Iklan Aplikasi Gay Dalam Telefon Pintar

Terkejut saya dibuatnya. Rasa macam dah tak selamat dah nak beri anak-anak guna telefon pintar ni. Ada macam-macam iklan tak senonoh muncul dengan mudah. Terbaru, saya dapat ada iklan aplikasi media sosial untuk Gay diiklankan setiap kali saya nak hidupkan fungsi dalam telefon pintar.

Iklan ini muncul setelah saya aktifkan sekuriti menerusi aplikasi terkenal Clean Master di dalam telefon Huawei Honor 7 saya. Uhh apa kejadah, saya aktifkan sekuriti untuk elak anak-anak salah guna atau dapatkan akses mudah ke aplikasi dalam telefon, tengok-tengok iklan sebegini kena hadap.

Iklan Aplikasi Gay Dalam Telefon Pintar

Perisian Google Play ada iklan tak senonoh
Aplikasi Clean Master ni memang popular, saya boleh kata hampir semua telefon pintar yang gunakan platform Android akan ada perisian ini di dalam telefon. Ia satu perisian yang bagus untuk kosongkan memori RAM, dan pantau aplikasi lain yang ada di dalam telefon .. .. siap ada antivirus sendiri yang diberikan percuma iaitu CM Security yang merupakan cabang dari syarikat ini - Cheetah Mobile.

Blued - Laman Sosial Untuk Gay

Tapi itulah .. bila dah keluar iklan aplikasi Gay ni, saya tanpa fikir panjang terus sahaja buang dari dalam telefon. Naya je karang kalau anak-anak terklik iklan ... dah la paparan iklan pun nampak menjijikan pada mata saya .. adeh. Cuba tengok paparan di bawah ini, ia jelas mengiklankan laman Blued yang merupakan laman sosial untuk Gay. Uhhh ... bahaya sungguh ..
Iklan Aplikasi Gay Dalam Telefon Pintar
Ini bukan kes pertama saya berhadapan dengan iklan-iklan tanpa tapis di dalam telefon pintar.

Jika anda seorang pemain game online tegar yang dimuat turun percuma dari GooglePlay, anda akan terperasan sesetengah iklan berunsur judi dan seks juga ada dipaparkan ketika anda sedang bermain permainan anda. Permainan seperti Clash Royale, Walking War, Need for Speed, permainan strategi selalu sahaja akan muncul iklan-iklan berunsur judi dan seks ini.

Saya bukan apa, sebagai seorang ayah, house husband yang sering beri kebebasan anak-anak gunakan tablet dan telefon pintar, risau juga andai iklan-iklan ini mempengaruhi mereka.

Anda perasan? Boleh kongsi pengalaman anda jika ada tak?

2 comments.. read them below or add one

Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz July 14, 2016
saya pun perasa banyak sgt iklan game tak senonoh keluar bila tengah main game lain. bahaya utk budak2 yang tak tau ape2 dan tiba2 terdedah dengan benda mcm ni
CikLa Shahril CikLa Shahril August 04, 2016
Haah.. Pernah ternampak jugak iklan ni... Mmg bahaya...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.