Langkau ke kandungan utama

Iklan Raya 2016 #BolehAdikIkut Daripada MAS

Iklan Raya 2016 daripada Malaysia Airlines (MAS) #BolehAdikIkut. Iklan ini telah memperdayakan saya. Cit ... hampeh betullah. Iklan raya 2016 daripada MAS ini telah mendapat tontontan lebih 1 juta sejak dimuat-naik pada 3 Julai 2016. Saya boleh katakan ia antara iklan raya yang terbaik pada tahun 2016.

Saya fikir mungkin ada di antara anda yang belum lagi menonton video iklan raya daripada MAS ini. Jika anda lihat pada tajuk iklan ini - #BolehAdikIkut .. dan menonton babak awal iklan, anda pasti akan menyangka seperti apa yang saya sangka.

Iklan Raya 2016 #BolehAdikIkut MAS

Iklan raya 2016 daripada MAS ini cukup sweet apatah lagi ia menampilkan kanak-kanak comel yang sedang memujuk ibunya untuk membawa 'adik' pulang ke kampung menaiki kapal terbang bersama mereka. Namun, hasratnya tidak dipersetujui oleh ibunya.
Iklan Raya 2016 #BolehAdikIkut MAS
Sebuah iklan yang bijak bermain dialog dan juga visual sehingga menyangkakan ...... 

Tapi, apabila dah hampir ke penghujung baru anda akan jelas apa yang dimaksudkan dengan #BolehAdikIkut dalam iklan raya 2016 daripada Malaysia Airlines ini. Saya sejak dari awal ingatkan 'adik' adalah adik kepada budak tu ... tapi rupanya bukan.

Meh tonton. Dan anda akan tahu siapa Adik Kaela dalam iklan raya 2016 daripada MAS ini .. huhu.


Kepada rakan pembaca dan pengunjung, ucapan khas Hari Raya Aidil Fitri 1437H khas dari saya di sini ...

[+] Salam Aidil Fitri 1437H - Ampun Maaf dari Jejaka Kacak Bernama Hasrul Hassan

Nanti tinggalkan komen, dan URL blog kat situ ... bolehlah saya mai balas kunjungan pula.

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…