Gambar Proton Persona 2016 Baru

Wahh mengancam juga versi terbaru Proton Persona 2016 ni. Anda boleh lihat dua gambar Proton Persona 2016 yang baru di dalam post ini. Selain itu, saya juga memuatkan satu video teaser mengenai ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan di dalam model baru Persona 2016 ini. Memang kagum betul saya dibuatnya.

Syabas dan tahniah Proton kerana terus berusaha dan tidak pernah putus asa atau berhenti untuk menghasilkan kereta kebanggaan rakyat Malaysia walaupun ada sesetengah warganegara yang memperlekehkan kemampuan jenama kereta nasional ini. Proton adalah lambang kejayaan dan kemegahan. Ia satu legasi yang perlu dipertahankan seluruh rakyat Malaysia.

Gambar Proton Persona 2016 Baru

Ok .. meh lihat dua gambar Proton Persona 2016 yang telah mula tersebar sejak dua hari lepas (6 Ogos 2016). Lepas tu, tengok juga video teaser ujian ciri keselamatan untuk Proton Persona ini ... fuh best ooo .. anda pasti kagum.
Gambar Proton Persona 2016 Baru
Gambar Proton Persona 2016 Baru
Dua gambar kereta Proton Persona versi 2016 ini telah saya peroleh daripada twitter twtPoliPD #MY59. Saya kongsikan kepada anda untuk tatapan. Cantik bukan? Tak terasa best ke yang Malaysia boleh buat kereta sendiri yang ada ciri-ciri keselamatan terbaik. Di bawah ini satu lagi gambar Proton Persona 2016.

Harga Proton Persona 2016 Dijangka

Gambar Proton Persona 2016 Baru
Oh ya, harga untuk kereta Proton Persona 2016 baru ini dijangka bermula dari RM43K hingga RM53K sebuah dan dikeluarkan dalam dua versi enjin.

Proton dekat di hati saya. Saya dulu pernah menang pertandingan mewarna gambar kereta Proton Saga di atas Jambatan Pulau Pinang tau .. zaman budak sekolah berhingusan lap kat lengan baju .. haha.. Masa tu .. memang bangga gila sebab Malaysia sudah ada kereta keluaran sendiri. Dan semangat patriotik saya kepada negara juga bertambah berkali-kali ganda ketika tu.

Orait, layan video di bawah ni plak ehh ....

Video Teaser Proton Persona 2016 - Ciri Keselamatan Terbaik



Apa komen anda?

4 comments.. read them below or add one

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar August 09, 2016
uiii..itu kalau lepas modified tu, mesti lagi mengancam! hehehe..

www.ceritaejoy.com
izzeyda izzeyda August 09, 2016
wah banyak berbeza dari rupa yang asal..
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit August 10, 2016
Cantik tu. Boleh simpan duit buat beli nanti.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.