22 Gambar Ruang Dalaman Perodua Bezza 1.3 Advance

Rasanya ramai dah mula terpesona dengan rekabentuk luaran kereta sedan terbaru daripada Perodua. Perodua Bezza Advance 1.3. Artikel saya mengenainya di sini telah mendapat hits yang agak banyak pada hari ini. Dan mengikut laporan daripada rakan blogger Paultan.org, tempahan untuk Perodua Bezza telah pun mencapai hampir 5 ribu unit dalam masa 4 hari diperkenalkan.

Memang betullah jangkaan ramai pemain industri permotoran bahawa kereta sedan Perodua Bezza akan menjadi best-seller untuk suku akhir tahun 2016. Pastinya ia akan melonjak jualan kenderaan kereta jenama Perodua untuk tahun berikutnya.

Gambar Ruang Dalaman Perodua Bezza 1.3 Advance

Apa yang menarik mengenai kereta sedan Perodua Bezza ini? Mungkin disebabkan harganya? atau mungkin enjinnya? atau mungkin kerana ruang dalamannya yang disifatkan bergaya dan kena dengan citarasa rakyat Malaysia? Apapun, jom layan beberapa gambar ruang dalaman Perodua Bezza Advance berikut ...

Ada lebih 20 gambar ruangan dalaman Perodua Bezza untuk versi Advance 1.3l yang boleh anda lihat. Anda mungkin akan berupaya untuk melihat kereta sedan ini di semua cawangan showroom Perodua mulai esok 22 Julai 2016, in Sha Allah ...
Bekas Pemandu UBER Bongkar Rahsia Jana Income RM60K Sebulan
Kredit Gambar: Paultan.org

2 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta July 21, 2016
Menjadi perhatian terkini ni Bro HH...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan July 21, 2016
Laris nampaknya apa yang dijual oleh Perodua kali ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.