Kos Servis Kereta Nissan Livina Cecah RM1K+

Baru-baru ni, sebelum pulang ke kampung berhari raya, saya telah ambil kesempatan untuk melakukan servis untuk kereta Nissan Grand Livina 1.6A. Ia bukan servis berjadual mengikut buku servis, tetapi lebih kepada servis ikut suka dengan kemampuan bajet yang ada .. hehehe. Dah lama sebenarnya saya tidak hantar kereta Nissan Grand Livina untuk diservis di Pusat Servis Nissan (TCEAS), sejak ada kekangan jarak, dan masa .. saya telah pilih bengkel biasa untuk melakukan servis kenderaan.

Tetapi, untuk kali ini, seminggu sebelum hari raya; saya berasa kurang sedap hati .. lalu ambil keputusan untuk hantar kereta Grand Livina yang sudah berusia lebih 3 tahun untuk diservis di Pusat Servis Nissan Taiping.

Kos Servis Kereta Nissan Livina Cecah RM1K+

Mulanya saya minta untuk buat servis penggantian minyak hitam dan juga servis break ... tapi, berakhir dengan uhh banyak benda sehingga meningkatkan kos dari hanya beberapa ratus ringgit menjadi lebih seribu ringgit. Berpeluh jugalah saya melihat invois servis yang disediakan. Nasib baik saya ada sedikit duit simpanan yang boleh digunakan.

Butiran kerja-kerja servis kenderaan Nissan Grand Livina yang telah dibuat oleh TCEAS Taiping adalah seperti di bawah: 
Kos Servis Kereta Nissan Livina
Kos Servis Kereta Nissan Livina
Selain melakukan servis biasa, saya telah melakukan servis berikut:
  1. Servis break kereta - mengakibatkan saya perlu keluar duit untuk gantikan break shoe, dan juga break pad untuk depan belakang kereta.
  2. Servis penghawa dingin - gantikan penapis, dan bersihkan saluran penghawa dingin.
  3. Servis radiator - tukar coolant

Kos yang saya perlu keluarkan adalah lebih kurang RM1200 termasuk upah. Semuanya gara-gara pakej servis yang disediakan .. adehhh .... terpesona dengan pujuk rayu Service Advisor (S.A) .. hampir semua saya nak buat. Jauh betul beza dengan kos servis secara berjadual kalau saya ikut dari awal .. huhuhu...

Kos Servis Nissan Grand Livina oleh TCEAS

Kos Servis Nissan Grand Livina oleh TCEAS
Kesilapan besar saya lakukan ialah tidak terlebih dahulu consult dan dapatkan nasihat dari abang dan adik ipar saya yang juga terlibat dalam industri ini. Mereka berdua adalah juga S.A .. seorang di Pusat Servis Toyota, dan seorang merupakan pengurus di Pusat Servis Volkswagen.

Masa hari raya, saya pun tunjukkan benda-benda yang saya tukar pada Nissan Grand Livina ...  dan biasalah, mereka lebih pakar ... terpaksalah tadah telinga dengar mereka bebel .. hoho ... tapi saya ok je. Mungkin lepas ni, saya akan lebih berhati-hati.
Tukar brake pad nissan livina
Tukar break shoe Nissan Livina
Apapun, saya puas hati dengan servis yang telah diberikan. Walaupun kos yang perlu saya tanggung agak tinggi, tapi bila melihat perkara-perkara yang telah dilakukan ke atas kereta Nissan Grand Livina, saya fikir ia adalah yang terbaik bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk,  lebih malang dan lebih kos berlaku di kemudian hari.

2 comments.. read them below or add one

encik arman encik arman July 22, 2016
biasa boss kalau tukar part.
Usry Norie Usry Norie July 23, 2016
Saya pakai Toyota Rush. Pun begitu juga. Kalau tak ada RM500 hingga RM700, jangan bawak kereta ke pusat servis Toyota. Servis biasa pun dah cecah RM300.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.