Langkau ke kandungan utama

Cara Ganti Kad Debit Maybank ke Sistem Pin & Pay Secara Online

Ramai yang telah sedia maklum bahawa bank-bank di Malaysia sudah mula menggunakan sistem Pin and Pay untuk semua jenis kad debit dan kad kredit, atas arahan Bank Negara Malaysia. Sistem ini dipercayai berupaya untuk mengekang penipuan kad kredit, dan kad debit. Ini bermakna setiap transaksi menggunakan kad kredit dan debit perlu memasukkan nombor pin untuk pengesahan. Tiada tanda tangan diperlukan.

Semua pengguna dan pelanggan bank-bank di Malaysia perlu menukarkan kad debit dan kredit ke sistem Pin and Pay selewat-lewatnya akhir tahun ini, walaupun ada sesetengah bank yang menetapkan tempoh untuk menggantikan lebih awal.

Cara Mudah Ganti Kad Debit Maybank Pin & Pay Secara Online

Cara Ganti Kad Debit Maybank Pin Pay Secara Online
Setakat yang saya tahu (sehingga entri ini ditulis), bank-bank Malaysia yang telah mula melaksanakan program penukaran kad debit atau kredit ke sistem Pin and Pay ini ialah:

Isteri saya sudah pun menukar kad ATM/Debit BSN pada minggu lepas. Apa yang perlu hanyalah bawa kad ATM/Debit yang lama, dan kad pengenalan. Anda akan menerima kad ATM Debit BSN anda serta-merta selepas permohonan dibuat di kaunter mana-mana cawangan BSN.

Ketahui cara menjana wang menerusi pelaburan Unit Trust atau Amanah Saham - Gunakan teknik yang disediakan di sini [+] Rahsia Unit Trust / Saham Amanah Harus Anda Tahu

Kebanyakkan bank memerlukan anda untuk hadir ke cawangan-cawangan bank bagi proses penukaran, tetapi untuk pelanggan Kad Debit Maybank, anda boleh melakukan penukaran secara online. Proses penukaran kad ATM Debit Maybank ke Pin and Pay sangat mudah menerusi permohonan secara online ini.

Langkah-Langkah Untuk Tukar Kad ATM/Debit Maybank Secara Online

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan login ke Maybank2u.com.my, dan pilih menu seperti ditunjukkan di bawah ini; anda kemudian dikehendaki memasukkan alamat rumah kediaman terkini untuk proses pengeposan kad debit Maybank. Anda juga akan menerima 6 digit pin sementara untuk kad baharu Pin and Pay.

Info Berkaitan Penukaran Sistem Pin & Pay

Mulai 1 Julai 2017, tiada lagi transaksi yang melibatkan kad debit/kad kredit yang memerlukan tandatangan, sebaliknya digantikan dengan memasukkan 6 digit pin agar transaksi urusniaga tersebut diterima. Jadi, kepada anda yang masih belum menukar kad debit atau kredit ke sistem Pin and Pay ini, sila lakukan dengan segera.
Untuk info tambahan, pengguna yang menggunakan sistem ini juga akan peroleh kemudahan pembayaran tanpa swipe, hanya sentuh dan pembayaran (dengan had tertentu) akan dilaksanakan secara automatik. Tiada pin perlu dimasukkan. Beberapa lagi info tambahan yang perlu anda tahu mengenai penukaran ke sistem Pin and Pay ini:

  1. Transaksi melalui internet dan telefon tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin.
  2. Transaksi tanpa sentuh kurang dari RM250, tidak memerlukan kita memasukkan nombor pin, anda juga boleh hadkan jumlah nilai untuk transaksi ini. 
  3. Transaksi di pam stesen minyak layan diri tidak memerlukan anda memasukkan nombor pin. Jumlah prapembayaran (autodebit) akan dikenakan pada kad terlebih dahulu sebanyak RM200.
  4. Transaksi di terminal kad yang tidak menyokong sistem Pin and Pay, masih perlu menurunkan tandatangan untuk pengesahan. Namun, dengan penetapan 1 Julai 2017 sebagai tarikh akhir penukaran sistem, saya pasti banyak peruncit akan tukarkan ke sistem baru.

Untuk info tambahan bagi anda memahami sistem Pin and Pay ini, boleh layari laman web berikut: https://pinandpay.com.my/en/cardholder.html

Semoga bermanfaat.

Komen

  1. dah buleh online senang le..ada caj ke postage tu? :P

    BalasPadam
  2. Pos sahaja untuk kad maybank? Terbaik nih..

    BalasPadam
  3. mmg semua pemegang kad kena tukar ke hh..kr individu tertentu jer..

    BalasPadam
  4. dekat mna nak tengak no pin yg sementara tu.. cari x jumpa pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia akan hntar ke alamat dan juga ke telefon bimbit anda yang didaftarkan di M2U.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.