Alhamdulillah. Ini rezeki yang tidak saya duga. Semasa saya dapat tawaran review dari syarikat ZTE, saya tak menyangka bahawa saya akhirnya akan memiliki telefon pintar ZTE Blade V7 Lite. Dalam tempoh 2 minggu, saya telah diberikan peluang untuk mencuba telefon ini dan melakukan research bagi penulisan review. Banyak juga input yang saya dapat sebagai bahan untuk penulisan saya. Dan tak sangka, menerusi pendekatan sama, saya berjaya menang sebuah telefon ZTE Blade V7 Lite daripada affiliate Lazada Malaysia.

Bagaimana saya boleh menang sebuah telefon pintar ZTE Blade V7 Lite dari Lazada Malaysia?

Menang Telefon Pintar ZTE Contest Affiliate Lazada Malaysia

Menang Telefon Pintar ZTE Contest Affiliate Lazada Malaysia
Alkisahnya saya telah dimaklumkan di dalam group Affiliate Lazada, bahawa ada dua contest sedang dijalankan untuk semua affiliate Lazada. Salah satunya ialah untuk mempromosikan produk ZTE ini, dan satu lagi adalah untuk produk terbaru Microsoft iaitu Wise Pad W7. Dua-dua kontest ini saya sertai. Saya ada ceritakan mengenai contest ini kepada para pembaca blog ini yang kebanyakkannya adalah blogger.

Walaupun saya berjaya ranking artikel Microsoft Wise Pad W7 di tempat terbaik di Google, namun sayang ia bukan kriteria dalam pemilihan pemenang.

Harap Menang Wise Pad W7, Tetapi Menang ZTE Blade V7

Dalam mengharapkan menang sebuah tablet baru, saya telah terpilih untuk menang contest affiliate Lazada untuk ZTE Blade V7 Lite. Sungguh tidak disangka. Artikel yang saya tulis di Facebook (note) menjadi pilihan pihak Lazada Malaysia kerana kelihatan kreatif dari sudut mempromosikan produk tersebut.
Menang Telefon Pintar ZTE Contest Affiliate Lazada Malaysia
Artikel tersebut ditulis dengan olahan tersendiri sebagai menepati syarat yang disediakan oleh pihak affiliate Lazada Malaysia. Ia merupakan artikel saduran dari artikel asal yang saya sediakan untuk advertorial bagi pihak syarikat ZTE yang diterbitkan di dalam blog.
[Klik] Nak tengok apa yang best dan harga telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ni tak? Boleh terus klik ke pautan ini - ZTE Blade V7 Lite
Saya agak terkejut sebenarnya, kerana saya langsung tidak meletakkan keyakinan untuk menang telefon pintar ZTE ini. Saya hanya bereksperimen untuk melihat sejauh mana artikel yang saya tulis di Facebook boleh memancing minat orang untuk mengetahui mengenai produk. Dan nampaknya, artikel tersebut telah mendapat perhatian dan menambat hati pihak affiliate Lazada Malaysia.
Menang Telefon Pintar ZTE Contest Affiliate Lazada Malaysia
Syukur. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada group affiliate Lazada, terutama sekali Encik Fazirul Tan yang sudi berikan banyak peluang untuk jana income dengan affiliate Lazada Malaysia, dan paling best join beberapa contest khas untuk blogger dan penggiat media sosial yang berdaftar sebagai affiliate Lazada Malaysia.

Peluang Jana Income Dengan Affiliate Lazada Malaysia

Jika anda nak cari sumber pendapatan sampingan dengan mempromosi pelbagai produk best yang ada di Lazada Malaysia, boleh hubungi Encil Fazirul Tan untuk maklumat lanjut. In Sha Allah, dia akan bantu anda ...

Fazirul Tan
Lazada Malaysia | Affiliate Marketing Analyst
Emai: fazirul.roshiditan@lazada.com.my
skype: FazirulTanLZ
mobile: +6017 710 0442 
Sekali lagi terima kasih Lazada Malaysia.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement