Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my? Jana Income Tanpa Modal

Bagaimana nak buat duit dan jana income secara online dengan Lynk.my? Uhhh masih ramai lagi rakan tak tahu tentang Lynk.my. Walaupun dah banyak post mengenai Lynk.my diterbitkan oleh rakan-rakan blogger Malaysia, tetapi ada yang tidak tahu cara nak optimasi Lynk.my untuk menjana pendapatan sampingan secara online. Mungkin ada yang tidak tahu, ada pengguna Lynk.my yang merupakan seorang pelajar IPT yang telah berjaya jana income sehingga RM13K setakat ini.

Jika anda masih ingat, saya pernah menulis mengenai Lynk.my ini dalam post berikut - Contest Review Lynk.my 2015. Dalam post itu, dah diterangkan apa fungsi dan kegunaan Lynk.my ini. Malah, saya ada beritahu bagaimana Lynk.my ini boleh jana income ... huhu .. ok, tak detail .. jadi, saya ambil kesempatan ini untuk beritahu anda cara-cara nak jana income online dengan Lynk.my ini. Kalau nak tahu bab lain, boleh refer post saya yang tadi tu ye.

Bagaimana Buat Duit Dengan Lynk.my? Buat Duit Online Tanpa Modal

Orait. Mudah je cara nak jana income dengan Lynk.my ni. Daftar pun percuma, jadi anda tidak perlu keluarkan modal apa-apa pun untuk dapat income ... melainkan anda mahu dapatkan trafik berkali-kali ganda menerusi Lynk.my ini (hak ni .. anda kena keluarkan modal).

Ehmmm .. bab nak dapat trafik dari Lynk.my ni, lain kali saya cerita ... in Sha Allah, jika anda follow blog saya (langgan), anda akan dapat tahu mengenainya. Bukti dah ada, cuma cerita tak lengkap .. nak lihat bagaimana Lynk.my menaikkan trafik blog, boleh baca post ini - Rahsia Blog Saya Dapatkan 40K PV Sehari sebagai permulaan.

Ok ... nak buat duit dengan Lynk.my ehh? Ikuti tatacara di bawah ini:

1. Pendaftaran Percuma

Mula sekali, anda perlu daftar secara percuma di laman Lynk.my ini. Klik pada bahagian Join Us, warna kuning tu. Tapi sebelum anda klik, saya syorkan anda baca dulu kandungan yang disediakan sebagai asas untuk anda faham mengenai Lynk.my.

Bila anda klik Join Us, satu paparan seperti ditunjukkan di bawah ini akan muncul ... jadi, jangan segan-segan, masukkan username anda yang paling sesuai, letakkan password, email anda yang sah, kemudian pilih jenis akaun Publisher (boleh pilih auto choose)

2. Pengaktifan Akaun

Kemudian, paparan di bawah akan keluar meminta anda untuk melakukan pengaktifan. Satu email akan dihantar ke email yang telah anda daftar tadi. Semak email anda, dan klik pautan yang diberikan untuk membolehkan anda akses ke akaun Lynk.my anda. Anda hanya ada masa selama 48 jam sahaja untuk mengesahkan pendaftaran anda, kalau tidak .. akaun anda akan invalid. Jadi, penting anda semak email anda selepas daftar!

Selepas anda dah verify atau sahkan pendaftaran, barulah anda login ke akaun anda dengan username serta password yang telah anda tulis atau buat semasa pendaftaran tadi.

3. Login Akaun Lynk.my

Sila ke laman Lynk.my sekali lagi, dan klik login .. paparan di bawah akan keluar, iaitu bahagian dashboard untuk Publisher. Ia akan paparkan info berkaitan statistik untuk url yang anda kongsikan, serta jumlah income yang telah dijana... huhu... malu saya tunjukkan kat anda semua income yang saya baru dapat .. hoho...

4. Cara Untuk Buat Duit Dengan Lynk.my


Dah ada akaun, dah boleh akses dashboard, maka seterusnya saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh dapat duit, boleh jana income online dengan lynk.my ini ....

Pergi ke bahagian menu di tepi, klik pada bahagian Create Lynk seperti paparan di bawah ini ...
Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian di bawah ... yang mana anda perlu letakkan apa-apa link yang menarik untuk dikongsikan menggunakan sistem pemendekan URL oleh Lynk.my ini.

Sebagai contoh, saya nak kongsikan mengenai trailer terbaru filem Suicide Squad yang sedang trending di Google. Jadi, saya ambil URL video trailer tersebut di YouTube, copy dan paste di ruangan yang disediakan .. seperti contoh di bawah ni.

Dah paste, kemudian klik Lynk It! ... dan anda akan dapat URL baru ke paparan video YouTube tadi. Nah ... skrang ambil URL baru dari Lynk It! tu dan kongsikan di mana-mana tempat yang anda rasa orang akan klik .... huhu.. contohnya di Facebook, Twitter, Instagram mahupun di dalam sebuah blog post .. yang pasti ada kaitan dengan cerita Suicide Squad.... atau letak sahaja di bahagian sidebar blog anda.

Nak tahu bagaimana rupa link yang telah anda kongsikan tu tak? Cuba klik ni - http://lynk.my/tREL

Ia tidak akan bawa terus ke paparan yang asal (sebelum dipendekkan URL), tetapi ke satu laman yang akan paparkan iklan selama 3-5 saat. Iklan tersebut adalah iklan berbayar ye .. dari situlah income anda akan dapat. Orang lain labur untuk dapatkan views/hit untuk laman dan blog untuk promosi produk dan bisnes .. anda pula akan dapat duit dari pelaburan pengiklan ini dengan tunjukkan iklan tersebut pada yang klik URL Lynk It tadi. Itu sistemnya ...

Nampak? Setiap klik pada link terbaru daripada Lynk It (lynk.my) akan berikan anda duit ... huhu.. walaupun nilainya nampak kecil untuk setiap view, tapi bayangkan jika anda ada dekat 100 link .. dan link itu pula diklik berulang kali sehingga 100 kali, jadi dah ada 100 x 100 ... banyak klik tu.
[Promo] Dapatkan komisyen RM50 ke akaun bank anda berulang kali di www.rahsiafirdaus.com. Sebarang pertanyaan hubungi Firdaus 016-4650338
Faham tak ni bagaimana income online dijana dari perkongsian link daripada Lynk.my ini? Mudah je kan ...

4 Tips Buat Duit Dengan Lynk.my

Ok. Saya berikan sedikit tips untuk dapatkan banyak klik ni.
  1. Cari topik yang sedang hangat dan viral. Dapatkan link/URL mengenai topik dan cerita tersebut, pendekkan guna Lynk.my dan kongsikan.
  2. Antara topik yang hangat ialah mengenai isu dunia hiburan, isu politik, video Youtube, video online drama terbaru, dan banyak lagi.
  3. Kongsi di Fanpage yang ada kaitan.
  4. Kongsi di Group golongan sasar. Kalau ramai ahli group FB suka pada topik politik, letakkan URL Lynk.my anda di group tersebut.

Saya harap blog post ini dapat bantu sedikit sebanyak dari anda yang mahu cari income sampingan mudah secara online. Tak adalah boleh jadi kaya dengan singkat dengan cara ni, tetapi in Sha Allah ... bolehlah buat duit untuk beli jajan .. haha.

Namun, jika kena cara ... lepas tu super-duper rajin .. in Sha Allah, boleh dapat income yang banyak.

{ 11 comments.. read them below or add one }

Usry Norie Usry Norie August 04, 2016
Terima kasih atas maklumat ini.
At-Tarmizi At-Tarmizi August 04, 2016
terima kasih atas info =)
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar August 04, 2016
ok..tak faham..kena ulang baca semula..hehe..nanti saya baca lagi dan fahamkan..terima kasih sifu..:)

www.ceritaejoy.com
Aku Insan Aku Insan August 04, 2016
ok faham, simple jer tp xpernah thu hehe...terima kasih dengan ilmu ni...
Umma Lacto Umma Lacto August 04, 2016
Terima kasih... banyak info yang saya belajar di blog Tuan...
Maisarah Sidi Maisarah Sidi August 04, 2016
menarik perkongsian ni! terima kasih

www.maisarahsidi.com
Bro Framestone Bro Framestone August 04, 2016
Gua bukan seorang yang penyabar nak tunggu 3-5 minit. he...23x
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah August 05, 2016
ok, baru faham, nak daftar terus ;)

terima kasih untuk info berguna ni
UmmuAyyash UmmuAyyash August 05, 2016
terima kasih ilmu ni Tuan!
aRz MoHa aRz MoHa August 08, 2016
tips yang baik...dah nampak apa yang boleh buat dengan lynk.my

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.