Langkau ke kandungan utama

Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post

Saya nak kongsikan sedikit tips blogging untuk rakan blogger yang teringin nak letakkan slideshow dalam post atau entri di dalam blog. Saya dah cuba, dan alhamdulillah, ia menjadi di desktop dan telefon pintar saya ... post yang saya letakkan beberapa gambar raya saya anak beranak dipaparkan dalam bentuk persembahan slide.

Malah, anda boleh letakkan video dalam bentuk slide. Ia sangat sesuai buat blog yang selalu hidangkan drama tv online berangkaian atau berepisod di dalam blog. Hanya muat naik video tersebut, dan kemudian boleh senaraikan dalam bentuk slide mengikut episode.

Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post

Ini antara cara mudah yang saya dah cuba, iaitu dengan menggunakan servis percuma yang disediakan oleh Cincopa. Anda hanya perlu pilih template skin yang sesuai, upload video atau gambar, dan kemudian dapatkan embedded code untuk diletakkan dalam blog post. Malah, anda boleh letakkan ia sebagai widget di sidebar blog anda.
Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post
Contoh di atas adalah salah satu template slideshow yang telah saya uji dalam salah satu blogpost saya. Slideshow ini boleh diperbesarkan untuk paparan gambar lebih besar, dan lebih jelas. Anda boleh letakkan penerangan bagi setiap gambar, dan slideshow ini juga dioptimasi untuk SEO (Search Engine Optimization).

Tutorial Letak Slideshow Bergambar/Video di Dalam Entri Blog

Cara-caranya ialah ...

1. Login ke laman web Cincopa, secara mudah dan senang, hanya gunakan Facebook atau Google Profile. Kalau tak nak, boleh daftar guna email anda.

2. Pilih sumber gambar atau video untuk dimuat-naik. Ada beberapa pilihan:
  • Muat-naik terus dari PC anda.
  • Pilih daripada galeri gambar yang tersedia (gambar-gambar lama yang dimuat-naik sebelum ini)
  • Muat-naik dari akaun email anda.
  • Rekod video dan gambar menerusi webcam yang ada di PC.
  • Menerusi akaun Dropbox.
  • Muat-naik dari akaun Instagram anda.
  • Muat-naik dari URL gambar atau video
3. Pilih skin/latar untuk slide anda. Ada banyak skin yang boleh anda pilih. Sila pilih mana yang anda mahu atau difikirkan sesuai. Sila pilih skin yang tepat. Jika untuk audio, pilih skin yang disediakan untuk slide audio, jika untuk video .. maka pilih skin untuk video. Begitulah seterusnya.

4. Customization untuk skin. Pilih paparan yang sesuai - samada untuk desktop, untuk tablet dan jenis iPhone.

5. Pilih dan muat-naik gambar atau video yang mahu anda jadikan slideshow tersebut.

6. Dapatkan kod embedded yang telah disediakan, salin (copy) dan tampal (paste) dalam ruangan HTML blog post anda. Lihat pada bahagian tepi ada pilihan jenis platform blog.
Tak berapa jelas? Lihat grafik di bawah ini sebagai bantuan untuk anda faham.
Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post
Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post
Cara Mudah Letak Slide Show Dalam Post
Siap. Anda boleh terus publish dan lihat hasilnya. Nak tengok slide show saya tak? Cuba tengok versi online foto Hari Raya 1437H kami anak beranak berbaju biru ... - https://cincopa.com/~AEOA0q9tOc7m

Orait. Selamat mencuba.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. menarik...tak berat ke nanti

    BalasPadam
  2. saya buat tak dapat show, apa masalah agaknya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …