Langkau ke kandungan utama

Gambar Serta Spesifikasi Perodua Bezza 2016

Gambar Serta Spesifikasi Perodua Bezza Perodua bakal membuka tempahannya untuk variasi terbaru kereta keluarannya iaitu Perodua Bezza mulai 16 Julai 2016. Perodua Bezza adalah merupakan kereta sedan pertama daripada Perodua. Gambar dan spesifikasi kereta sedan keluaran Perodua ini telah pun beredar di beberapa blog automotif negara dan juga di laman sosial Facebook.

Perodua Bezza akan keluar dalam tiga variant iaitu Bezza Standard G, Bezza Premium X dan Bezza Advance, dan dibezakan lagi dengan variasi model enjin 1.0cc dan 1.3cc. Ia dikatakan sebagai model sedan keluaran nasional dengan harga paling berpatutan tanpa membelakangkan dari segi kualiti dan teknologi terkini.

Gambar dan Spesifikasi Perodua Bezza

Daripada sumber staff Perodua yang saya kenal, Perodua Bezza dibina di kilang barunya sama seperti keluaran Perodua Axia. Jadi tidak hairanlah kenapa spesifikasi Perodua Bezza ini ada ciri-ciri hampir sama dengan Perodua Axia, contohnya Eco Driving pada enjin VVT-i dan Dual VVT-i terbarunya. Ia juga tidak terkecuali dilengkapi sistem ABS dengan EBD pada semua variant, manakala teknologi push-start button diperkenalkan untuk model Bezza Premium X dan Bezza Advance.

Spesifikasi Perodua Bezza - Kereta Sedan Pertama Perodua dengan Teknologi EEV

Spesifikasi Perodua Bezza 1.0 dan 1.3
Spec Enjin Perodua Bezza
Ruang dalaman Perodua Bezza - Sedan Pertama Perodua 2016
Gambar-gambar Perodua Bezza di atas telah dikongsikan oleh laman web kereta terbaru - Careta.my dan telah tersebar dengan meluas di beberapa blog serta laman sosial.

Paultan.org - Laman automotif paling popular Malaysia juga ada menyediakan lebih daripada 20 gambar Perodua Bezza ini.

Gambar dan Foto Perodua Bezza 2016

Gambar Perodua Bezza 2016
Gambar Spesifikasi Perodua Bezza
Gambar serta Spesifikasi Perodua Bezza 2016
Foto Perodua Bezza
Gambar serta Spesifikasi Perodua Bezza 2016
Foto Perodua Bezza Ruang Dalaman
Gambar serta Spesifikasi Perodua Bezza 2016
Ok. Sekali pandang nampak menarik, tetapi saya kurang gemarlah dengan warna yang dipaparkan ni. Macam tak berapa nak best sangat, kelaammmm je.

[Baca] Ketahui Cara Jana Pendapatan Sampingan Dengan UBER Tanpa Perlu Bawa Kereta

Apa Pendapat Saya?

Daripada gambar-gambar di atas, saya dapati apa yang ada di dalam kereta Perodua Bezza ini adalah lebih kurang sama dengan Perodua Axia Advanced. Banyak cirian yang sama ... huhu .... cuma isi enjin, keluasan kabin, dan beberapa fungsi kecil yang nampak sedikit beza. Sumber saya daripada Perodua mengatakan interior Perodua Bezza ini seakan seperti Toyota Vios, manakala harganya berlegar antara harga Axia dengan Myvi .. huhu...

[Baca] Harga Rasmi Perodua Bezza Mengikut Varian

Pelancaran rasmi Perodua Bezza dijangka pada 21 Julai 2016 dan ia dijangka akan menggugat pasaran kereta sedan di Malaysia dek kerana harganya yang sangat menarik. Malah, ada pendapat mengatakan bahawa Perodua Bezza adalah versi Vios dengan penawaran harga jauh lebih rendah.

Saya harap kereta Perodua Bezza ini akan menjadi pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia untuk segmen sedan. Jangan gah je di pelancaran tetapi nanti hadapi masalah seperti mana kes isteri saya dengan Perodua Axia Advanced yang baru dimiliki seminggu ..
advertisement


Komen Pembaca ...

  1. dengarnya banyak jugak yg dah menempah perodua Bezza ni..patutlah husband kena o.t byak skrg, sehari kilang kena buat 400++ ekzos untuk Bezza ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempahan kereta Perodua Bezza hanya boleh dibuat mulai 16 Julai ..

      Padam
  2. rasanya proton kena kerja lebih kuat lg pasni. huhu..
    azhan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …