Ini cara yang saya gunakan. Dah digunakan sejak beberapa lama. Apabila saya nak naikkan likes pada FB Page saya, saya akan gunakan teknik ni. Saya belajar lama dah, dari sebuah ebook yang dibeli semasa Ashadee.com masih lagi wujud. Nak tahu cara nak engage Fanpage untuk dapat likes tak? Ok ... sila baca.

Sejak akhir-akhir ini, fanpage dah banyak yang hadapi masalah. Fanpage blog ini pun tidak terkecuali. Turun naik likes unlikes tu memang biasa berlaku setiap hari. Pengguna FB tak suka je posting atau apa jua dikongsi di laman FB Fanpage pasti akan unlike.

Cara Engage Fanpage Untuk Dapat Likes

Cara Engage Fanpage Untuk Dapat Likes
Bila kurang likes, susahlah nak dapat engagement dengan pengguna FB. Dan untuk blog saya, susahlah nak dapat trafik daripada laman media sosial paling popular ini. Sebab saya sering sahaja kongsi entri di Fanpage blog ini. Bila trafik tak ada dari laman sosial, post yang dikongsi pun tak dapat banyak likes, jadi ... sedikit sebanyak ia beri signal bahawa apa yang kita tulis di blog itu kurang kualiti, dan ada pendapat mengatakan ia akan beri kesan pada carian di enjin carian seperti Google mahupun di dalam Facebook itu sendiri.

Selalunya apabila saya nampak jumlah keseluruhan likes untuk Fanpage blog ini berkurang, saya akan post video ke dalam Fanpage. Setelah itu, video yang telah siap dimuat-naik akan dikongsikan pula pada group-group tertentu, malah saya turut kongsikan di FB personal saya.

Di bawah ini adalah hasil apa yang saya buat berkaitan video tersebut ...
Cara Engage Fanpage Untuk Dapat Likes
Apa yang berlaku ialah, engagement naik secara mendadak ... dan jumlah likes secara am untuk FB Fanpage blog saya pun turut bertambah. Jumlah reach juga meningkat secara exponentially .. begitu hebat sekali kesan perkongsian video di Facebook ni.

Gabungan Video + URL Blog Post

Saya akan datang nak buat satu eksperimen, iaitu menggabungkan video dengan url blog post saya. Saya nak lihat adakah ia akan berikan kesan baik untuk blog dari segi trafik dan juga signal sosial untuk blog post saya itu. Cadangan saya ialah .. naikkan video, dan kemudian ajak pengguna FB untuk klik blog post yang akan disertakan.

Masalah paling besar nak lakukan teknik ini ialah video original kita punya. Bahaya kalau kita muat turun video orang lain, dan muat naik semula ke FB .. sebab ia boleh menyebabkan kehilangan Fanpage tanpa disedari, walaupun Fanpage tersebut telah mendapat blue tick (disahkan)

Saya tak cuba cara ni lagi, tapi dengarnya ramai yang telah mendapat manfaat dengan teknik video + link post/blog. Saya dengar ni dari mereka yang gunakan FB Ads untuk marketing di laman sosial. Kata mereka cara ini lebih baik, malah lebih telus dan nampak lebih jujur.

Jika anda nak ikuti apa perkembangan teknik ini nanti, like dan follow Fanpage blog saya ye .. klik sini dan like - https://www.facebook.com/bloghasrulhassan/.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement