Rasanya masih belum terlewat lagi saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada dua rakan blogger yang telah sudi berikan kad raya serta kuih raya kepada saya. Tak sangka ada rakan blogger yang sudi susah payah minta alamat rumah untuk hantar kad dan kuih raya. Serius terharu dibuatnya.

Terima Kasih Beri Kad dan Kuih Raya ...

Kad raya pertama saya terima daripada rakan blogger yang tak putus-putus berikan support kepada saya iaitu blogger +Shida Radzuan , pemilik blog DuniaShida.com, sebuah blog yang nampak tenang dan sedap mata memandang. Banyak benda best dalam blog ni, sehingga dah berjaya mendapat lebih daripada 7 juta pageviews setakat entri ni ditulis.
Kad Raya Aidilfitri dari Shida Radzuan
Blogger ni memang ramah tamah dengan rakan blogger yang lain. Selalu sahaja nak eratkan silaturrahim dengan rakan blogger yang lain, jadi memang tak hairanlah blogger Shida Radzuan pun banyak dapat kad raya dari rakan blogger yang lain .. seriuss .. banyak oooo ... leh tengok sendiri kat sini - Kad Raya dari Blogger

Dan kalau tengok ... saya boleh katakan blogger Shida Radzuan antara blogger yang disenangi ramai .. atau dengan kata lain .. popular ..huhu.

Saya juga telah terima kad raya ... dan sebalang kecil kuih raya Choc Chip daripada rakan blogger +cikpinz. Menerusi #ProjekBloggerUtara, saya dimaklumkan banyak juga rezeki berblogging yang dikongsi oleh geng-geng blogger #ProjekBloggerUtara yang diketuai oleh blogger Cik Pinz ni ...
Kuih Raya dari rakan blogger Cik Pinz
Kuih Raya dari Projek Blogger Utara
Rakan blogger Cik Pinz ni antara blogger yang lama dah saya kenal di dunia blog Malaysia. Blog Cik Pinz - Cerita Orang Bujang yang awal dulu guna platform blogspot pun dah banyak berubah dan semakin mantap. Kalau anda nak tahu kisah-kisah berkenaan Projek Blogger Utara, bolehlah jenguk blog Cik Pinz. Boleh hubungi beliau kalau nak join apa-apa aktiviti .. yang in Sha Allah akan berikan sedikit pendedahan dan mungkin rezeki buat anda.

Projek Blogger Utara ada buat penampilan istimewa semasa SBB2016 baru-baru ni .. nak kenal siapa mereka, cubalah Google #ProjekBloggerUtara ... hoho. Bawah ni adalah antara wajah rakan-rakan blogger dalam 'team' ni .. kenal tak?
Saya buat entri khas untuk dua rakan blogger ini sebab bukan mudah blogger lain nak susah payah untuk diri kita. Tak dapat nak balas apa yang mereka berikan, maka saya sediakan entri penghargaan ini untuk mereka. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak buat rakan blogger Shida Radzuan dan Nor Ariffin Hamzah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement