Langkau ke kandungan utama

Lokasi Beli Umpan Udang Hidup di Lumut

Saya seorang kaki pancing. Ada ada banyak set memancing di rumah. Sebahagian besar dibeli semasa saya masih bujang, malah ada di antaranya sudah seusia anak sulong saya (12 tahun). Walaupun begitu, saya masih lagi belum ada kemampuan untuk pergi memancing di laut dalam, setakat memancing tepi pantai sahaja. Paling jauh pun .. saya memancing di kelong ... huhu.

Antara lokasi kegemaran saya untuk memancing pastilah di Lumut dan Manjong. Kalau rasa ketagihan sangat, saya boleh sahaja ke Tanjung Piandang atau Kuala Kurau yang letaknya tidak jauh dari tempat saya ni iaitu Parit Buntar.

Lokasi Beli Umpan Udang Hidup di Lumut

Apabila pergi memancing, saya lebih suka menggunakan umpan Udang Hidup. Umpan Hidup biasanya dijual dari RM0.25 - RM0.50 seekor mengikut saiz. Kalau anda merupakan pelanggan tetap sesuatu kedai yang menjual umpan, anda boleh dapat harga purata RM0.30 seekor untuk udang bersaiz rawak, maknanya .. anda beli umpan Udang Hidup tidak ikut saiz .. mungkin ada yang besar, ada yang kecil.
Lokasi Beli Umpan Udang Hidup di Lumut
Jika saya pergi memancing di Lumut atau sekitarnya, saya akan dapatkan umpan Udang Hidup di beberapa lokasi, antaranya ialah:

  1. Kampung Setiawan, sebuah perkampungan nelayan yang memang banyak bekalan umpan. Anda boleh dapatkan umpan dari umpun-umpun, ulat pasir, anak belanak, dan pastinya udang hidup. Kadangkala umpan seperti kerang dan kepah juga ada dijual.
  2. Ah Keong. Jika anda berada di Lumut, dan sekitar Manjong .. anda pasti akan nampak iklan Ah Keong. Banner Umpan Hidup Ah Keong boleh dikatakan ada di merata tempat. Ah Keong adalah tekong yang bawa pemancing ke tiang bawah Jambatan Bainun, iaitu salah satu lokasi memancing di Lumut. Ah Keong juga ada kelong untuk kaki pancing yang mahu memancing ikan saiz mega .. huhu... Nak cari umpan udang hidup, boleh hubungi Ah Keong ini. Dukacitanya, saya tak simpan nombor telefon si Ah Keong ini ... huhu...
  3. Kedai Ah Keong. Selain berhubung dengan Ah Keong untuk dapatkan umpan, anda boleh je pergi ke kedainya yang terletak di deretan kedai bersebelahan dengan OUM (Open Universiti Malaysia) Marin. Lokasinya ialah di jalan besar menuju ke Taiping dari arah Lumut. Deretan kedai ini betul-betul sebelum simpang ke Kampung Baru, satu lokasi kegemaran saya untuk memancing Siakap.
  4. Panjang Kampung Baru. Setiap kali saya nak memancing di Lumut, saya akan hubungi lelaki cina bernama Panjang, saya akan tempah bekalan umpan udang hidup darinya. Dia hanya menjual umpan jika ditempah sahaja ... jadi memang perlu telefon dahulu sebelum dia turun ke laut untuk menjala udang. Yeap .. dia menjual udang hidup liar selalunya Udang Kaki Merah yang menjadi kegemaran ikan Siakap di perairan Lumut. Kedainya terletak betul-betul berhadapan Jeti Kampung Baru, Setiawan .... atau dengan kata lain, berhadapan dengan jalan masuk ke Chalet Amir yang selalu saya ceritakan.
  5. Kedai menuju ke Kampung Baru. Ada satu lagi tempat untuk dapatkan dan beli umpan udang hidup .. iaitu di satu kedai yang terletak di jalan besar menuju ke Kampung Baru ... ia sebuah kedai baru dibuka. Tak ramai lagi tahu akan lokasi kedai umpan ini. Hanya mereka yang menggunakan jalan pintas dari arah Taiping/Lumut untuk ke Ayer Tawar sahaja akan sedar kewujudan kedai ini.
Hasil Memancing Guna Umpan Udang Hidup
Sebenarnya ada beberapa kedai lain yang sediakan umpan udang hidup untuk kaki pancing. Cuma anda perlu cari dan pandai bertanya dengan orang tempatan. Ini adalah kerana ada sesetengah kedai itu letaknya agak terpencil, dan hampir dengan jeti nelayan.

[Baca] Seronoknya Memancing Bawal Emas dan Siakap di Kolam RM3 di Jugra

Anda boleh cuba Google .. tetapi sebaiknya apabila tiba di lokasi tempat memancing di Lumut, cubalah tanya dengan kaki pancing tempatan .. in Sha Allah mereka tak lokek berkongsi info. Lagipun .. kadangkala Google ni 'sembang' je macam tahu ... haha.. tapi ntah mana-mana dia tunjuk .. jadi, lebih baik gunakan khidmat insan, mana tahu boleh dapat tips tambahan.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Dapat umpan macam ni seronok nak mancing.

    BalasPadam
  2. Menarik juga tawaran umpan yang disediakan.

    BalasPadam
  3. kul brapa kedai umpan kat kampung baru setiawan buka .waktu pagi.

    BalasPadam
  4. Ade no fone panjang kg baru tu x encik?tlg wasap sy no dia.0145065362 terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …