Kerja kosong gaji RM300 sehari?!. Ada ke kerja dengan gaji sebegini mewah, sehingga RM300 sehari? Ia satu kemungkinan, apatah lagi andai kerja tersebut perlu memperjudikan nyawa. Namun, di zaman serba moden ini, sebenarnya memang ada kerja yang boleh memberikan upah sehingga RM300 - RM500 sehari, malah lebih dari itu jika kita rajin.

Pekerjaan seperti pemandu kren yang tinggi melangit, yang tiada tempat nak buang air, tiada tempat nak ke kanan dan ke kiri mungkin dibayar dengan upah dan gaji yang tinggi. Tiada jalan lain selain ke bawah yang beratus-ratus meter, melebihi tinggi dari bangunan yang dibina.

Pekerjaan seperti memberi makan binatang dan haiwan liar mungkin juga dibayar dengan gaji yang tinggi. Begitu juga pekerjaan yang berisiko tinggi yang lain.

Kerja Kosong Gaji RM300 Sehari

Kerja Kosong Gaji RM300 Sehari
Ada kerja yang kurang risiko yang membayar upah yang tinggi, apatah lagi kalau kerja itu perlu disiapkan dengan segera, seperti upah menaip atau memindahkan data tertentu. Zaman sekarang, ramai usahawan yang bekerja dari rumah, jadi tenaga kerja itu terhad. Nak tak nak, perlu ambil pekerja sambilan dari luar yang dapat membantu menyiapkan sesuatu tugasan atau projek yang ber'date'line singkat. Anda boleh lihat beberapa kerja yang dibayar upah lumayan untuk kerja sambilan itu di sini - JDR Versi 3.0

Ada juga kerja yang dibayar lumayan hanya untuk menulis sesuatu ... ada banyak kerja penulisan yang membayar upah lumayan, seperti menulis iklan, menulis surat jualan dan bermacam-macam lagi. Saya sendiri pernah dibayar sehingga RM500 untuk sebuah artikel yang kemudiannya diterbitkan di salah sebuah laman web tempatan. Nak tahu cara-cara nak jana income seperti ini, boleh cuba baca tips dan panduan yang disediakan di sini - Rahsia Penulis
Kerja kosong dengan gaji lumayan sehari

Tak Perlu Keluar Bekerja, Hanya Gunakan Sistem Tersedia

Ada kerja yang hanya mempergunakan sistem sahaja. Dengan sistem yang disediakan, ada kerja yang membayar sehingga RM500 - RM1000 setiap hari. Contohnya menggunakan sistem UBER untuk menjana pendapatan tanpa perlu memandu kenderaan. Kalau rajin melakukan kerja yang diminta, upah dalam bentuk komisyen lumayan bukan sesuatu yang mustahil. Ada bukti dah pun ... boleh lihat di sini - Rahsia Uber.

Kalau orang yang kurang mencari ilmu dan kurang melihat dengan luas apa yang ada di sekeliling mereka, mungkin mereka tak nampak peluang besar yang ada.



Jadi, seperti saya .. tawaran kerja kosong begini tidaklah mengejutkan sangat - andai ada yang kata ada kerja kosong dengan gaji sehingga RM300 sehari. Sebab.... ia memang ada dan memang wujud. Malah, peluang itu sentiasa terbuka untuk semua orang. Persoalannya ialah samada berani atau tidak sahaja untuk merebut peluang yang ada.
Oh ya, sedikit pengetahuan untuk anda. Kerja sebagai Pegawai Penjaga Dewan Peperiksaan (peperiksaan khas macam insurans, akauntan dsb) dibayar sebanyak RM200 sejam. Dan setiap kali peperiksaan, ambil masa antara 1-3 jam. Kelayakan minima hanya Diploma. Dan tugas anda hanyalah semak butiran calon, beri kertas, kutip kertas dan awasi calon.
Seperti saya katakan, memang ada kerja kosong diberikan gaji sekitar RM300 sehari. Tak cari, tak jumpa. Dah jumpa, tak cuba .. takkan dapat apa-apa.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. byk tawaran kerja2 yg lumayan..cuma risiko tinggi skit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siap syarikat insurans pun tak nak bagi offer untuk cover .. hahaha

      Padam
  2. Mencabar betul nak bagi makan kat buaya. Selamat hari raya bro HH. Maaf zahir dan batin. Cantik wajah blog lpeas raya. ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Blog wajah baru, tetapi penulis dia tetap yang lama .. kekal kacak hensem bergaya .. hahaha

      Padam
  3. Kerja gaji rm500 ada sejam..kerja welding dlm laut..kerja merbahaya nyawa 50-50..silap langkah jadi makanan jerung..duit entah Kemaman..nyawa pun melayang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement