Plaza Tol Alor Pongsu, Laluan Keluar PLUS ke Bagan Serai dan Selama

Lama juga saya menantikan pembukaan Plaza Tol Alor Pongsu, berdekatan dengan Bagan Serai dan merupakan laluan keluar untuk ke Selama, Perak dan Selama, Kedah. Ia juga membolehkan pengguna lebuhraya menggunakan laluan alternatif untuk ke Kulim, Kedah dan juga ke Grik terus ke Kelantan. Plaza tol Alor Pongsu telah dibuka secara rasmi kepada pengguna mulai 7 Jun 2016, iaitu sebulan sebelum tibanya Hari Raya Aidil Fitri.

Pembukaan Plaza Tol Alor Pongsu amat dinantikan terutama penduduk sekitar pekan Alor Pongsu dan juga Bagan Serai yang mahu menggunakan perkhidmatan lebuhraya PLUS. Ia memudahkan mereka untuk ke destinasi yang dituju dengan lebih cepat dan selesa.

Plaza Tol Alor Pongsu, Laluan Keluar PLUS ke Bagan Serai dan Selama

Plaza Tol Alor Pongsu, Laluan Keluar PLUS ke Bagan Serai dan Selama
Saya dah mencuba laluan ini. Saya dapati ia laluan yang sesuai digunakan oleh penduduk Alor Pongsu dan juga Bagan Serai. Buat mereka yang mahu ke Lembah Beriah dan Selama, ia mungkin laluan yang baik untuk mereka.

Persimpangan bertingkat Plaza Tol Alor Pongsu ini terletak di KM181.4 di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Bukit Merah dan Persimpangan Bertingkat Bandar Baharu. Persimpangan Plaza Tol Bandar Baharu adalah laluan kebiasaan saya keluar untuk ke Parit Buntar jika dari arah selatan PLUS.

Apabila anda melalui jalanraya keluar dari Plaza Tol Alor Pongsu ini, anda akan dikelilingi oleh kawasan yang rata-ratanya terdiri dari ladang Kelapa Sawit. Anda akan melalui pekan kecil Alor Pongsu dan barulah anda merasa suasana kampung dan terdapatnya beberapa taman-taman perumahan kecil.

Sedikit info dan gambar saya kongsikan kepada anda semua mengenai Plaza Tol Alor Pongsu ini.
Gambar dan Foto Plaza Tol Alor Pongsu
Gambar Panorama Plaza Tol Alor Pongsu
Gambar persimpangan bertingkat Alor Pongsu
Plaza Tol Alor Pongsu
Plaza Tol Alor Pongsu menyediakan tempat rehat, surau dan tandas yang selesa. Kerana keadaan sekelilingnya yang menghijau, anda boleh merasakan kenyamanan udara segar di sini. Saya difahamkan ada pengguna jalanraya memilih untuk berbuka puasa di kawasan rehat di Plaza Tol Alor Pongsu ini semada bulan Ramadhan baru-baru ini.
Plaza Tol Alor Pongsu, Laluan Keluar PLUS ke Bagan Serai dan Selama

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.