3 Sumber Income Adsense Perlu Tahu

Ketahui bahawa jika anda nak buat duit dengan Adsense, ada 3 cara yang boleh dilakukan. Pertama, menerusi platform pengiklanan di blog/laman web, kedua menerusi platform aplikasi di Google Play dan ketiga menerusi platform video di YouTube. Saya dah mencuba dua sumber income Adsense ini iaitu platform pengiklanan di blog dan platform video di YouTube.

Ketiga-tiga platform memerlukan anda untuk daftar dengan Adsense. Yang menariknya ialah, anda boleh mempunyai akaun-akaun berbeza untuk ketiga-tiga platform berkenaan. Katakan anda gagal apply Adsense untuk blog, anda boleh apply Adsense dengan YouTube atau Google Play. Masing-masing ada kelebihannya, tapi yang bestnya ianya adalah bergantung dengan minat dan kebolehan anda.

3 Sumber Income Dari Google Adsense Perlu Tahu

Katakan anda seorang yang suka mencari dan berkongsi maklumat mengenai hobi, mengenai kesukaan dan kegemaran anda, maka anda boleh bina blog sendiri dengan blogspot dan kemudian mohon akaun Adsense supaya dapat buat duit dengan blog menerusi platform pengiklanan mereka.
Bagaimana jana income dengan Adsense?

Buat Duit Adsense Menerusi Blog Percuma

Telah terbukti bahawa sesebuah blog yang berniche atau berkeutamaan akan mudah mendapat income yang sangat baik daripada Google Adsense ini. Contohnya, anda buat blog yang berniche seperti automotif seperti Paultan.org, blog mengenai pelaburan saham, blog mengenai percutian, blog mengenai resepi, blog mengenai forex, blog mengenai fesyen, blog mengenai kerjaya dan macam-macam lagi. Dengan kekal dalam blog berniche, anda boleh dapat nilai CPC (Cost-per-Click) tinggi dari Adsense sehingga boleh capai USD1 bagi setiap klik, dan sehingga USD0.50 bagi setiap 1000 paparan (CPV/CPM).
[Baca] Apa itu CPC/PPC?
Perkara penting perlu dijaga apabila cuba mendapatkan sumber income Adsense menerusi blog ialah ketulenan dan kandungan blog (entri). Elakkan menulis entri kontroversi yang bersifat perkauman, seks atau ada unsur lucah, serta elak tulis entri salin tampal (copy-paste) hatta pada tajuk sekalipun. Pastikan sumber trafik adalah tinggi menerusi enjin carian (perlu guna teknik SEO) dan blog anda mestilah patuh terma dan syarat perletakkan iklan selain blog perlu mesra-mobile (responsive).
[Baca] Blog Mesra Mobile (Responsive) Diberikan Keutamaan oleh Google

Buat Duit Adsense Menerusi Aplikasi di GooglePlay

Cara kedua ialah menerusi pembinaan aplikasi terutama permainan online. Jika anda ada kebolehan ini, ciptakan satu permainan simple tetapi menarik dan letakkan ia untuk dimuat-turun di Google Play. Contohnya saya telah meletakkan aplikasi Panduan Blogger di Google Play ... boleh lihat di sini - Panduan Blogger Blogspot
Buat duit dengan Adsense menerusi GooglePlay
Aplikasi saya tu tidaklah hebat mana, dibuat oleh seorang rakan blogger ... Aplikasi tersebut dihasilkan untuk mudahkan para rakan blogger dapat tips blogging yang saya telah tulis di dalam blog ini, itu sahaja.

Kalau benar anda ada kebolehan tersendiri hasilkan aplikasi atau permainan online, boleh letakkan di Google Play, dan dapat income menerusi iklan Adsense. Malah, anda boleh letakkan ebook affiliate di sana untuk maksimumkan income online.... huhuhu...

Buat Duit Adsense Menerusi Laman Video YouTube

Cara ketiga dan antara paling mudah ialah menggunakan video. Video itu pula dimuat-naik ke akaun YouTube. Dari situ, anda apply percuma satu akaun Google Adsense untuk channel video anda, dan mula jana income menerusi video anda di YouTube.

Iklan-iklan Adsense akan dipaparkan di laman video YouTube dari pelbagai cara. Ada yang keluar sebelum video anda dimainkan, kadang menerusi banner overlay semasa video dimainkan, malah pada bahagian sidebar YouTube di mana video anda dimainkan. Tu semua adalah sumber income menerusi Adsense yang boleh anda dapat.

Iklan Adsense di YouTube?

Lihat anak panah di bawah ni ... tu semua adalah iklan Google Adsense yang akan berikan anda income setiap kali orang tonton video anda di YouTube. Anda hanya perlu muat-naik sekali sahaja .. dan kemudian biarkan video anda untuk ditonton oleh orang lain. Tak ada apa-apa kos bayaran yang perlu anda keluarkan pun .. huhuhu
Cara jana income Adsense dengan YouTube
Bagaimana jana income menerusi video YouTube
Mudah kan?

Kenapa dikatakan mudah? Sebab sekarang .. anda sudah boleh upload video ke akaun YouTube anda menerusi telefon pintar anda sahaja. Katakan anda terjumpa satu kejadian pelik semasa bercuti, anda rakam selama 15-30 minit dan muat naik ke YouTube.... pastu setting sedikit di YouTube supaya video tersebut dimonetize kan ... nah .. setiap kali orang tengok video anda, anda akan dibayar oleh Adsense.

Apa Berlaku Bila Video Jadi Viral?

Paling best andai video anda jadi viral, dan kemudian dikongsikan di dalam blog, di dalam laman web contohnya laman web akhbar online, laman web seperti TheVocket, SiakapKeli dan sebagainya ... malah, anda boleh dapat lagi income andai video tersebut dikongsikan pula di laman Facebook, dan juga Twitter. Semakin ramai orang tengok video anda, semakin cerah dan semakin tinggi potensi income Adsense yang akan anda dapat.

Jika anda seorang peniaga online, atau mungkin affiliate marketer .. anda boleh double income anda dengan memuatkan video seperti di bawah ini ...


Anda promote produk anda menerusi video, iklan produk anda keluar, iklan Adsense keluar ... orang beli produk anda, anda dapat income .. orang tak beli produk anda pun, anda akan dapat income menerusi Adsense.

Amacam? Saya dah tunjukkan anda jalan untuk anda buat duit online, benda ni dah lama ada ... cuma tak ramai yang mahu ambil peluang. Belajar lagilah tak mo .. hoho ....
[Baca] Cara Buat Duit Adsense dengan Video YouTube
Memang ramai YouTuber Malaysia yang buat duit online dengan teknik dan cara ini. Malah, ini juga cara bagaimana selebriti nak buat duit poket .. al maklumlah .. mereka popular dan ada ramai pengikut, kongsi je URL YouTube mengenai diri mereka di FB, Twitter ... nah ...rezeki mudah ..

Saya nak anda tahu, ada seorang rakan saya yang berjaya buat income 4 angka seminggu dengan YouTube ini. Dan untungnya ialah, dia nak anda juga buat duit sepertinya, hanya ikuti nasihat, tunjuk-ajar serta langkah-langkah yang telah disediakan.

Kalau anda rasa anda patut ambil peluang ini sepertimana saya, maka dapatkan panduan DuitVideo yang telah dihasilkan semata-mata untuk bantu lebih ramai orang buat duit dengan video di YouTube. Dan sebagai bonus, anda juga akan dapat tahu bagaimana nak jana income dengan muat naik video berkaitan produk affiliate di YouTube - dan affiliate pula adalah bisnes online tanpa modal paling popular sejak zaman berzaman lagi.
Berminat? Info lanjut di sini - Tawaran Khas Buat Duit Video YouTube
Panduan ini terhad untuk diakses. Siapa cepat dia dapat. Saya dah syorkan kepada anda, dan saya sendiri dah merasai duit income Adsense dari YouTube ini .. anda?

2 comments.. read them below or add one

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar August 23, 2016
dah cuba adsense di blog..lepas ni nak usaha pula adsense di youtube. katanya, peluang buat income dengan video ni lebih besar. ehehehe..

www.ceritaejoy.com
Jawatan Kosong Kerajaan swasta Jawatan Kosong Kerajaan swasta August 23, 2016
Terbaik dan artikel yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.