Dah Susah Dapat Income 3 Angka Dari Innity

Dah agak lama juga saya menggunakan platform Innity sebagai platform pengiklanan di blog. Masa mula-mula nak apply Innity, memang susah ... beberapa kali saya memohon tapi ditolak. Kemudian, saya stop merayu-rayu sehinggalah satu hari pihak Innity hantar email minta saya untuk memohon. Tapi saya buat tak tahu je... hahaha.. jual mahallah konon. Dapat email kali kedua, dan kali ini saya terima pelawaan mereka.

Awal-awal bersama Innity, income blog yang saya dapat dari Innity agak baik. Merasalah juga angka income 3 angka sebulan hanya dengan meletakkan Innity dalam blog. Tapi itulah, ia tak kekal lama. Walaupun trafik blog agak baik ketika itu, melepasi 15K PV setiap hari .. income Innity seperti tercorot sedikit. Punca kurang pasti.

Dah Susah Dapat Income 3 Angka Dari Innity

Dah Susah Dapat Income 3 Angka Dari Innity
Dan ketika ini, apabila blog dapat mencapai trafik antara 20K-40K PV sehari, income dari Innity terus menjunam ... dan paling baru, nak lepas RM50 sebulan pun terasa sukar. Kalau anda nak tahu, saya dah dua bulan tak dapat cashout income dari Innity sebab tak lepas had pengeluaran iaitu RM100!

Puas saya godek dan lakukan beberapa perubahan terutama dari segi perletakkan banner iklan Innity di dalam blog di samping menggunakan dua skema iklan baru Innity iaitu Mobile dan Universal kod. Malangnya, dua-dua tidak beri kesan yang saya harapkan. Income Innity masih gagal berganjak seperti apa yang saya harapkan.

Guna Alternatif Ads Dari Program Affiliate

Nak tak nak, saya terpaksa letakkan banyak banner iklan dari sumber luar (alternative ads) untuk platform Innity ini. Antaranya dari InvolveAsia, Lazada, Klikjer dan beberapa banner iklan dari program affiliate. Alhamdulillah, income dari sumber ini agak baik buat masa sekarang.... walaupun setiap satunya tidak mencecah 3 angka secara konsisten setiap bulan.

Begitulah adanya. Kadang income dari blog agak baik, kadangkala merudum. Tak kira samada trafik tinggi atau tidak. Ia bergantung dengan engagement para pengunjung blog dan pembaca.... kalau iklan diklik oleh pengunjung, untungnya lebih sikit .. income pun bertambah. Andai hanya berharapkan kepada PPV atau RPM memang tak tara mana sangat sebab kadar nilainya tersangat rendah.

Hmmm untung pengiklan yang letak dalam platform Innity ni .. iklan mereka dipaparkan banyak blog, tetapi komisen atau portion income untuk blog yang letakkan iklan ... uhh mengecewakan.

[Baca] Iklan Innity ada Malware

Masalah Dengan Iklan Innity Yang Dikenalpasti

Dan satu lagi, kod iklan Innnity didapati antara punca loading sesebuah blog jadi sangat lembab, selain menjadi punca ia dianggap sebagai sumber sebaran malware. Blog saya antara yang banyak kali mengalami masalah ini, dikesan oleh Bing Webmaster Tools sebagai sebuah blog yang merbahaya dan ada ancaman malware. Apabila saya buang je kod iklan Innity, semuanya jadi ok seperti sediakala.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Ahmad Hasif Ahmad Hasif August 07, 2016
bing webmaster tu tak taw la nape dia punya scan security tu secara mendetail sampai kalau ada link dgn blog yg ada ancaman pun dia suh betulkan.. :D :D
ejulz ejulz August 07, 2016
waaa.. best dpt income 3 angka dari blog.. tp mcm ssh je..

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :) Hujung minggu
Adi Arena Adi Arena August 07, 2016
saya pun begitu, tak tahu apa masalah innity
sayaiday sayaiday August 07, 2016
yang malware tu betul, saya selalu tak dapat bukak blog Bro HH kalau baca dekat office, disekat oleh IT office.
Afiq Rayyan Afiq Rayyan August 08, 2016
adeh..pv 15k pon ssh nk generate income? peh..adsense tak apply ke bro HH
Afiq Rayyan Afiq Rayyan August 08, 2016
maafkan saya..tak perasan GA tegak je belah kanan ni...
Famili Ceria Famili Ceria August 14, 2016
betul lah..income innity tak banyak walaupun 5k uv..dulu boleh dapat belas2 RM
mus mus August 20, 2016
dulu ada kawan yg blh dapat rm1.8k sebulan dr innity, teruja gak, tp skrg dah tak lagi, stay dgn adsense, tp kena ada niche blog, baru dpt lebih ckit.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.