Hashtag AkuOmar - Iklan Merdeka MYNIC 2016

Dah tengok iklan Merdeka 2016 terbaru tak? Belum lagi? Aha .... saya nak kongsikan iklan Merdeka 2016 daripada MYNIC. Sejak dua menjak ni ... MYNIC rajin buat TVC (TV Commercial). Ada tengok tak iklan RAYA 2016 yang mereka buat? Kali ini, untuk Kemerdekaan ke 59 Malaysia, iklan #AkuOmar dipersembahkan oleh MYNIC.

Tahun 2016 menandakan satu sejarah di mana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan ke 59 tahun. Alhamdulillah, sejak Merdeka .. banyak kemajuan yang negara kita peroleh. Ia semua adalah usaha-usaha gigih tanpa jemu, tanpa mengenal siang malam mereka yang hidup sebelum kita. Mereka pastinya takkan terbayang kegembiraan jika dapat melihat Malaysia zaman kini yang sudah banyak perubahan. Dan antara golongan yang banyak memberikan perubahan besar kepada negara ialah para guru Malaysia.

#AkuOmar - Iklan Merdeka MYNIC 2016

Hashtag AkuOmar - Iklan Merdeka MYNIC 2016
Iklan Merdeka 2016 daripada MYNIC menceritakan tugas seorang guru bernama Omar (#AkuOmar). Omar bertugas di kawasan pendalaman, iaitu di Sekolah Kebangsaan Pulau Larapan. Beliau mengajar murid tahun 2 dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Saya pasti ramai antara anda tidak tahu mana letaknya Pulau Larapan ni ... huhu .. sebab saya yang dapat A1 dalam Geografi SPM pun tak tahu mana tempat ni .. ekekeke.

Apa yang ditunjukkan di dalam TVC MYNIC Merdeka 2016 menunjukkan bahawa walaupun Malaysia sudah Merdeka 59 tahun, ada golongan yang masih tidak tahu dan tidak mahir berbahasa Malaysia, walaupun hakikatnya lahir dan dibesarkan di Malaysia.

Guru seperti Omar ... tugas beliau sangat mencabar bagi memastikan setiap anak Merdeka Malaysia benar-benar Merdeka dan mempunyai jati diri utuh dan kukuh di bawah satu naungan bendera.

Meh saksikan video Merdeka 2016 ini dari MYNIC.

Video TVC Merdeka 2016 #AkuOmar

Apa komen anda? Sila tinggalkan komen anda mengenai iklan Merdeka 2016 dari MYNIC ini ...

Jangan lupa tengok juga iklan Merdeka 2016 dari Digi ..