2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber

Sejak terdedahnya kisah seorang bekas pemandu Uber jana income sehingga RM60K sebulan, semakin ramai yang berminat nak tahu mengenai Rahsia Uber ini. Apatah lagi, pendapatan sampingan menerusi Uber yang ada dalam Rahsia Uber diperoleh tanpa perlu membawa kereta. Jadi, terdapat dua cara untuk dapat pendapatan dengan Uber ini.

Income sebagai pemandu Uber memang lumayan. Jika anda rajin menjadi seorang pemandu Uber, anda boleh mendapat income sampingan sehingga 4 angka seminggu. Malah, kalau anda bijak ambil peluang dan tahu lokasi-lokasi hot untuk dapatkan pelanggan, income dengan menjadi pemandu Uber boleh menjangkau sehingga 5 angka sebulan!.

2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber

2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber
Sesiapa pun boleh menjadi pemandu Uber, asalkan ada kereta yang menepati syarat-syarat yang Uber tetapkan. Tak ada waktu bekerja, anda bebas nak jana income bila-bila masa. Pendaftaran juga tak sesukar mana. Malah, pendaftaran untuk menjadi pemandu Uber dibantu sehingga berjaya. Uber Malaysia akan memastikan anda layak untuk menjadi pemandu Uber, apa yang perlu anda sediakan ialah geran kereta dan juga cover note insurans kereta anda, selain kad pengenalan dan lesen memandu.

Untuk pengetahuan anda, sehingga Jun 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di 5 buah bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Ipoh dan yang terkini Kota Kinabalu. Ada dua cara untuk daftar sebagai pemandu Uber, iaitu secara terus menerusi aplikasi Uber yang perlu anda muat-turun percuma ke telefon pintar anda, dan kedua ialah menerusi agen pendaftaran yang berada berhampiran dengan anda.

Daftar Sebagai Pemandu Uber

Jika anda daftar menggunakan aplikasi Uber, anda perlu sediakan dokumen yang diperlukan dalam bentuk digital untuk dimuat-naik (upload), dan cara terbaik ialah dengan ambil gambar dokumen-dokumen tersebut. Setelah pendaftaran dilakukan, anda akan diminta untuk hadir sesi taklimat dan proses tapisan akan dilakukan.

Manakala, jika anda ingin daftar menerusi agen, anda perlu bawa dokumen yang diminta untuk disahkan oleh agen-agen ini. Dan agen-agen ini akan uruskan pendaftaran anda sebagai pemandu Uber.

Agen-agen ini akan sahkan samada kenderaan anda layak atau tidak untuk dijadikan kereta Uber. Harus anda ingat, kriteria yang diperlukan agak ketat. Kenderaan yang mahu didaftarkan tidak boleh lebih 7 tahun usianya. Dan anda juga wajib untuk tahu berbahasa Inggeris!
2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber
Jeng jeng jeng .. ada agen pendaftaran?

Jadi Agen Pendaftaran Pemandu Uber

Ini merupakan cara kedua untuk anda jana income menerusi Uber. Inilah teknik rahsia yang didedahkan dalam Rahsia Uber. Dengan menggunakan aplikasi Uber yang dimuat-turun dalam telefon pintar anda, anda boleh peroleh komisen lumayan sehingga RM250 untuk seorang pemandu Uber yang telah disahkan. Malah, anda akan diberikan bonus-bonus tertentu untuk meningkatkan lagi pendapatan sampingan anda bersama Uber. Inilah yang dimaksudkan buat duit dengan Uber tanpa perlu bawa kereta.

Ada dua cara sebagai agen pendaftaran untuk jana income ini. Satu, ialah dengan memudahkan pendaftaran pemandu Uber baru dengan berada di lokasi yang mudah untuk bakal pemandu Uber berjumpa dengan anda dan kemudian melakukan pendaftaran. Kedua, ialah menerusi aplikasi itu sendiri .. di mana anda hanya perlu memasukkan nombor telefon, nombor pendaftaran kereta serta nama bakal pemandu Uber yang baru.

Sistem Uber akan secara automatik menjalankan proses seterusnya. Ia akan hubungi bakal pemandu Uber tersebut samada menerusi sms atau email untuk pendaftaran secara online menerusi pelawaan anda. Proses ini akan berterusan selama beberapa minggu sehinggalah bakal pemandu Uber itu berjaya membuat pendaftaran dengan sempurna.

Promosikan Pautan Khas Diberikan Kepada Anda

Oh ya, anda akan diberikan satu pautan khas untuk anda promosikan kerjaya sampingan ini sebagai pemandu Uber. Apabila ada orang yang berminat nak sertai, mereka klik .. mereka daftar, dan anda boleh jana income menerusi pemandu baru Uber ini. Dan setiap kali mereka habiskan trip dalam jumlah tertentu, anda akan terima komisen mudah atas angin ... terus ke akaun bank anda.

Lihat contoh di bawah ini ... salah satu cara sistem Uber bantu anda untuk dapatkan pemandu baru .. huhuhu... menarik tak? Teruja tak nak jadi pemandu Uber kalau dah diberikan duit ntah dari mana .. dan jika orang tersebut daftar je, nahhh peluang untuk anda pula dapat income ntah dari mana .. haha. Apa yang perlu adalah hanya promosikan link khas diberikan kepada anda.
2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber
Mudah memang mudah. Tapi halangan yang terbesar untuk cara kedua ialah mendapatkan pemandu baru Uber. Jika anda ramai kawan-kawan yang berminat nak daftar sebagai pemandu Uber, maka ia mungkin kerja senang.

Uber Bantu Anda Jana Income Lumayan

Uber juga akan bantu anda untuk dapatkan lebih banyak komisen. Pihak Uber akan adakan perjumpaan dan juga seminar untuk anda belajar teknik-teknik terbaik jana pendapatan dengan Uber ini.
2 Cara Dapat Pendapatan Dengan Uber
Nak tahu lagi? Anda boleh dapatkan panduan yang  telah disediakan untuk anda.

Boleh kilik pautan di bawah, untuk tahu lebih mendalam dan lebih terperinci bagaimana nak buat duit dengan Uber tanpa perlu bawa kereta.
[+] Rahsia Jana Income Uber
Ia disediakan oleh seorang bekas pemandu Uber yang telah berjaya jana income lumayan sehingga dapat dibuat modal untuk buat bisnes lain. Inilah peluang untuk anda tahu rahsia kejayaannya.

Hanya ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan ini:
  1. Langkah 1 : Beli buku panduan Rahsia Uber di pautan ini - Rahsia Jana Income Uber
  2. Langkah 2 : Baca dan ikut arahan betul-betul
  3. Langkah 3 : Daftar dengan Uber Malaysia
  4. Langkah 4 : Jalankan teknik rahsia Uber yang diberikan dan jana income 4-5 angka dari rumah!

Semoga berjaya.

p.s: Dalam Uber ada banyak aplikasi, ada Uber, UberDost, Uber Partner .. semua ni boleh buat duit.

{ 10 comments.. read them below or add one }

Cik Yaya Cik Yaya August 08, 2016
salam..
mmg menarik..ni sama dgn grab car kan...heeee
hello vitamin hello vitamin August 08, 2016
Satu lagi peluang pekerjaan kepada mereka yang di -vss (due to economic downturn). Modal pun kereta sendiri je. Yang penting usaha, terutama rajin bangun awal untuk hantar client ke airport.
Mrs. A Mrs. A August 08, 2016
Hahaaaaha... kalau kereta buruk tak layak la kot
Jie Susanos Jie Susanos August 08, 2016
huhu...kan ada satu cara lagi boleh buat duit dgn uber..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan August 09, 2016
Kalau macam tu, buat cara kedua yang tidak memerlukan anda untuk daftarkan kereta. Hanya refer orang yang anda fikir berminat dan ada kecenderungan untuk jana income menerusi Uber ni.
Zrei Kamarul Zrei Kamarul November 05, 2016
Salam Tuan,
kalau 4x4 boleh ke buat jadi uber?

md.azrein(at)live.com.my
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 05, 2016
4x4 tak boleh daftar untuk UBer. Memang syarat dia macam tu. Saya ada post ttg jenis uber .. lihat dalam post tu ada beritahu 3 jenis uber yang boleh anda daftar.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.