Langkau ke kandungan utama

Jom Menyumbang RM10 Untuk Program Amal Jejak Gelandangan 2016

Program Amal Jejak Gelandangan 2016. Adakah anda seorang warga prihatin Malaysia? Jom bersama-sama membantu menjayakan projek amal - Program Amal Jejak Gelandangan 2016. Program ini merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur, dengan bermatlamat untuk mengedarkan pek makanan kepada golongan yang memerlukan.

Berminat tak nak hulurkan sumbangan?

Ok. Saya sebenarnya telah menerima email berkaitan program ini sudah agak lama .. iaitu pada 22 Ogos 2016 yang lalu menerusi akaun email lama saya. Saya tak pasti bagaimana pihak terbabit boleh mendapat email saya, dan kemudiannya memohon untuk saya kongsikan di blog dan media sosial lainnya.

Program Amal Jejak Gelandangan 2016

Apapun, saya fikir masih sempat untuk saya war-warkan program murni yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur ini, hatta diri saya sendiri bukan berada di Kuala Lumpur .. huhuhu... benda baik, elok bantu .. apatah lagi di zaman era siber ni, gunakan segala metod dalam alam siber untuk sebarkan yang baik, in Sha Allah.
Gambar Program Amal Jejak Gelandangan 2015
Objektif pogram ini ialah untuk membantu mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim.

Ianya satu program kebajikan yang diadakan setiap tahun oleh pihak Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur. Dan program ini mendapat sambutan yang agak baik terutama mereka yang memang prihatin dengan nasib golongan gelandangan.

Tahukah anda, bahawa ramai daripada golongan gelandangan di Kuala Lumpur adalah dari golongan lelaki dan dari keturunan Melayu? !

Apa kata Mereka - "Saya terharu apabila melihat mereka terus membuka pek makanan yg diberi itu, mereka makan hingga habis licin, ini menunjukan mereka tidak makan pada siang hari itu" - Azlan, ahli persatuan.

"Sungguh menginsafkan diri saya bahawa ada orang yang lebih susah daripada kita, kita patut bersyukur apa yang kita ada" - Khairul, Sukarelawan Program.

Info Berkaitan Program Amal Jejak Gelandangan 2016

Ok, sedikit maklumat dan info berkaitran Program Amal Jejak Gelandangan 2016.
  • Golongan Sasaran: Golongan Gelandangan yang tidur dikaki lima bangunan sekitar Kuala Lumpur.
  • Tarikh dan Masa: 1 September 2016 (Khamis) 11.00 malam – 2.00 pagi
  • Kos Program: Sasaran untuk menyediakan 200 pek makanan. Anggaran kos 1 pek makanan adalah RM5.00 –RM 10.00.
  • Jumlah Dana Diperlukan: Dana yang diperlukan adalah RM 2,000.00 (200 X RM 10.00)
Untuk itu, bagi membolehkan pihak Persatuan Kebajikan Peniaga Maju KL memastikan program ini terlaksana dengan jayanya, pihak mereka mengalu-alukan sumbangan daripada anda, sekurang-kurangnya RM10.00 seorang. Andai diberikan lebih banyak, lebih baik.

Info Untuk Buat Sumbangan

Untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan melalui (kredit ke akaun persatuan ini):
AMBANK PERSATUAN KEBAJIKAN PENIAGA MAJU KL - 076 202 200828 9

Penting buat para penyumbang - Apabila sumbangan telah dimasukkan, sila emailkan nama, 'JG', tarikh dan masa transaksi, jumlah sumbangan ke email berikut - pkpmkl.1@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke nombor berikut - 0111-336 2175

Contoh: Ahmad, JG, 15/3/2015 11.00 am, RM 10.00

Jika anda ada sebarang kemuhsykilan boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas untuk program ini:
Encik Mohd Hasrul 0111-6269252 atau Encik Saiful 0111-336 2175
Segala sumbangan dari pihak anda, pihak Persatuan Kebajikan Peniaga Maju KL dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas dan juga sedekah jariah yang diberikan oleh anda akan mendapat kerahmatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T
Persatuan Kebajikan Peniaga Maju Kuala Lumpur
(PPM-004-14-29022012)
No.12-5-1, Blok B,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee, 53000 Gombak Kuala Lumpur

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …

iklantwo