Tips Blogging - Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian

Lama juga saya tak sembang-sembang tentang teknik SEO untuk rakan blogger blogspot. Ok, in Sha Allah .. dalam post ini saya nak kongsi sedikit pengetahuan tentang bagaimana nak membolehkan entri blog kita dimaksimum penyenaraiannya di enjin carian, khususnya Google. Ada dua aspek penting yang perlu anda ada asasnya terlebih dahulu, iaitu Google Search Console (dulu Google Webmaster Tools) dan juga Sitemap.

Saya rasa ramai blogger Malaysia terutama yang baru; masih belum lagi cekap nak gunakan fungsi yang ada dalam Google Search Console ni. Saya sendiri pun dalam proses belajar. Bila saya dapat tahu sesuatu, lepas tu praktik dan nampak hasil, saya pasti akan kongsi dengan rakan blogger lain.

Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian

Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian
Ada rakan blogger yang anggap saya sebagai pakar SEO Malaysia, walhal pengetahuan saya tentang teknik SEO tak adalah hebat mana, copy-paste ilmu daripada pakar sebenar, cuma mungkin menyerlah sedikit sebab saya rajin nak cerita... kecoh gitu .. hahahaa....

Tips Blogging Untuk SEO

Orait .. ahhh sudah, sindrom lelaki tua datang .. tu yang melalut tu. Kita kembali ke tujuan asal, iaitu bagaimana cara nak memaksimumkan entri yang berada di dalam blog agar tersenarai dengan segaknya di dalam enjin carian. Dengan kata lain, banyak entri telah disenaraikan dalam Google supaya bila orang search atau cari .. akan jumpa entri blog kita.

Misalnya, awek cun nama Feiyna Tajudin nak cari info berkaitan 'Tempat Menarik di Kota Bharu' ... dia akan dapat senarai berikut dalam Google ...
Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian
Atau mungkin dia nak pergi bercuti kat luar negara misalnya nak bercuti ke Krabi ... nak tempah guna Agoda atau BandingHotel, jadi dia mungkin akan taip berikut di enjin carian Google 'pakej cuti bajet 3 hari ke krabi' ...
Cara Memaksimum Entri Berada di Enjin Carian
Sekarang cuba anda lihat berapa jumlah entri blog saya yang disenaraikan oleh Google dalam enjin carian ehhh .... statistik macam ni anda boleh dapat dalam Google Search Console ...
Kenapa ada dua? Ok... satu untuk nama domain penuh ... www.hasrulhassan.com dan satu lagi untuk nama domain hasrulhassan.com. Ia merujuk pada blog yang sama, tetapi dalam enjin carian, saya memaksimumkannya supaya bila orang cari, akan nampak lebih daripada satu ... faham tak ni?

Sekarang, saya tunjukkan pula berapa jumlah sebenar post yang telah diterbitkan dalam blog saya.
Kalau ikutkan apa dipaparkan di atas, ada 6440 artikel atau blog post yang telah saya terbitkan .. bukan draft ehh, itu jumlah sebenar artikel yang telah saya publish setakat entri ini ditulis.

Jadi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6414 entri telah diindeks dalam Google menggunakan www.hasrulhassan.com dan sebanyak 8971 entri diindeks dalam Google bagi hasrulhassan.com.

Bagaimana nak buat? Bagaimana cara saya memaksimumkan entri blog untuk berada di dalam enjin carian?

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Login ke Google Search Console.

2. Klik URL blog anda.

3. Klik sitemap. Pastu masukkan sitemap blog dengan tekan butang merah yang tulis 'Add/Test Sitemap'

4.Dan masukkan sitemap blog anda seperti ini - sitemap.xml?page=X

5. Gantikan X, contohnya seperti di bawah ini:
            sitemap.xml?page=1
            sitemap.xml?page=2
            sitemap.xml?page=3

6. Setiap satu baris atau page akan hantar 150 entri blog anda .. jadi, hantar sehingga anda sampai ke jumlah blog post yang telah anda terbitkan.

Sekarang kita gandakan pula entri kita untuk enjin carian dengan domain blog berbeza. Kali ini, anda tambah url blog anda, dengan Add Property. Jika sebelum ini, anda daftarkan blog anda dengan adanya www di hadapan, kali ini cuba gunakan yang pendek pula, dan untuk blogspot anda boleh buat macam ni:
http://hasrulhassan.blogspot.com atau http://hasrulhassan.blogspot.my

Masukkan semua variasi ini. Jangan risau, ia tak salah, malah digalakkan oleh Google.

Lepas tu, buat seperti langkah-langkah yang sebelum ini, dengan tambahkan sitemap.

Cubalah. Nanti anda akan nampak kesannya.


{ 13 comments.. read them below or add one }

yang baik yang baik August 12, 2016
simpan dulu... nanti datang balik nak hadamkan :D
TQ for sharing
The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan August 12, 2016
salam singgah , nice cuma kena baca betul betul dan fahamkan je
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi August 12, 2016
thanks for sharing . sedang cuba perbaiki :D
Tomey Pelin Tomey Pelin August 12, 2016
Salam tuan Hasrul..saya dah masuk dalam Search Console tu..tp langkah yg kedua tu sya tak tau macamna nak buat..nak upload HTML file tu ke dalam blog saya..camna mau buat tu? :D thanks.
Cik Ash Cik Ash August 12, 2016
terima kasih bro saya dah cuba buat dapat dah..
Usry Norie Usry Norie August 12, 2016
Terima kasih atas maklumat ini.
Bisnis Borneo Bisnis Borneo August 13, 2016
index banyak sekali btw terima kasih tuan
Mohd Sharifuddin Omar Mohd Sharifuddin Omar September 23, 2016
page 1 tu maksudnya untuk blog yang ada 150 entri ke? kalau buat banyak page tak apa ke kalau entri baru 50?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan September 23, 2016
Tak apa, asalkan dalam lingkungan julat.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.