Pokémon Go Kini Tiba di Malaysia Tetapi ....

Demam Pokémon Go sedunia. Kini, permainan online ini sudah boleh dimuat-turun secara sah di Malaysia. Berita ini disambut gembira oleh semua kaki game online, tidak kira tua, muda, kecik, besar .... malah, anak-anak saya turut teruja untuk muat-turun Pokémon Go dari Google Play dan merasai demam permainan ini. Permainan online ini diberitakan boleh dimuat-turun dan dimainkan mulai 6 Ogos 2016.

Pokémon Go Kini Tiba di Malaysia Tetapi ....

Tapi malangnya, bukan semua jenis telefon pintar atau peranti tablet boleh memainkan permainan Pokémon Go ini. Ada spesifikasi tertentu untuk muat turun dan bermain permainan ini. Hanya sebilangan telefon pintar sahaja yang dibenarkan untuk muat-turun permainan online ini versi kemaskini memandangkan ciri-ciri permainan Pokémon Go yang memerlukan ruang storan yang besar, kebolehan GPS tepat, signal yang kuat daripada pengendali operator dan banyak lagi.
Pokemon-Go Kini Tiba di Malaysia
Anak-anak saya nampak kecewa disebabkan halangan ini. Tetapi apa boleh buat .. nasiblah korang .. ekekeke...

Saya tiada keinginan untuk main Pokemon-Go walaupun banyak review mengenai keseronokannya diterbitkan, sama juga dengan keburukan bermain permainan ini. Banyak negara di dunia yang mengharamkan permainan ini atas alasan isu keselamatan.

Untuk info, Pokémon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.

Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico (setakat entri ini ditulis)

Di rantau Asia, hanya beberapa negara sahaja yang boleh bermain permainan ini, ini termasuklah Jepun, Indonesia dan terbaru .. Malaysia. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.

Berita mengenai Pokemon-Go tiba di Malaysia cepat tersebar apabila banyak akhbar online melaporkannya....

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Pokemon Go is now available for download in Malaysia. Malaysians woke up to the news that the hit augmented reality game by developer Niantic can now be downloaded on the Google Play Store and Apple App Store from today.

Pokemon Go has taken the world by storm and is expected to be a huge hit in Malaysia. The game takes a mobile phone’s camera, internet data connection and global positioning gadgetry, and combines them for a global game of hide-and-seek involving “Pokemon”, or virtual reality Pocket Monsters that can then be used for duels between players. - Sumber - The Malay Online

Pokemon-Go Kini Boleh Dimainkan di Malaysia

Dibenarkan SKMM Tetapi Fatwa Kata Haram Patut Dijauhkan ..

Permainan Pokemon-Go telah sampai di Malaysia berkemungkinan besar disebabkan oleh kenyataan pihak SKMM yang mengatakan kerajaan Malaysia tidak ada halangan untuk membenarkan permainan online ini dimainkan di negara ini, di sebalik kenyataan kontra yang dibuat oleh pihak Mufti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menfatwakan haram tidak menggalakkan umat Islam untuk bermain permainan ini. Malah, permainan Pokemon-Go patut dijauhkan kerana ia boleh membawa kepada banyak masalah dan mudarat. Kenyataan ini boleh anda baca di sini - Bayan Linnas 66 Mengenai Permainan Pokemon Go

Nak main? Fikir dulu baik buruknya. Bila dah cukup fikir ... terserah.

Jangan sampai semasa sholat Jumaat pun ada yang dok tangkap Pokemon yang dok atas mimbar .... !!

4 comments.. read them below or add one

Junaidy Jaimi Junaidy Jaimi August 07, 2016
Memang paroh kalau dah tangkap pokemon atas mimbar tu...hehe
Blogger Blogger November 03, 2016
Not playing Pokemon Go? Download The Latest Version (Built for Android or iOS)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.