Langkau ke kandungan utama

Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook

Saya telah bereksperimen, dan inilah bahana bila menggunakan fungsi AutoLike dan AutoAdd group di Facebook. Saya lihat ada di antara kita menggunakan servis AutoLike dan AutoGroup di Facebook, termasuklah juga servis AutoFollower di Instagram.

Awal-awal guna servis ini memang tak berapa nampak kesan negatifnya. Lagipun ianya berlaku tanpa disedari. Walaupun FB telah berulang-kali update fungsi security untuk para penggunanya, namun masih ada yang gagal untuk kemaskini sehingga banyak aspek keselamatan ketat yang ada di dalam Facebook tidak diambil-endah.

Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook

Maka, apabila ada pengguna yang tetiba akaun FBnya diambil-alih oleh orang lain, gelabah tak tahu nak buat macamana. Nak tak nak, terpaksalah wujudkan akaun FB yang baru. Namun, sukacita nak maklumkan bahawa apa yang berlaku pada Hafiz Mansor, iaitu pengasas CoolHijab yang tetiba kehilangan akaun FBnya baru-baru ini adalah bukan disebabkan beliau kaki guna AutoLike di FB .. walaupun anda nampak statusnya sering mendapat ribuan like setiap kali dimuat-naik.

Orait ... berikut adalah beberapa kejadian yang telah dilaporkan oleh rakan saya di FB, dan saya telah buat semakan menerusi bahagian log aktiviti di Facebook ... huhuhu...

Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook
Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook
Haa .. anda agak? Adakah kemungkinan saya nak like status dan gambar mereka-mereka ini yang ntah sapa-sapa .. yang tiada pun berada di senarai friendlist FB saya? Bukan setakat status dan gambar, link pun saya (bukan saya) didapati like ... cer tengok tajuk di atas tu ... uhh ..

Nah .. ini lagi ..
Bahaya Guna AutoLike dan AutoAdd Group Facebook
Hahaha .. bahasa apa pun saya tak faham, tapi boleh pulak saya like? logik? Pastilah tak logik ... kannnn ... jadi apa yang sebenarnya berlaku ialah ...

Pada awal tahun dahulu, saya ada gunakan fungsi AutoLike dan pernah join satu group ni yang perlukan saya untuk gunakan fungsi AutoAdd ahli dalam group FB. Untuk gunakan fungsi tersebut, saya terpaksa beri kebenaran kepada aplikasi dalam FB itu sendiri yang uruskan untuk 'jadi' diri saya atau dengan kata lain 'act on behalf' di Facebook.

Guna Token Akses FB Benarkan Penggunaan Profile FB Anda

Kemudian, saya diberikan token untuk membolehkan saya dapat like pada status-status di FB selain membolehkan saya AutoAdd seberapa ramai rakan dalam friendlist FB saya ke dalam group tertentu. Memang terbuktilah saya dapat banyak like untuk status di FB, malah saya juga dapat masukkan ramai rakan dalam satu-satu group tu sehingga admin benarkan saya untuk share post blog dan iklankan produk.

Tu berlaku awal tahun ...

Setelah beberapa lama .. nah, saya pula jadi bahan dimasukkan ke dalam group yang saya tak tahu sebelum ni wujud, malah saya lihat di ruangan log aktiviti ... banyak status, gambar, serta link yang telah saya Like tanpa saya ketahui pun ...

Yang takutnya ialah, orang lain .. kawan-kawan dalam Facebook akan nampak apa yang saya buat. Bayangkan apa yang mereka sangka apabila nampak saya Like satu-satu status dimuat-naik oleh seorang lelaki gay ataupun seorang model playboy yang kongsikan gambar tanpa baju di Facebook. Walhal, saya tanpa tahu pun ianya berlaku (jika tak buka log aktiviti).

Perkara ini mungkin berlaku pada anda jika tidak berhati-hati. Saya dah kongsikan bahaya AutoLike dan AutoAdd group FB ni ... moga jangan sampai jadi mangsa seperti saya.

Penyelesaiannya ialah, anda segera tukar password atau kata laluan untuk login ke FB; kemudian review balik security yang disediakan oleh Facebook. Facebook akan minta anda untuk lihat setting keselamatan, dan pastikan anda ikuti cadangan yang diberikan.

Untuk lebih selamat, gunakan Trend Micro Internet Security 10 yang menampilkan fungsi semakan sekuriti akaun-akaun sosial yang dipunyai oleh anda. Dari situ, anda akan ada lebih perlindungan dari segi data peribadi dari terkena serangan hacker yang juga menggunakan laman sosial untuk bertindak.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Ouch!! ngerinya.
    Mujur setakat ini Mrs. A tak pernah guna servis macam tu.
    Terima kasih HH kongsi security tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... saya terkena sorang tak mengapa, jgn orang lain ikut jejak salah saya sudahlah.

      Padam
  2. Saya yang tak pakai autofollowers pon kena block dengan IG. Alahai...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …