Contest 'Hey, Guess What?' Bonuslink

Contest 'Hey, Guess What?' Bonuslink. Ada kontest mudah dan senang untuk peluang menang pelbagai hadiah best dan menarik daripada Bonuslink. Peraduan ini menyediakan hadiah lumayan seperti telefon pintar Samsung terbaru, dan juga Apple iPhone termasuk barangan elektrik berjenama. Ia terbuka untuk semua ahli kad Bonuslink, dan kontest ini berlansung dari 1 Mei sehingga 31 Disember 2016.

Saya baru sahaja dapat maklum mengenai kontest ... 'Hey, Guess What?' oleh Bonuslink ini. Sebab baru tahu, maka saya pun agak lewat nak kongsikan dengan rakan-rakan pembaca budiman. Saya lihat senarai pemenang sudah pun ada untuk beberapa keputusan bagi bulan sebelumnya.

Contest 'Hey, Guess What?' Bonuslink

Contest 'Hey, Guess What?' Bonuslink
Tak susah nak menyertai kontest ini. Ianya satu kontest online, dan apa yang perlu anda lakukan adalah untuk meneka produk yang telah diberikan pembayang berbentuk imej. Kenalpasti imej tersebut dan cari produk yang dimaksudkan di dalam katalog terbaru Bonuslink 2016. In Sha Allah, saya akan sertakan katalog Bonuslink 2016 tersebut di akhir post ini untuk mudahkan anda cari produk yang dimaksudkan dalam kontest 'Hey, Guess What?'
Contest 'Hey, Guess What?' Bonuslink
Pemenang akan ditentukan setiap bulan oleh pihak Bonuslink. Hadiah setiap bulan berbeza, begitu juga dengan jumlah pemenang. Berikut adalah senarai hadiah disediakan di dalam kontest 'Hey, Guess What?' oleh Bonuslink:


Month Prizes Number of Winners
May 2016 Samsung Galaxy S7 Edge worth RM3,099 each 3
June 2016 Samsung Gear S2 Sport worth RM1,399 each 4
July 2016 Samsung Galaxy Note 5 worth RM2,699 each 3
August 2016 Apple iPhone 6s 16GB worth RM3,199 each 2
September 2016 Apple MacBook Air 11" 1.6 GHz worth RM4,099 each 2
October 2016 Panasonic Lumix DMC-FT6 worth RM1,199 each 4
November 2016 SONY 48" LCD TV KDL48W650D worth RM2,499 each 3
December 2016 Philips Viva Collection Digital Airfryer HD9238/01 worth RM1,579 each 4

Bagaimana Nak Sertai Kontest?

Untuk menyertai, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:
  1. Pergi ke laman web kontest - Contest Hey, Guess What? Bonuslink
  2. Masukkan nama, nombor kad bonuslink dan nombor telefon
  3. Perhatikan pembayang yang diberikan (dalam bentuk imej)
  4. Nyatakan samada anda sudah/belum membuat penembusan Bonuslink untuk bulan semasa
  5. Masukkan captcha disediakan
  6. Tekan butang submit untuk hantar

Selesai. Mudah bukan?

Syarat Penyertaan

Syaratnya pula mudah. Setelah anda isi borang dan buat tekaan anda, anda hanya perlu melakukan penembusan dalam bulan yang sama untuk membolehkan 3 penyertaan diberikan. Jika tak sempat, anda boleh sahaja buat penembusan di bulan lain yang memberikan anda kelayakan 1 penyertaan. Yang penting, anda mesti buat penembusan. Jika tak buat penembusan, maka sia-sia sahaja anda teka .. huhuhu...

Penembusan boleh dilakukan di mana-mana On-The-Spot atau menerusi katalog Bonuslink 2016.

Katalog Bonuslink 2016 terbaru boleh anda lihat di sini - http://www.bonuslink2u.com.my/guess-what/e-brochure/catalogue.html

Semoga berjaya.

2 comments.. read them below or add one

PERMATABIRU PERMATABIRU August 11, 2016
MENARIK selalu tebus bonuslink di shell

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.