Apakah Itu Lifestyle atau Gaya Hidup Hipster?

Tetiba saya nak tahu apa itu gaya hidup Hipster. Yelah, anak-anak muda sekarang banyak dah yang mula terikut gaya hidup ini. Saya nak tahu agar saya alert manalah tahu kot-kot anak-anak saya ada ciri-ciri gaya hidup seorang Hipster ni. Apa itu lifestyle atau gaya hidup Hispter? Apa maksud Hipster? Macammana nak tahu tanda-tanda seseorang itu sedang amalkan gaya hidup Hipster? Sesuaikah Hipster dengan gaya hidup moden sekarang, dan adakah ia melanggar hukum agama Islam dan berkontra dengan budaya masyarakat Malaysia?

Apakah Itu Lifestyle atau Gaya Hidup Hipster?

Hipster ni secara umumnya ialah satu gaya hidup yang lari dari arus perdana. Ia unik dan berbeza. Ia merangkumi fesyen, muzik, makanan, buku dan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian, tetapi ia tidak menyentuh soal agama secara khusus. Contohnya, anda selalu pakai kemeja lengan panjang dengan seluar slack, bagi seorang Hispter, ia akan menggayakan kemeja lengan panjang dengan seluar pendek atau seluar steng (paras betis). Contoh lain, anda minum teh tarik guna gelas ... mereka mungkin akan minum teh tarik tersebut dalam bekas isi makanan, balang, ataupun jug kecil.

Kalau boleh, seorang Hispter tidak mahu nampak seperti mereka berada di dalam kelompok masyarakat biasa. Mereka mahu kelihatan berbeza dari segala segi, tetapi setakat pengetahuan saya, ia tidak melibatkan soal akidah atau pegangan kepercayaan dalam agama. Aktiviti yang mereka lakukan sangat berbeza dan nampak pelik pada pandangan masyarakat umum. Mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama dilakukan oleh majoriti masyarakat. Mereka mahu kekal sebagai satu kelompok yang minoriti tetapi menyerlah.

Contoh Elemen Seorang Hipster

Cuba lihat elemen-elemen seorang Hispter di bawah ini yang saya ambil dari TheVocket.
  1. Memilih untuk mengayuh basikal atau menaiki bas atau paling simple berjalan kaki untuk mana-mana destinasi. Basikal pula mungkin nampak lain dari yang lain, lebih simple tanpa sticker, tanpa brek ... huhu sekarang anda tahu dari mana datangnya trend basikal fixie.
  2. Golongan Hispter suka membaca label, dan mereka mudah teruja dengan produk yang mempunyai label sumber organik, atau berasaskan sumber alam semulajadi.
  3. Seorang Hipster tidak ambil kisah mengenai kalori dalam pemakanan, tetapi mereka mementingkan berapa jumlah aktiviti untuk bakar kalori tersebut. Dan kebanyakkan aktiviti riadah seorang Hipster adalah yang mencabar dan memerlukan keberanian.
  4. Mereka bertemu janji menggunakan teks. Kalau bab dating, mereka suka cara lama .. the otai's way. Mereka jenis santai dan melakukan aktiviti yang mengujakan.
  5. Yang ini unik dan menyerlah .. iaitu golongan Hispters lebih suka minum kopi. Jika mereka minum teh, mereka akan memilih teh hijau, dan suka sangat akan smoothies. Manakala bekas minuman pula mesti unik, lain dari kebiasaan orang.
  6. Seorang Hipster suka menggunakan laman Instagram untuk memuat-naik gambar mereka. Dari Instagram, mereka akan kongsikan gambar tersebut ke media sosial lain seperti Twitter dan juga FB dengan mudah - menerusi satu klik butang sahaja. Dan uniknya, gambar yang dimuat-naik akan berbeza atau kontra dengan kaption/penerangan gambar.
  7. Antara ciri seorang Hipster ialah mereka suka menyelamatkan haiwan liar dan suka menyumbang sesuatu kepada pembangunan masyarakat.
    Mereka lebih suka perabot buatan tangan, dan tempat tinggal mereka banyak dekorasi melibatkan bingkai gambar. Kebanyakkan hiasan dalaman tempat tinggal seorang Hipster akan dipenuhi barangan dan perabot yang agak rare dan jarang ditemui.

Ada banyak lagi, anda boleh baca di sini - http://www.thevocket.com/10-tanda-anda-hipster/

Jika dilihat secara kasar, budaya kehidupan atau lifestyle seorang Hispter ini telah banyak mempengaruhi trend terkini semasa terutama dari segi fesyen dan beberapa aspek lain. Beberapa gambaran mengenai evolusi Hipster ditunjukkan kepada anda di bawah ini ....

Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa perkara-perkara berikut adalah kesan budaya Hipster ini yang telah diangkat menjadi sebahagian budaya mainstream:
  • Style seluar jeans koyak rabak
  • Baju kemeja lelaki dan perempuan berkotak-kotak
  • Minum kopi dalam gelas besar.
  • Minum air kegemaran dalam jug comel.
  • Pakai songkok/tanjak dengan kemeja dan jeans.
  • Tangkap gambar terus auto siap cuci - tak perlu hantar kedai.
  • Wanita berkulit gelap dianggap lebih seksi dari wanita berkulit cerah.
  • Tonton video atau filem daripada saluran tv internet, kurang tonton filem dan drama dari saluran tv media arus perdana.

Golongan ini lebih suka mencari alternatif kepada sesuatu. Jika dilihat sesuatu perkara yang dilakukan itu telah menjadi satu amalan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat, maka mereka mula dengan secara kreatifnya mencari cara dan kaedah lain yang tidak popular.

Tak Mengaku Hipster

Ada di antara golongan ini yang tidak akan mengaku mereka adalah Hipster, ini kerana mereka hanya mahu kelihatan unik dan mempunyai identiti sendiri dengan mendokong falsafah-falsafah yang di luar kebiasaan masyarakat. Mungkin saya, anda, dan ramai lagi kawan yang anda kenal adalah merupakan seorang Hipster tanpa disedari....

Mana Datang Perkataan 'Hipster' Ni?

Sebagai info tambahan, perkataan ‘hipster’ ini berasal dari perkataan ‘hepcat’ yang pernah digunakan pada tahun 1940an yang menggambarkan orang putih kelas pertengahan yang bergaya seperti pemuzik orang kulit hitam. ‘Hepcat’ bermaksud seseorang yang bergaya atau suka berfesyen terutama di kalangan mereka yang meminati muzik jazz dan muzik popular. Kemudian, perkataan itu berevolusi menjadi ‘hipster’ yang mula digunakan pada tahun 1990an dan menonjol pada tahun 2010an. Gaya hipster juga berevolusi dari tahun ke tahun.

Cuba lihat paparan di bawah (klik untuk paparan lebih besar).

Ok. Daripada apa yang dilihat dalam gaya kehidupan seorang Hipster ni .. ia takkan kekal lama sebagai salah satu ciri Hipster apabila gaya itu digunapakai dalam masyarakat umum. Jika awal seorang gaya hidup seorang Hipster akana dianggap pelik dan jengkel, tapi lama-kelamaan ... ia menjadi satu trend yang diterima, malah popular.

Dulu Pelik, Kemudian Jadi Trend

Tak percaya? Hahaha .. contoh mudah la ye .... jika dulu orang pakai spek besar dianggap sebagai nerd, ulat buku, tak pandai bergaul dan sebagainya .. tetapi kini ia dah jadi satu tren fesyen, malah ada di antara kita yang mula terima komen ... "Wow .. cute .. cunnya, cantiknya .. " semata kerana gayakan cermin mata besar di laman Instagram .. huhu.
Lifestyle Hipster, selagi ia tak ganggu gugat soal akidah dan pegangan agama Islam, tak ada masalah. Lagipun, ia satu pilihan ... bukan satu teras kehidupan manusia. Anda mungkin dilihat sebagai seorang Hispter apabila dilihat dari segi cara anda berpakaian, tetapi mungkin tidak pada cara anda makan atau minum.


Kredit: TheVocket, Paste Magazine

4 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan August 14, 2016
haha okay kelakar juga rasanya. kadang-kadang rasa macam diri ni hipster pulak bila baca entri ni. :D
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah August 15, 2016
Macam-macam hip sekarang ni. Harap orang Islam masih jaga batasan agama kita.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit August 15, 2016
Tak sempat nak follow benda ni lagi.haha. Sebeok dengan apa yang ada aje.
Usry Norie Usry Norie August 15, 2016
Tak suka ikut trend lagi sejak dah berumur ni. Dulu je saya ikut trend rockers. Bila dah kawin terpaksa ubah sebeb isteri tak suka. Lagi pun kita kerja office, tak boleh rockers.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.