Langkau ke kandungan utama

Berhati-Hatilah Bila Nak Cat Rumah. Jangan Guna Berus Babi Sudahlah

Berhati-hatilah apabila anda nak mengecat rumah, terutama apabila anda menggunakan berus cat. Kalau pakai stroller tu, tak ada isu sangat. Tapi, kalau anda pakai berus cat, pastikan anda gunakan berus cat yang halal ... huhu.. ye, yang halal .. bukan berus cat yang menggunakan bulu haiwan khinzir. Nak ke anda sapu cat rumah anda dengan gunakan berus cat dari bulu khinzir ni... walaupun harga berus tu boleh jimat kos anda mengecat rumah baru?

Isu ni dah lama ada. Malah, masa saya kecil-kecil dulu pun pernah timbul isu berus berbulu babi ni. Saya ingat lagi, mak saya pernah suruh saya tengok berus warna untuk belajar mewarna kaler air .... kena pilih cap tertentu. Saya tak ingat dah cap apa, tapi ada sesetengah cap atau brand yang memang gunakan bulu babi ni, terutama jenama dari China.

Berhati-Hatilah Bila Nak Cat Rumah. Jangan Guna Berus Babi Sudahlah

Baru-baru ni, rakan internet marketer saya, saudara Syamsuriyadi ada kongsikan beberapa gambar mengenai berus cat rumah yang halal dan non-halal ni. Saya nak tunjukkan kepada anda ... berus cat yang tidak halal .. moga anda tengok gambar di bawah, anda boleh ingat ...
Berus Tidak Halal
Berus cat yang tidak halal
Non-Halal Berus Cat
Di bawah ini pula adalah berus cat yang halal, selalunya ada tempek sticker beritahu bahawa bulu atau berus cat dibuat daripada apa.

Kedai Hardware Patut Asingkan Produk Halal dan Non-Halal

Untung rakan saya ni, sebab dia pergi ke kedai hardware yang bertanggungjawab mengasingkan berus cat yang tidak halal dengan berus cat yang halal. Ia memudahkan pengguna, terutama sekali yang beragama Islam. Penjual memang tahu ... jadi, kalau anda tidak pasti berus cat itu dibuat daripada apa, tanyalah pada penjual atau tauke kedai hardware tu, in Sha Allah .. dia akan beritahu.
Asingkan berus cat halal dan non-halal
Salah satu ciri berus cat yang menggunakan berus cat dari sumber bulu babi ni ialah ia dijual dengan harga yang murah, selain menggunakan tangkai atau pemegang kayu. Salah satu cara lain ialah dengan melihat pada berus cat itu sendiri, kalau hujungnya bercabang halus, maka ia berasal dari bulu babi. Dan daripada seorang sahabat saya, dia kata .. kalau berus cat dari bulu babi, dia akan sebut Pure Bristle, dan kebanyakkan berwarna putih.

Cara Nak Kenal Berus Daripada Sumber Babi

Saya sertakan contoh untuk membezakan bulu babi ni untuk pengetahuan anda semua. Lihat pada nombor 10, tu ciri bulu babi .. huhuhu.
Berhati-Hatilah Bila Nak Cat Rumah. Jangan Guna Berus Babi Sudahlah
Ini bukan hanya untuk berus mengecat rumah sahaja. Berus sapuan untuk buat kek, berus cat air anak-anak, berus pengilap kasut, berus pemerah pipi atau blusher dan apa sahaja yang ada berus (tidak termasuk berus sabut dan berus jamban) ... anda perlu berhati-hati memilih. Jika tak dapat jawapan dengan melihat label, tanyalah pula pada tauke kedai. Nak selamat, beli sahaja berus jenis nylon, jenis bukan dari bulu haiwan.

p.s: Isteri saya (pagi) tegur satu kedai runcit ni supaya asingkan rak makanan halal dengan tidak halal walaupun ia makanan tin.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Baru terfikir bagaimana pula jika kita beli rumah baru developer tu ntah guna berus apa pun kita tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Tapi selalunya mereka akan guna yang golek. Golek tu tak guna berus .. guna kain rasanya.

      Padam
  2. kena berhati2 lepas ni nak pilh berus la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…