Ngidam Nasi Beriyani Kambing

Bulan puasa ni, selera kadang-kala luar biasa sedikit. Dulu tak pernah makan, sekrang dah jadi macam makanan wajib ketika berbuka puasa. Ehh .. saya bukan nak cerita pasal isteri mengandung dan mengidam, ini kisah saya house husband yang  tetiba ngidam nak makan Beriyani Kambing.

Sebenarnya, saya tak adalah kemaruk sangat nak makan Nasi Beriyani sebelum ni. Tetapi sejak isteri saya perkenalkan satu kedai ni yang terletak di bawah Darul Bekam, iaitu berhadapan masjid Al-Ridzuan, Parit Buntar ... saya jadi suka lak, malah kadangkala mengidam nak makan Nasi Beriyani Kambing yang ada dijual di situ.

Ngidam Nasi Beriyani Kambing

Ada dua jenis Nasi Beriyani yang dijual, iaitu Nasi Beriyani Kambing dan Nasi Beriyani Ayam. Ia dijual berhadapan restoran yang baru sahaja  beroperasi di situ. Sebelum ni saya dah sedar akan kewujudan restoran ni, semasa datang berbekam di Darul Bekam; tetapi tak adalah niat nak mencuba masakan dan menu di restoran tu... tup tap .. dalam bulan Ramadhan ni, ada dijual Nasi Beriyani.
Ngidam Nasi Beriyani Kambing
Nasi Beriyani Ayam dan Nasi Beriyani Kambing
Pertama kali makan, alhamdulillah ... Nasi Beriyani Kambing memang kena dengan selera saya. Malah, anak-anak dan isteri saya pun suka dengan Nasi Beriyani Ayam yang turut dijual. Harga pula agak berpatutan.

  • Nasi Beriyani Ayam - RM6 - Ada Ayam Masak Merah, Jelatah dan juga Papadom
  • Nasi Beriyani Kambing - RM8 - Ada Rendang Kambing, Jelatah dan juga Papadom
  • Nasi Ambeng - RM1

Lauk pun memang sesuai dengan portion Nasi Beriyani. Alhamdulillah, sebungkus memang boleh kenyang sampai ke tengah malam.
Nasi Ambeng
Ayam Masak Merah
In Sha Allah, kalau selepas berakhirnya Ramadhan ni, kalau terasa nak makan Nasi Beriyani Kambing yang sedap, bolehlah nanti saya datang lagi. Harap-harapnya restoran ni adalah menu masakan ni nanti. Manalah tahu, kot-kot rasa Nasi Beriyani dah lain bila di hari biasa dan bukan di dalam bulan puasa .. hehehe..

1 comment... add one now

Lokman Hakim Lokman Hakim July 01, 2016
perghh sedapp ne..lama tak try

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.