Fiverr Lubuk Upah Buat Kerja Dibayar USD. Siapa yang nak buat kerja sampingan mudah dan dibayar upad dalam USD? Saya pasti ramai yang mencari peluang untuk tambah income sampingan. Dan salah satu lubuk buat duit USD yang saya tahu ialah menerusi laman web Fiverr. Fiverr dah lama wujud, malah telah ramai rakan saya di Facebook yang ambil peluang untuk mendapat upah buat kerja dalam USD menerusi Fiverr.

Buat mereka yang mungkin baru tahu akan kewujudkan Fiverr ini, ia adalah sebuah laman web percuma yang membolehkan anda mengiklankan kepakaran anda kepada orang lain. Anda akan dibayar dengan upah yang anda sendiri tetapkan dari serendah USD5. Bermaksud, anda selesai buat satu tugasan mudah, anda dibayar sebanyak USD5 (paling minima).

Fiverr Lubuk Upah USD Buat Kerja Secara Santai

Fiverr Lubuk Upah Buat Kerja Dibayar USD
Laman web Fiverr menjadi popular sebagai lubuk upah buat kerja kerana tiga sebab utama berikut:
  1. Tidak perlukan sebarang modal.
  2. Boleh dilakukan secara santai dan di mana sahaja anda berada.
  3. Buat kerja yang anda tahu sahaja (dengan kepakaran anda).
Anda boleh terus buat duit dengan Fiverr tanpa perlu sebarang guide pun. Tapi, ia bukan mudah sebab ... anda perlu bersaing dengan ramai orang dari serata dunia yang menawarkan khidmat dan servis yang mungkin serupa dengan anda.

Secara amnya, langkah-langkah nak dapat duit serta jana pendapatan menerusi Fiverr adalah seperti berikut:
  1. Anda tawarkan servis » 
  2. Pelanggan membuat tempahan » 
  3. Anda menyiapkan servis yang ditempah tersebut » 
  4. Anda serahkan kepada pelanggan » 
  5. Duit masuk ke akaun anda!
Jenis servis diiklan di Fiverr
Jika nak jadikan Fiverr sebagai lubuk upah buat kerja untuk diri anda, perkara berikut perlu anda tahu:
  • Tahu menggunakan fungsi yang ada di laman web Fiverr itu dengan betul dan berkesan
  • Tahu mengumpan bakal pelanggan dan bagaimana nak dapatkan upah USD daripada mereka
  • Tahu Gig atau saluran yang bolehkan anda menjana income lumayan dalam USD, bukan setakat USD5 sebagai upah kerja, malah lebih.
  • Pantang larang dalam berurusan di Fiverr. Akaun anda boleh kena banned kalau anda langgar terma dan syarat tertentu.
Ok. Jangan gelabah ... Fiverr sebenarnya tempat buat duit secara santai-santai dan untuk berseronok ... anda akan terkejut apabila anda lihat di dalam laman Fiverr itu, ada orang yang tawarkan servis dan perkhidmatan yang pelik-pelik untuk serendah USD5 bagi satu tugasan. Antaranya ialah .. menulis mesej cinta, membuat hiasan daripada daun layu, menulis nama seseorang di dinding pasaraya, buat video pendek untuk pikat (pickup line) di laman Instagram dan macam-macam lagi.

Apa yang paling anda suka dan pandai lakukan? Fiverr adalah tempat anda gunakan kesukaan dan kepandaian anda untuk mendapatkan upah ...

Nak tahu lagi, atau anda teruja nak jadikan Fiverr sebagai lubuk upah buat kerja secara sampingan .. kata orang, untuk buat duit tepi-tepi dengan keseronokan dan kesukaan anda? Sila dapatkan panduan di bawah supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan ...

[+] Panduan Buat Duit Fiverr Dalam Bahasa Melayu

Ikuti dan pelajari pengalaman sebenar dari mereka yang dah berjaya dapat upah buat kerja USD sehingga 4 angka sebulan .. hanya dengan upah permulaan USD5 sahaja!

Daftar di Fiverr adalah percuma, malah boleh terus daftar sekarang di sini - http://www.fiverr.com ... jadi, anda boleh mulakan tanpa sebarang modal pun untuk mula dapat upah USD. Tapi, kalau nak berjaya betul-betul, baik ikut nasihat dan panduan orang yang dah ada pengalaman .. huhu.

Buat Duit Fiverr

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement