Presiden Israel Main Pokemon-Go?

Samada ia benar atau tidak, nyata permainan Pokemon-Go mencapai satu tahap yang luarbiasa. Permainan online ini secara rasminya hanya boleh dimuat-turun dan dimainkan di negara Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia. Walaupun begitu, seperti banyak produk digital, orang ramai seolah tahu cara untuk memuat-turun Pokemon-Go ke telefon pintar mereka dan bermain tanpa ada sekatan geografi.

Begitulah manusia, bila sudah ada ketaksuban, apa juga masalah pasti di cari jalan penyelesaian. Permainan online Pokemon-Go mudah menjadi viral kerana pengaruhnya, selain keunikan permainan ini yang mengangkat platform permainan online ke satu tahap yang baru, apabila ia melibatkan sesuatu yang nyata di alam sebenar.

Presiden Israel Reuven Ruvi Rivlin Main Pokemon-Go?

Tentera Israel Banned Pokemon-Go
Dek kerana popularnya permainan Pokemon-Go ini, dan cara ia dimainkan .. ia menjadi seperti satu ancaman keselamatan, samada untuk pemainnya dan juga terhadap lokasi ia dimainkan. Ada sesetengah badan kerajaan di dunia telah mengharamkan permainan ini, termasuklah pihak tentera Israel.

Namun, baru-baru ini didedahkan menerusi satu gambar dan status di Facebook milik Presiden Israel Reuven Ruvi Rivlin memaparkan Pokemon Meowth sedang berada di dalam kamar Presiden Israel. Ia seolah menggambarkan bahawa Presiden Israel Reuven Ruvi Rivlin sedang mencuba untuk menangkap Pokemon Meowth menerusi aplikasi permainan online Pokemon-Go.
Presiden Israel Main Pokemon-Go?
Ia satu yang dianggap kelakar, lantas menjadi bahan ajuk dan kecaman beberapa netizen dan rakyat Israel. Malah, gambar tersebut juga menggambarkan bahawa aplikasi Pokemon-Go yang sepatutnya hanya boleh dimuat-turun di U.S, New Zealand dan Australia, boleh dimuat-turun secara salah di negara yang mengecam cetak rompak ... huhuhu...

Antara komen dari pengguna FB Israel:

"You're the president. Are you supposed to be an example to everyone. This game is not yet supposed to be available in the country. If the president is allowed to download an app pirate, there's no reason not to turn the legal piracy. Even as a pokemon trainer I'm ashamed of you. An elected official in a crime in public with pride." - Itiel M. Winter.

Main Pokemon-Go di Malaysia

Di Malaysia, ada juga kaki game online yang telah muat-turun aplikasi seolah Pokemon-Go ini. Ada yang dakwa, permainan Pokemon-Go boleh dimanipulasi dan ada trick untuk membolehkan ia dimainkan di telefon pintar pengguna Malaysia.

Saya ada juga melihat beberapa perkongsian rakan-rakan yang menunjukkan mereka sedang bermain permainan online Pokemon-Go ini, dan berjaya pula menangkap beberapa karektor Pokemon seperti Charmander, Pikachu, Psyduck, Hypno, Krabby dan banyak lagi.

Malah, anak sulong saya Amri juga ada menunjukkan permainan online ini kepada saya, tetapi ... hanya dapat bertahan bermain selama dua hari sahaja ...keh keh keh .... dan berjaya menangkap Charmander. Lepas dua hari anak saya muat turun permainan Pokemon-Go ni .. telefon jadi hang dan lag .. hehehe... sah-sah tu bukan dari saluran sah tu ... kui kui kui ...

{ 8 comments.. read them below or add one }

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar August 03, 2016
ada dengar juga pasal game ni. selamatlah saya bukan kaki game..jadinya, tak berapa nak ambil tahu sangat. hehehe

www.ceritaejoy.com
raihanah raihanah August 03, 2016
mujur saya bukan kaki game
reezluv reezluv August 03, 2016
rasa mcam nak main je game ni..tapi kang tak buat keje..naya
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz August 03, 2016
semoga tak terjebak main pokemon nanti, amin.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 03, 2016
Haha.. buat masa ni aku dok tgk je anak aku main ... tapi tak lepas2 ..asyik HANG je.. haha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 03, 2016
Hmm untunglah yang buat game ni .. leh jadi jutawan weihh.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 03, 2016
Erkkk .. kaki game online ke?
Emma Emma October 06, 2016
Buy these games on affordable price.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.