Langkau ke kandungan utama

Laman Web Isa Al Fatihah Nyata Mengelirukan Memesongkan Umat Islam

Sebelum ini, saya ada berkongsi satu artikel mengenai satu laman web yang cuba memesong dan mengelirukan umat Islam dengan menggunakan Isa dan Islam. Kini, cabang dari laman web tersebut, muncul dua laman yang hampir serupa dengan mempergunakan pula Al Fatihah dan Wanita Muslim sebagai cara untuk memikat pembaca ke laman (situs) tersebut.

Saya telah melihat dua laman tersebut, dan dengan pengetahuan yang ada ... saya dapati apa yang cuba disampaikan oleh dua laman tersebut sah-sah cuba untuk memanipulasi pengetahuan asas seorang Muslim mengenai Al Quran dan Hadith. Dari situ, laman web ini cuba memberikan apa yang dikatakan sebagai 'dalil' dan 'bukti' bagi menidakkan kepercayaan seorang Muslim mengenai Islam.

Memang tidak bertanggungjawab.

Laman Web Isa dan Al Fatihah Nyata Mengelirukan

Dengan layout serta paparan yang 99.0% sama dengan laman web sebelum ini, ia cuba menyampaikan sesuatu yang memanipulasi ayat-ayat di dalam Al Quran, dan membandingkan dengan Kitab Injil yang mereka pegang dan percaya.
Laman Web Isa Al Fatihah Mengelirukan
Laman web Isa dan Al Fatihah ini cuba untuk mengaitkan ayat-ayat di dalam Surah Al-Fatihah dengan apa yang mereka percaya mengenai Nabi Isa A.S. Mereka menggunakan rujukan beberapa Kitab Injil kepercayaan mereka untuk mengulas apa yang disampaikan menerusi Surah Al-Fatihah.... dan cuba menidakkan Islam sebagai agama yang benar dan suci seperti mana disebut oleh Allah S.W.T. di dalam Al Quran.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Pada hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmatKu kepadamu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu.." (Al Maidah 5:3)

Dan lagi Allah S.W.T juga ada menyebut mengenai kebenaran Islam dari agama lain yang terdahulu di dalam ayat berikut:

"Wahai Rasul. Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. Kalau tidak kamu kerjakan, berarti kamu tidak menyampaikan risalahNya.." (Al Maidah 5:67) 

Modus operandi laman-laman seperti ini semuanya sama, iaitu cuba memesongkan dan memperkenalkan Injil sebagai rujukan kepada umat Islam, dengan membandingkannya dengan apa yang telah disampaikan oleh Allah S.W.T menerusi Al Quran.

Cuba Menarik Perhatian Pembaca Muslim di Nusantara

Sekali pandang, ia nampak sebagai sebuah laman web yang mesra Islam, tetapi hakikatnya ia cuba untuk memikat pembaca di kalangan orang Islam agar mempercayai apa yang disampaikan dalam Injil, dan mengiyakan agama Kristian sebagai agama yang lebih benar daripada Islam menurut kitab-kitab Injil mereka. Walhal, Allah S.W.T telah mengatakan bahawa tiada agama selain agama Islam yang lebih benar dan sempurna.

Sebagai membantu anda untuk kenal-pasti, saya senaraikan laman web dari cabang yang sama dengan laman web 'Isa dan Al Fatihah', dan laman web 'Isa dan Islam' yang nyata cuba memanipulasi seterusnya mengelirukan dan memesongkan pemahaman sebenar mengenai Islam seperti yang terkandung dalam Al Quran dan hadis.
Senarai laman web yang gunakan nama Isa dan Islam

Awas dengan laman-laman web yang sebegini. Jangan mudah percaya apa yang disampaikan, dan cubalah dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengetahuan lebih tinggi andai anda rasa ada yang agak samar. Kena ingat, sekali anda berasa was-was dengan tali Allah S.W.T, anda mungkin boleh terjebak dalam perkara yang hampir dengan kekafiran.

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T dan terhindar daripada terjebak daripada pengaruh yang boleh memesongkan kepercayaan atau akidah ini.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. bahaya ni...budak2 zaman sekrng dah la byk yg belajar dr internet....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang risau tu, dan ia muncul menerusi Google Ads pulak tu. Jangan terkejut kalau ia juga muncul di blog kepunyaan ustaz2

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …