Puan Nurul Asmat Pemilik Tudung Bawal Exclusive Termahal RM10,000

Perghhh .. bapak punya mahal harga tudung bawal ni. RM10,000 sehelai weihh. Tudung bawal yang dikatakan ekslusif berharga RM10,000 tersebut dijual oleh Bawal Exclusive Kelantan, baru-baru ini. Ianya telah menjadi milik Puan Nurul Asmat dan satu-satunya tudung seumpamanya di Malaysia.

Puan Nurul Asmat Pemilik Tudung Bawal Termahal di Malaysia - Harga RM10,000 Sehelai

Kisah pembeli tudung termahal Puan Nurul Asmat di Malaysia ini telah menjadi viral dan mendapat ratusan komen daripada pengguna laman sosial. Malah, gambar Puan Nurul Asmat menggayakan tudung bawal tersebut telah dikongsi lebih daripada 800 shares sejak dimuat-naik di laman FB Bawal Exclusive Kelantan pada 6 Julai 2016.

Banyak respon dan komen diberikan. Ada yang positif ... tak kurang juga yang negatif. Uhh biasalah, manusia ni ... ada bermacam-macam pandangan dan pendapat.
Gambar Puan Nurul Asmat Menggayakan Tudung Bawal RM10,000

Pelik Ke Harga Tudung Semahal Ini?

Bagi sayalah, ia bukan sesuatu yang pelik pun bila mengetahui ada wanita sanggup membeli tudung semahal itu. Tudung adalah pakaian dan fesyen wanita, di sebalik kegunaannya yang mutlak untuk kewajipan menutup aurat bagi seorang wanita Muslim. Malah, banyak lagi pakaian dan fesyen wanita yang berharga ribuan, puluhan ribu .. malah ratusan ribu pun ada di pasaran.

Ada beg tangan wanita yang cecah puluh ribu .... ada kasut, ada pakaian malah ada bra dan baju dalam yang harganya dijual dengan harga yang buat ramai geleng kepala terutama lelaki. Jadi, ia bukan sesuatu yang pelik pun. Jika seseorang yang minat fesyen dan tahu menilainya, soal harga ribuan dan puluhan ribu ini bukan sesuatu yang menjadi masalah.

Come on, ada barangan lusuh yang dijual dengan harga juta ringgit pun ...

Cuma mungkin, ada yang melihat bahawa dari membeli barangan yang harganya mahal ini, baiklah duit tersebut digunakan untuk perkara lain yang boleh berikan manfaat lebih besar.

Saya tak mahulah nak berdebat soal tersebut, tapi saya nak kongsikan kenapa tudung bawal keluaran Bawal Exclusive Kelantan ini dijual dengan harga RM10,000.

Kenapa Harga Tudung Bawal Ini - RM10,000?

Tudung Bawal Exclusive yang sudah menjadi milik Puan Nurul Asmat ini mencecah RM10,000 kerana ia dihiasi kristal mewah yang dibawa khas dari wilayah Wattens, Austria. Kristal tersebut disusun satu persatu menggunakan tangan, lalu menampakkan kehalusan seninya. Tudung ini bukan untuk pemakaian biasa, tetapi lebih sesuai buat mereka yang menghargai hasil seni - ini yang saya petik dari FB pemilik Tudung Bawal Exclusive... huhu.
Kenapa harga Tudung Bawal Exclusive Puan Nurul Asmat RM10,000

Jenama Ini Memang Punyai Reputasi Tersendiri

Isteri saya kata, jenama tudung ni memang dijual dengan harga yang mahal. Hanya mereka yang berduit sahaja yang akan memilih jenama ini. Keunikkan tudung bawalnya adalah pada hiasan batu dan manik bernilai tinggi yang dipadankan pada setiap koleksi Tudung Bawal Exclusive.

Nih .. saya kongsikan tutorial cara pakai tudung berharga RM10K ni untuk tatapan anda. Ia telah digayakan oleh pelakon Anne Ngasri sebagai duta produk ini ... boleh tengok ehh..


Hmm .. harapnya ia hanya trend sementara (tudung harga mahal). Bukan apa, takut nanti ia jadi ikutan semua pengusaha tudung di Malaysia ni .... kang tak mampu lak nak beli tudung, dah terpaksa guna kain batik lak jadi penutup kepala macam filem zaman dedulu .. huhuhu.

Tudung ni kalau buat dropship jual kat wanita-wanita Muslim kaya di luar negara tentu untung banyak ni. Ada sesapa nak belajar dropship luar negara dan jana income lumayan dalam USD tak? Kalau nak .. bolehlah ikuti kursus online di sini - Kursus Dropship USD Tanpa Modal Besar, Tanpa Simpan Stok

Ehemmm .... dengar ada yang mula kumpul duit nak beli tudung ekslusif ... ekekeke. Nasihat saya, jangan jadi mangsa fesyen sudahlah ye.

Kredit - Fanpage Bawal Exclusive

{ 10 comments.. read them below or add one }

Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar July 14, 2016
yang sebenarnya, ramai jutawan senyap dalam malaysia ni. pernah terbaca kisah sorang lelaki "biasa" beli jam harga 80k! kalau orang kenamaan tak hairan lagi..memang mereka biasa beli jam harga ratus ribu ni..belum cerita pasal helmet lagi..ish!
Nooraini Ali. Nooraini Ali. July 14, 2016
itu kemampuan Puan tersebut. Doakan kita juga dapat miliki barang mahal seperti si dia
Jie Susanos Jie Susanos July 14, 2016
emm...mmg mahal ler..

yg berkemampuan tak ape..jnji ukur badan di badan sendiri..hehe
Puan Wawa Puan Wawa July 14, 2016
wowww, seriau dengar harga..haha
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 14, 2016
Memang ada tempat derang tatah batu tu letak kat tudung ..hand made tu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 14, 2016
Hmm memang ada ... isteri saya beli apa benda ntah, main ribu tu .. import lagi. Bendanya nak pakai masak memasak je pun. huhuhu
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 14, 2016
Ya betul .. tak ada masalah buat mereka yang ada kemampuan. Benda nak pakai pun.
YB Shehan YB Shehan July 14, 2016
bestnyaaaaaaaaaaaa.. rezeki dia mampu beli..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 14, 2016
Boleh dijadikan sebagai harta pusaka dek kerana cantiknya tudung dan harganya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.