Gambar Proton Persona 2016. Rasanya ramai yang sudah maklum mengenai kereta Proton Persona model 2016 baru ini. Kereta Proton Persona model tahun 2016 bakal dilancarkan pada 23 Ogos 2016 dengan membawakan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dengan model sebelumnya. Malah, Proton telah pun mula mempromosikan model 2016 Proton Persona ini di laman YouTube dengan mempamerkan ciri-ciri keselamatan yang baru dan terkini.

Jika tiada aral melintang, model terbaru Proton Persona akan mula dibuka untuk tempahan bermula 15 Ogos 2016. Tempahan boleh dibuat di mana-mana showroom Proton di seluruh Malaysia. Malah, anda juga akan dapat tahu mengenai spesifikasi kereta Proton Persona 2016 ini yang dikatakan dipenuhi dengan cirian yang baru berbanding model lama.

12 Gambar Proton Persona 2016

Gambar Proton Persona 2016
Proton Persona 2016 bakal dilancarkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium SE. Semua varian Proton Persona akan dilengkapi dengan enjin 1.6 liter VVT, yang sebelum ini digunakan oleh Proton Iriz tetapi dengan penambahbaikan tertentu, sesuai untuk sebuah kereta sedan.

Antara ciri baru yang dikenalpasti untuk model Proton Persona 2016 ini ialah penjimatan dari segi penggunaan petrol, sistem brek yang lebih baik, Vehicle-Stability-Control (VSC), beg udara berkembar, dan lampu kabus belakang. Setiap varian ada ciri-ciri tambahan terutama dari segi bahagian deko dalaman.

Saya tak pandai nak cerita lebih-lebih, maka saya kongsikan gambar Proton Persona ini untuk penilaian dan buat jamu mata sebelum model ini dilancarkan secara rasmi. Nak tahu lebih lanjut, kenalah pergi lihat sendiri dan buat pandu-uji. Lain orang lain citarasa, lain cara pemanduan dan lain penilaiannya. Tak gitu?

Gambar Bahagian Luar Proton Persona 2016

Gambar Proton Persona 2016
Gambar Proton Persona 2016
Gambar Proton Persona 2016


Gambar Proton Persona 2016 Bahagian Exterior
Gambar Proton Persona 2016 Bahagian Exterior
Gambar Proton Persona 2016 Bahagian Exterior
Gambar Proton Persona 2016  Bahagian Exterior


Gambar Ruang Dalaman Proton Persona 2016

Sekarang mari kita lihat gambar dan foto ruangan dalaman Proton Persona 2016 ini... hoho .. jamu mata dulu ehhh ..
Gambar Proton Persona 2016 Bahagian Dalaman
Gambar Proton Persona 2016 Bahagian Dalaman
Gambar Proton Persona 2016 Interior
Gambar Interior Proton Persona 2016
Gambar Proton Persona 2016
Proton Persona 2016 Dibuka Untuk Tempahan


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

8 Komen

mcm Vios pun ada tengok dari belakang tu..depan macam IRIZ..cambest je

Reply

wahh!! cantiknya!! tapi tak boleh lawan design banner blog kat atas tu!! hebatlah!! sapa design sifu? hehehe..

www.ceritaejoy.com

Reply

Cantik header Bro HH..
Design Proton Persona kali ni lebih mantap.Mungkin bakal menjadi persaingan pada Perodua Bezza.

Reply

Cantik header baru bro HH. hehe..
Persona baru ni lagi cantik dr Iriz.. Design nampak lebih elegan berbanding Bezza..

btw, mcmana nak buat "ARTIKEL TERBARU" yg kat tepi tu stick je bila kita slide ke bawah. huhu

Reply

Harap lepas ni ramai orang kita yang akan suka dengan proton. Kereta dah makin cantik.

Reply

Memgancam design terbaru nih..suami pun macam suka je

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.