Facebook Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Diblocked Gara-Gara Dedah Kebenaran Kehidupan di Perlis. Malang sungguh nasib yang menimpa rakan dan juga sifu marketing saya ni .. si Hafiz Mansor. Akaun Facebook peribadinya telah diblock oleh pihak FB gara-gara pendedahan kebenaran kehidupan di Perlis. Namanya trending disebabkan status yang telah dikongsikan ramai orang.

Saya ada baca posting yang ditulis oleh Hafiz Mansor tersebut, yang mengakibatkan dirinya dikeliling haters sehingga akaun FBnya kena blocked oleh pihak FB. Antara punca yang dapat saya cari adalah dek kerana satu statement lain yang dibuat oleh seseorang yang merasakan apa yang dikatakan oleh Hafiz telah memperlekehkan orang-orang negeri Perlis.

FB Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab Diblocked Gara-Gara Kebenaran



Ramai yang masih tak kenal siapa Hafiz Mansor ni. Beliau adalah pengasas CoolHijab, dan penulis buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Buku tersebut menceritakan pengalaman beliau dalam bisnes dari A sampai Z, dari kaya (semasa belajar) ... kemudian jatuh, lepas tu bankrup ... dan kemudian berjaya mengasaskan CoolHijab yang menjadikan Hafiz seorang usahawan yang berjaya - Berniaga 7 tahun, dan bankrup kemudian kaya dalam tempoh 6 bulan!

Anda tentu nak tahu, apa yang dikatakan oleh si Hafiz Mansor .. orait, berikut adalah sebahagian daripada apa yang dikatakan oleh Hafiz Mansor mengenai negeri Perlis, negeri kelahirannya...
Status Hafiz Mansor Mengenai Perlis yang Viral
Tak puas? Boleh baca intipati status tersebut di blog berikut - 20 Fakta Hafiz Mansor Mengenai Perlis Yang Dikecam Netizen

Siapa Hafiz Mansor?

Hafiz Mansor dilahirkan di Perlis pada tahun 1984, jadi boleh kira berapa umurnya sekarang. Nama sebenar beliau ialah Nor Mohd Hafiz bin Mansor. Berniaga sejak dari bangku sekolah dengan menjual kacang kuda pedas. Masuk darjah enam, beliau menjual kad nama ... saya pun pernah jual kad nama ni kat sekolah, tapi sekolah menengah la .. sebab saya lagi tua dari si Hafiz ni.

Hafiz Mansor pernah belajar di Maahad Tahfiz di Arau, Perlis. Tapi tak lama kat Maahad tu sebelum sambung belajar kat Sekolah Agama Al-Islahiah Behor Mali, Perlis.

Kehidupan masa kecil di Perlis tidaklah indah. Masa tahun 1997, Hafiz terpaksa berdepan dengan hakikat penceraian kedua ibu bapanya. Sejak dari itu, Hafiz dijaga oleh ibunya dan terpaksa belajar lebih berdikari tanpa seorang bapa.

Seorang yang sangat berbakat dalam melukis dan grafik, Hafiz pernah menang banyak pertandingan melukis malah kerana lukisanlah beliau mendapat tajaan biasiswa RM10K untuk belajar dalam Diploma Lukisan dan Ilustrasi di The One Academy.

Semua kisah ini sebenarnya dah tertulis di dalam buku Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. Saya dah khatam baca buku tersebut dan banyak perkara mengenai realiti kehidupan, amalan bisnes, dakwah, serta banyak tips marketing dan cara nak jana income tanpa perlu makan gaji didedahkan.

Berminat nak dapatkan buku tersebut? Boleh beli di sini -  Tempahan Buku Hafiz Mansor (Terhad)
Buku tulisan Hafiz Mansor, Pengasas CoolHijab

Hafiz Mansor Orang Perlis!!

Beliau orang Perlis. Lahir di Perlis. Beraya di Perlis. Dan beliau telah hasilkan banyak buku dan panduan untuk bantu usahawan di Malaysia, bukan setakat usahawan dan rakyat negeri Perlis tetapi usahawan serata Malaysia. Tak percaya? Cuba anda lihat kejayaan usahawan-usahawan berikut yang telah dibantu oleh Hafiz Mansor:
[Klik] Hafiz Mansor Bantu Usahawan Untuk Dapat Iklan Murah/Percuma di Akhbar

Orang Perlis patut bangga kerana lahirnya manusia bernama Hafiz Mansor ini. Beliau boleh dijadikan ikon untuk remaja dan belia, sebab beliau dari kecil berdikari .. malah nak masuk belajar diploma pun tak harapkan duit mak bapak dia ... semua diusahakan sendiri dan berjaya pula tu.

Apa yang disebut oleh Hafiz Mansor dalam FB mengenai kehidupan negeri Perlis adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya yang mungkin sedikit kritis, tetapi ia kebenaran. Tak perlulah rakyat Perlis sentap dengan apa yang diluah dan dikatakan. Berlapang dada. Kena hadap benda ni. Adalah lebih baik dijadikan pengajaran dan perbaiki mana yang patut.

Kalaulah si Hafiz Mansor ni tidak menulis .. ramai yang akan anggap Perlis indah khabar dari rupa. Dari kena maki dari orang luar yang datang ke Perlis, adalah lebih baik terlebih dahulu Hafiz Mansor menulis dengan caranya untuk tegur dan buka mata semua pihak akan realiti yang berlaku di Perlis.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Orang sekarang cepat nau sentap. Kebenaran memang kadangkala pahit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam Peria Katak .. pahit melampau tapi banyak khasiat .. kannn?

      Padam
  2. Kebenaran itu sangat pahit..tapi kalau diambil secara positif in sya Allah ianya akan menjadi sesuatu yang membuahkan hasil.

    BalasPadam
  3. owh..itu cerita sebenar dia..owh..kampung saya, nun kat jitra sana..dekat je dengan perlis..tapi malas nak cakap apa..hehehhe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  4. ada yang panas dgn ayat sakarstik hafiz hadoi...bukan nk ambik yg positif diaorg nih...pastu duk ckp hafiz org luar tuh yg paling xleh blah....mesti org yg maki tu malu muka bila thu hafiz ni org perlis haha

    BalasPadam
  5. Walaupun benar tapi kadang2 kita kena tapis juga ayat bila tulis status FB atau blogging. Bukan semua akan sokong apa yang kita tulis.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement