tadi, mana tempat pada badan yang ada masalah macam selulit atau daki .. boleh gunakan Segobugo ni. Satu badan sapu dan sental pun tak mengapa. Cuma satu je .. lepas bilas .. jangan pula layan sabun lak ... dah cukup pakai Segobugo je.
Bahan-bahan dalam Segubugo
Ramuannya semua sumber natural - kopi, minyak kelapa dara dan juga aroma vanilla. Homemade pulak tu. Takda campuran ntah apa-apa. Takde bahan kimia .. in Sha Allah.

Teringin nak cuba?

Boleh hubungi seperti tertera di bawah ni. Agen juga dicari untuk tujuan pemasaran seluruh Malaysia.
Instagram : Segobugo https://www.instagram.com/segobugo/
Facebook : SegoBugo https://www.facebook.com/segobugo 
Yang di bawah ini adalah owner produk ni .. homemade ye .. bukan kilang tau.
Personal Instagram : Aimie Mokhtars https://www.instagram.com/aimiemokhtars/
Personal Facebook : Aimie Mokhtars https://www.facebook.com/FatinAimie88
Blog : http://segobugo.blogspot.my/
HP : 014-5391470


4 comments.. read them below or add one

yang baik yang baik August 17, 2016
wah... semakin meletop top... segobugo, penganan sifu blogger
hehehe
yang baik yang baik August 17, 2016
Korang jangan lupa, minggu ni segobugo ada buat promosi terberanak... harga murah sangat2
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 17, 2016
Memang best pakai Segobugo scrub ni ... pepagi elok pakai
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 17, 2016
Yer .. ada nampak di FB tadi.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.